Negara Filipina terus tampil memberikan kejutan dalam usaha mendapatkan kejuaraan kelima di pertandingan ratu cantik Miss Universe apabila ia memahkotakan gadis berkulit gelap pertama semalam sebagai juara pertandingan Miss Universe Philippines 2024.
Chelsea Manalo dari daerah Bulacan mengenepikan 52 jelitawan lain untuk menerima mahkota Mouawad Miss Universe Philippines, selempang dan sekaligus gelaran keramat itu di hadapan ribuaan penonton di Mall of Asia Arena dekat Pasay City, Filipina.
Chelsea seterusnya akan mempersiapkan diri sebelum terbang ke Mexico pada suku keempat tahun ini untuk mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe edisi ke-73.
Chelsea Manalo menerima mahkota daripada Miss Universe Philippines 2023, Michelle Marquez Dee.
Juara ‘Dark Horse’
Gadis berusia 22 tahun ini sememangnya merupakan salah seorang peserta yang berjaya meraih perhatian peminat dunia ratu cantik pada sidang media pengenalan para peserta Miss Universe Philippines 2024, awal tahun ini.
Tentunya, paras fizikalnya yang berdarah kacukan Filipina (sebelah ibu) dan African-American (sebelah ayah) menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan Chelsea lebih menonjol berbanding peserta lain.
Begitupun, itu bukanlah satu-satunya kelebihan yang ada pada Chelsea sehinggakan dia ditabalkan sebagai juara.
Setiap kali berpeluang ditemubual oleh penggiat media di Filipina, gadis berlesung pipit ini berjaya memukau pengantara sesi serta penonton dengan kebijaksaan jawapan yang diberikan.
Malah, tutur katanya juga lancar dilontarkan dengan penuh tenang lalu membuatkan Chelsea amat relatable dan berpotensi sebagai wakil Filipina di pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Ads
Sewaktu segmen soal jawab Top 5, Chelsea diberikan soalan berbunyi, “Anda cantik dan yakin. Bagaimana anda akan menggunakan kualiti-kualiti ini untuk memperkasakan orang di sekeliling?”
Jawabnya, “Sebagai wanita berdarah kacukan, saya selalu berdepan cabaran dalam hidup. Saya diberitahu bahawa kecantikan itu mempunyai aras tersendiri. Namun untuk saya, saya selalu mempercayai kata-kata ibu saya setiap kali mendengarnya. Untuk selalu percayai kepada diri sendiri. Pertingkatkan kepercayaan yang saya ada dalam diri saya.
“Disebabkan ini semua, saya sudahpun mempengaruhi ramai wanita yang kini sedang menatap saya. Sebagai seorang wanita yang mentransformasikan diri, saya juga mempunyai 52 wakil lain bersama-sama saya di sini yang telah membantu saya menjadi diri saya sekarang.”
Tidak hairanlah Chelsea diangkat sebagai peserta dark horse yang diharapkan mampu memberi saingan sengit kepada peserta kegemaran seperti Ahtisa Manalo (Quezon Province), Victoria Velasquez Vincent (Bacoor), Christi McGarry (Taguig) dan Alexie Brooks (Ilo Ilo City) yang merupakan seorang lagi peserta berkulit gelap yang dicanang-canang sebagai juara namun gagal melepaskan diri ke peringkat Top 5, malam tadi.
Ads
Pernah Sertai Miss World Philippines
Kebelakangan ini, organisasi Miss Universe Philippines dilihat lebih bersifat terbuka untuk memahkotakan peserta yang pernah mempunyai pengalaman lalu di pentas Miss World Philippines.
Sebagai contoh, Rachel Peters di Miss World Philippines 2014, Catriona Gray (Miss Universe 2018) pernah bertanding di pentas Miss World 2016, Gazini Ganados di Miss World Philippines 2014 dan Michelle Marquez Dee di Miss World 2019.
Nampaknya malam tadi, sekali lagi organisasi itu mengangkat gadis yang pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World Phillipines sebagai juaranya.
Chelsea tidak asing dengan dunia fesyen dan telah bergelar model sejak usia 15 tahun lagi. Menginjak ke usia 17 tahun, dia memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan Miss World Philippines lalu menamatkan saingan di peringkat Top 15.
Selain tidak kekok di pentas peragaan, Chelsea juga amat mementingkan pendidikan dan mengenepikan dunia ratu cantik selama lima tahun sesudah debut-nya di Miss World Philippines itu untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Sambil itu, gadis ini sudahpun menyelami advokasinya untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan komuniti remaja menerusi inisiatif Kids for Kids.
Adakah Chelsea Manalo bakal membawa pulang mahkota Miss Universe kelima untuk Filipina pada tahun ini? Jika diikutkan kriteria yang ada padanya ini, impian itu bukanlah omong-omong kosong semata. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor Swift mungkin tidak berjalan di karpet merah acara American Music Awards 2022 yang berlangsung pada hari ini.
Bagaimanapun, penyanyi yang baru muncul dengan album Midnights itu nyata tidak mengecewakan apabila melakukan penampilan mengejut semasa menerima trofi bagi kategori Album Pop Kegemaran dengan mengenakan jumpsuit keemasan.
