Berbaki kira-kira sebulan sebelum pentas akhir Miss Grand International 2022 dilangsungkan, rata-rata wakil negara yang bakal bertanding sedang giat melakukan persediaan sebelum berlepas ke destinasi pertandingan, Indonesia.
Miss Grand International 2022 yang juga menyambut ulang tahun kesepuluh penganjurannya pada edisi kali ini akan mengambil tempat di dua buah lokasi berbeza. Para peserta akan berada di pulau pelancongan terkenal, Bali terlebih dahulu bagi mengikuti aktviti-aktiviti pra pertandingan sebelum beralih ke ibu negara, Jakarta pula bagi pentas akhir.
Tidak ketinggalan merasai keterujaan untuk membawa nama negaranya di peringkat antarabangsa ialah wakil Malaysia ke Miss Grand International 2022, Charissa Chong Su Huey.
Si tinggi lampai ini sememangnya bukanlah nama baharu dalam dunia ratu cantik di Malaysia setelah dirinya pernah mewakili negara ke beberapa buat pertandingan ratu cantik antarabangsa sebelum ini. Biarpun tidak menjuarainya, semangat dan iltizam yang dipegang oleh Charissa wajar dipuji.
Sebagai Miss Grand Malaysia 2022, Charissa tidak memegang gelaran dan amanah itu dengan sewenang-wenangnya. Menerusi hantaran di media sosial bagi berkongsi perkembangan terkini berkenaan persediaannya sebelum ke Indonesia, Charissa giat menjalani penggambaran foto dan video menarik sejak Ogos lalu semasa dia dimahkotakan di Sabah.
Terbaru, Charissa telah berkongsi foto baharu yang memperlihatkannya anggun dalam persalinan tradisional yang diinspirasikan daripada kekayaan budaya pulau Bali, Indonesia serta agama Hindu yang merupakan agama dominan di kepulauan itu.
Ads
“Hanya beberapa hari saja menjelang Miss Grand International dan saya tidak sabar untuk mengalami Bali sepenuhnya. Ini adalah kali pertama saya bakal ke Indonesia dan saya teruja untuk belajar dan melihat keindahan budaya serta masyarakat di sana.
“Sampai jumpa nanti Indonesia!” catatnya pada bahagian kapsyen. Hantaran tersebut telah mendapat pujian ramai setelah tiga jam dimuat naik.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyatakan bahawa busana Charissa ini bukanlah pakaian tradisi masyarakat Bali.
Ads
Demi memastikan tiada individu yang tersalah dalam interpretasi mereka terhadap foto-foto bidikan Auris Faqrurazzi itu, Charissa mengambil inisiatif untuk menjelaskan bahawa busana itu hanyalah suatu inspirasi berkonsep sahaja dan bukanlah 100 peratus gambaran kostum Bali sebenar.
“Ini menginspirasi aja.. gak seratus persen karena keterbatasan aksesori ma busana nya.
Ads
“Karena budaya dan busana Bali itu tinggi banget nilai estetiknya. Lots of love as I have utmost respect for Indonesia,” katanya.
Dengan kerancakan persediaan oleh Charissa kali ini, tidak sabar pula rasanya untuk melihat gaya-gaya fesyen yang akan dipersembahkan oleh gadis yang berasal di Subang Jaya, Selangor sepanjang bulan pertandingan Miss Grand International 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tashi Choden, gadis berusia 23 tahun mencipta momen bersejarah apabila dia berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Bhutan yang pertama kalinya diadakan dinegara itu.
Walaupun begitu, Tashi bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik. Sebaliknya dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Citadel Pune 2017 di India bahkan sebelum itu dia dinobatkan sebagai Miss Indo Bhutan Fest 2016.
Pada tahun 2018 dia menyertai pertandingan Miss Asia, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, dek keramahan dan personaliti menarik, dia dianugerahkan dengan gelaran Miss Congeniality. Setahun kemudian, dia sekali lagi mewakili Bhutan di pertandingan Miss Supermodel Worldwide 2019 dan berjaya tembus ke kedudukan top 15 serta dinobatkan sebagai pemenang Best Catwalk.
Dengan pengalaman yang luas dalam dunia ratu cantik, tidak hairanlah gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 24 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Universe Bhutan 2022. Seiring dengan kemenangan, dia akan menjadi wakil pertama negara tersebut ke pentas berprestij Miss Universe.
Menerusi sebuah video khas untuk pertandingan ini, Tashi berkongsi, “Selain daripada kepercayaan, saya juga percaya dengan sedikit magis. Bukan untuk muat dalam kasut kaca Cinderella tetapi lebih kepada untuk memecahkan sekatan masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.”
Para peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisional wanita Bhutan.
