Kegagalan Filipina untuk menempatkan diri dalam kalangan 16 wakil negara terbaik di pertandingan Miss Universe 2022 semalam masih menimbulkan persoalan.
Filipina sebelum ini telah berjaya menempatkan diri sekurang-kurangnya dalam kedudukan Top 20 selama 12 tahun berturut-turut.
Malah, negara ‘powerhouse’ dari Asia Tenggara itu juga mencipta kegemilangan apabila dua orang wakilnya dinobatkan sebagai Miss Universe iaitu pada tahun 2015 menerusi Pia Wurtzbach dan sekali lagi pada 2018 menerusi Catriona Gray.
Wakil Filipina di Miss Universe 2022, Celeste Cortesi boleh dianggap sebagai salah seorang wakil paling cantik pernah dihantar untuk mengharumkan nama negara tersebut.
Celeste Cortesi di pentas akhir Miss Universe 2022, semalam.
Persediaan organisasi buat Celeste juga merupakan di antara yang paling tersusun dan terawal dilakukan di antara 86 buah negara yang bertanding.
Justeru, di mana silapnya? Adakah Celeste ‘lambat panas’ seperti yang didakwa oleh kebanyakan pemerhati ratu cantik antarabangsa. Atau pelan advokasinya tidak seampuh sang juara, R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat yang juga memiliki 50 peratus darah kacukan Filipina?
Seharian semalam, baik Celeste Cortesi mahupun pihak organisasi Filipina tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tatkala peminat Filipina masih ‘panas’ dengan kegagalan tersebut.
Ads
Begitupun hari ini, Pengarah Nasionalnya, Shamcey Supsup tampil memberikan pandangannya terhadap keseluruhan persembahan Celeste menerusi temubual bersama pemberita di Filipina.
Shamcey Supsup (kanan) dan Miss Universe Philippines 2022, Celeste Cortesi.
“Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Celeste. Saya rasa dia telah melaksanakan tugasan dengan cukup baik di pusingan awal (preliminary).
“Jujurnya, saya juga terkejut dengan keputusan semalam.” – SHAMCEY sUPSUP, PENGARAH NASIONAL ORGANISASI MISS UNIVERSE PHILIPPINES
“Tapi seperti yang telah saya beritahu kepadanya, dia hanya boleh lakukan yang terbaik dan selebihnya terserah kepada organisasi.. bagaimana juri memberi markah dan apakah arah tuju Miss Universe.
“Saya pasti Celeste telah bekerja keras siang malam untuk cuba membawa pulang mahkota kelima untuk Filipina,” ulas Shamcey yang enggan menunding jari ke arah mana-mana pihak dek prestasi tercorot negara itu di Miss Universe sejak 2010.
Ads
Tambahnya, “Ya, saya telah bercakap kepadanya pada pagi hari selepas pertandingan dan pastikan bahawa dia tidak menyalahkan diri sendiri di atas keputusan ini.
“Kadangkala, takdir kemenangan tidak berpihak kepada kita. Paling utama, penyokong dari Filipina turut berbangga dan merasakan dia layak memperolehi kedudukan Top 16,” katanya.
Kongsi Shamcey lagi, dengan kehadiran edisi terbaru Miss Universe Philippines 2023 tidak lama lagi, pasukannya perlu melihat semula kualiti apakah yang perlu dimiliki oleh pemenang seterusnya agar ia selari dengan hala tuju organisasi di bawah pemilikan Anne Jakrajutatip.
Kekalahan kali ini juga bagi Shamsey mengajar organisasi yang diuruskan olehnya itu untuk merendah diri selalu.
Pada saat ini, kesemua peserta di pentas Miss Universe kini adalah sama rata dan sukar untuk meramalkan negara-negara ‘powerhouse’ seperti Filipina terus kekal di atas jika tidak berbekalkan kualiti yang dicari oleh organisasi baharu Miss Universe.
Selain Filipina, beberapa negara lain yang mempunyai pengaruh kuat di Miss Universe namun gagal mara termasuklah Thailand, Perancis, Indonesia, Vietnam dan Mexico.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut saja nama Kendall Jenner, mesti ramai yang sudah terbayangkan tubuhnya yang tinggi lampai itu berjalan di pentas peragaan atau catwalk.