Sekadar informasi untuk pembaca REMAJA, Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara China dan India. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang diiktiraf sebagai negara karbon negatif kerana persekitarannya yang terpelihara dan tiada pembangunan berleluasa dibenarkan.
Secara fakta, 60 peratus kawasan negara itu digazet supaya dikekalkan sebagai hutan, manakala binaan bangunan di sana tidak dibenarkan melebihi enam tingkat pembinaannya. Usaha ini dilakukan untuk menjaga keharmonian alam sekitar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada lagi outlet dUCk yang boleh korang walk-in untuk rasa sendiri tekstur tudung satin lembut sambil selfie depan cermin ungu ikonik tu.
Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang juga peminat setia dUCk Scarves, menerusi video lawatan terakhirnya ke butik yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur sebelum ia ditutup sepenuhnya pada bulan Mei ini.
Malah, usahawan terkenal Vivy Yusof mengambil keputusan untuk menutup operasi kedai fizikal miliknya, dUCk Scarves di semua lokasi.
Apa Jadi Sebenarnya?
Melalui satu pengumuman rasmi, pihak The dUCk Group mengesahkan penutupan kesemua kedai fizikal mereka. Tapi jangan risau jenama ni masih aktif secara online, dan akan fokus penuh kepada strategi digital & e-commerce.
Menurut kenyataan, keputusan ni dibuat bagi menyesuaikan diri dengan perubahan trend pembelian pengguna muda yang lebih suka beli secara dalam talian. Nak beli tudung, klik-klik je terus sampai rumah!
Vivy Yusof: “This Is Not The End”
Vivy Yusof, pengasas dUCk dan personaliti bisnes yang memang sinonim dengan gaya & branding power, turut beri respon. Dalam IG beliau, Vivy tulis: “We’ve come full circle. We started online, and we are going back to our roots. It’s bittersweet, but we believe it’s the best step forward.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai follower jenama tudung tersebut meluahkan rasa kecewa atas penutupan butik berkenaan. Meskipun harga dianggap tinggi, mereka mengakui kualiti produk yang ditawarkan amat memuaskan dan telah mencipta kelompok peminat tersendiri.
Terdahulu, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, dikaitkan dengan pertuduhan pecah amanah melibatkan dana daripada Khazanah dan PNB yang berkaitan dengan pengurusan platform e-dagang.
Selepas tercetusnya kontroversi tersebut, Vivy dilihat lebih memilih untuk menjalani kehidupan secara peribadi dan tidak lagi berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial.
Untuk remaja yang membesar dengan tudung dUCk jadi ‘wishlist raya’, ini masa untuk move on ke shopping online full-time. Yang penting, gaya tetap on point, walaupun beli dari skrin je sekarang.
Gaya seorang ratu sehari semestinya menjadi tumpun di hari pernikahannya. Bukan hanya terletak pada pemilihan busana, namun tata rias wajah juga memainkan peranan penting.
Ada yang suka gaya dramatik, ada yang suka gaya manis dan ada yang suka gaya elegan. Terpulang kepada selera pengantin masing-masing.
Baru-baru ini pernikahan bintang popular Malaysia, Janna Nick menjadi perhatian ramai. Majlis yang diadakan secara tertutup di Pulau Langkawi itu diadakan dalam suasana yang penuh ringkas namun tampil mewah dan memukau.
Kredit foto: project2pi
Pastinya penampilan pelakon yang juga seorang penyanyi dan penerbit itu antara yang paling dinanti ramai. Apatah lagi solekan diwajahnya cukup segar dan menyerlahkan seri seorang ratu sehari.
Rupa-rupanya Janna mendapat sentuhan jurusolek asal Thailand, Babara Beer. Jurusolek terkenal ini bukan calang-calang orangnya, khidmatnya ditagih ramai orang popular, kenamaan dan kerabat Diraja. Bahkan sebelum ini dia pernah merias wajah anakanda Sultan Johor, Yang amat Mulia Tunku Tun Aminah.
Dalam hantaran Instagram jurusolek itu, dia memuat naik sebuah video menampilkan wajah polos Janna sebelum disolek dan seterusnya langkah demi langkah cara solekan sehingga selesai. Bersama hantaran tersebut Babara meletakkan kapseyn berbunyi, “Gorgeous bridal make up tutorial, Janna Nick.”
Video tutorial itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 141 ribu kali dan menerima lebih 12 ribu tanda suka. Selain daripada Babara yang merias wajah Janna, rambut Janna pula didandan rapi oleh Miedy Daniel dan kedua-dua busana nikah dan resepsi pula direka oleh pereka fesyen terkenal, Wanpa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor versatil, Aedy Ashraf mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan dirinya sebagai penerbit menerusi filem sulung, Tarung: The Unforgiven, sekali gus membuka lembaran baharu dalam...