Setiap kali memasuki musim Minggu Fesyen Antarabangsa je, Kendall ialah antara model pilihan ramai pereka fesyen kerana wajah, energy dan tentunya popularitinya.
Namun, pada minggu fesyen couture baru-baru ini, ramai yang perasan akan ketiadaan Kendall di kebanyakan acara.
Rupa-rupanya, model yang memperolehi bayaran termahal menurut Forbes ini risaukan kesihatan mentalnya akan terganggu sekiranya tidak berehat daripada terus-menerus berjalan di pentas peragaan.
Dalam temuramah dengan majalah LOVE, Kendall mengakui dia mengalami tekanan kerana dirinya yang workaholic. “Pada musim lalu, saya berhenti melakukan acara fashion show.
“Kali terakhir saya lakukannya adalah di Los Angelas pada tahun ini. Saya alami tekanan dan terfikir ‘Mungkin saya boleh jadi gila jika (paten kerja tanpa henti) ini berterusan.’ Saya benar-benar di ambang menjadi gila,” cerita Kendall.
Jadi, apa yang dilakukan oleh Kendall buat sementara waktu ini?
Model berketinggian 179 sm ini lebih selesa berehat di rumah. “Saya tidak lagi mahu mengalami serangan panik seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas.”
Kita nampak kerjaya modelling ini seperti mudah, bukan? Tapi sebenarnya ada banyak benda yang berlaku di sebalik tabir sekeping gambar yang cantik.
Tak apalah Kendall, banyak lagi kaching dalam akaun bank tu. Rehat dulu okay sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketibaan juara Miss World 2021, Karolina Bielawska bersama-sama juara Miss Grand International 2021, Nguyễn Thúc Thùy Tiên di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah semalam telahpun disambut meriah dan menggamit peminat dunia ratu cantik di sana.
Karolina, 23 dan Thùy Tiên berada di Kota Kinablu bersempena pertandingan ratu cantik berskala besar yang bakal dilangsungkan esok di mana ia mempertaruhkan tiga gelaran ratu cantik antarabangsa kepada 24 orang peserta terpilih dari seluruh Malaysia.
Ini termasuklah gelaran Miss World Malaysia 2022, Miss Grand Malaysia 2022 dan Miss Supranational Malaysia 2022. 3 orang bakal juara ini kemudiannya akan mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa pada tahun ini.
Kehadiran Karolina dan Nguyen telahpun menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pencinta ratu cantik tempatan memandangkan ia jarang-jarang sekali dapat disaksikan.
Pada kebiasaannya, juara pertandingan ratu cantik antarabangsa akan dijemput oleh organisasi daripada negara jiran seperti Thailand, indonesia, Vietnam dan Filipina.
Justeru, apabila usaha pihak penganjur dari Malaysia menyunting dua juara ini telah membuahkan hasil sempena acara kali ini, ia sekaligus menarik perhatian ramai pemerhati dunia ratu cantik untuk memberi tumpuan ke arah potensi gadis-gadis yang bertanding serta memastikan nama Malaysia sampai ke pengetahuan warga antarabangsa.
Sememangnya, kecantikan yang dimiliki oleh Karolina dan Nguyen tidak perlu dipertikaikan lagi. Orang ramai yang berada di lapangan terbang semalam telah terpukau dengan aura penuh santun dan glamor.
Untuk pengetahuan, Karolina telah dinobatkan sebagai juara Miss World 2021 di Puerto Rico, Mac lalu. Manakala Thùy Tiên pula menjuarai Miss Grand International 2021 di Thailand pada November, tahun lalu.
Festival ratu cantik yang akan berlangsung esok ini dijangka bakal dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain peha dan pinggang, bahagian lengan sentiasa menjadi ukuran sebagai pelengkap mood langsing dan seksi.
Bentuk lengan yang gelebeh dan besar bukan sahaja sakit mata memandang tapi kadangnya menyukarkan untuk kita mencari pakaian. Kalau dah berdepan situasi ini, eloklah berbuat sesuatu. Caranya buat 6 gerakan ini setiap hari supaya kita boleh ucap selamat tinggal pada lengan besar berlemak itu.
GERAKAN 1
GERAKAN 2
GERAKAN 3
GERAKAN 4
GERAKAN 5
GERAKAN 6
Selain gerakan ini kenalah juga jaga pemakanan ya supaya lebih berkesan. Selamat mencuba
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.