Taylor, 32 yang masih dalam tempoh promosi bagi single terbarunya, Bejeweled daripada album Midnights dilihat terus-menerus mengenakan busana mengilau di beberapa acara kebelakangan ini termasuklah di MTV Europe’s Music Awards 2022.
Menurut Swifties, ia adalah sebahagian daripada promosi kepada video muzik Bejeweled yang menampilkan Taylor dalam look serba retro.
Begitupun, jumpsuit rekaan The Blonds yang disarungkannya pada hari ini mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar tujuan promosi. Ia merupakan cara Taylor melakukan tribute kepada busana rekaan Reem Acra yang pernah dipakainya di acara anugerah yang sama, 11 tahun lalu.
Taylor bekerjasama dengan penata gaya, Joseph Cassell Falconer dan memilih mood serba glamor pada kali ini. Ia termasuklah aksesori cincin emas daripada Delfna Delettrez dan Anita Co dan gelang berlian serta anting-anting berbentuk pedang daripada Vram.
Taylor dirias ringkas dengan gincu ‘signature merah dan membiarkan rambut perangnya dialun effortless ke tepi bahu.
Selain kategori Album Pop Kegemaran bagi album Red (Taylor’s Version), Taylor juga membawa pulang beberapa trofi lain termasuklah untuk kategori Video Muzik Kegemaran, Artis Country Wanita Kegemaran, Album Country Kegemaran dan Artis Tahunan.
“Andalah yang mendorong saya dan oleh itu, lebih banyak muzik saya hasilkan lebih gembira saya jadinya. Saya harus berterima kasih kepada peminat atas kegembiraan saya dan saya sayangi anda lebih daripada yang dapat saya ungkapkan,” ucapnya.
Dalam pada itu, tahun 2022 nyata membawa makna buat Taylor yang telah mencapai pelbagai bentuk kejayaan termasuklah menerima gelaran Doktor Falsafah daripada Universiti New York.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay nampak seperti menggelikan. But let’s face it, semua orang ada kotoran pada telinga bukan? Ada sebab mengapa telinga kita mempunyai kotoran sebegitu rupa.
Fungsi utamanya adalah demi melindungi liang dan gegendang telinga. Ia juga mengelakkan sebarang kotoran, habuk dan partikel asing daripada ‘menceroboh’ masuk secara lebih dalam. Malah ia juga melindungi telinga dan organ dalaman kita daripada kuman.
Haa, nampak geli tapi berfungsi!
Cuma lain orang, lain warna kotoran pada telinga. Percaya atau tidak, warna kotoran itu juga mempunyai maksud tertentu.
Kotoran Kuning Cair
Inii adalah warna kotoran yang paling biasa terhasil dan ia menandakan korang sihat. Cuma sekiranya kelihatan ada sedikit warna hijau, ia membawa maksud ada iritasi ataupun nanah di bahagian dalam telingan.
Kotoran Hitam
Nampak seperti menggilakan, right? Tetapi kotoran telinga seperti ini sebenarnya tidak mendatangkan masalah, malah dianggap normal. Cuma sekiranya ia membuatkan telinga korang rasa gatal lebih daripada kebiasaan, korang harus berjumpa doktor. Ini kerana ia boleh menjadi petanda kepada pembiakan fungus.
Kotoran hitam juga mungkin bermaksud ia telah lama berada di dalam telinga dan tidak dibersihkan. Ini mungkin menandakan kotoran telah lama tersumbat dan menyebabkan gangguan pendengaran.
Kotoran Merah
Nampak seperti warna darah, ini bermakna telinga korang mempunyai kesan luka yang masih basah ataupun sudah kering. Situasi ini boleh membahayakan telinga kerana ia melibatkan gegendang.
Sekiranya dibiarkan melarat, ia boleh bertukar menjadi jangkitan dan mengganggu pendengaran.
Kotoran Coklat
Ia lebih gelap sedikit berbanding warna kuning. Tahu tak, kotoran coklat seperti ini bermaksud tubuh badan korang sedang dalam keadaan stres.
Cuba luangkan masa sebentar untuk berehat dan usah terlalu memikirkan masalah seperti hari-hari biasa.
Warna Putih
Walaupun jarang berlaku, tapi kotoran putih pada telinga ini wujud. Ia menandakan bahawa badan korang sedang kekurangan nutrisi tertentu seperti zat besi dan zink. Apa yang boleh korang lakukan adalah meningkatkan pengambilan vitamin, kekacang dan oatmeal.
*
Dah check belum warna kotoran telinga masing-masing? Hehe..
Harus diingat, warna tersebut juga bergantung kepada berapa lama korang tidak membersihkan kawasan telinga. Semakin gelap, semakin lamalah maksudnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan perlepasan mahkota oleh bekas juara Miss Grand International (MGI) 2024, Rachel Gupta yang mendawa dirinya teraniaya dan tidak mencapai kesepakatan dengan pihak organisasi MGI, tumpuan kini terarah kepada penyandang gelaran naib juara Miss Grand International 2024, CJ Opiaza yang disebut-sebut bakal mengambil alih posisi kejuaraan itu.
Bekas juara Miss Grand International 2024 dari India, Rachel Gupta (kiri) bersama naib juara dari Filipina, CJ Opiaza.
CJ atau nama penuhnya, Christine Juliane Opiaza merupakan salah seorang figura popular dari Filipina yang berpengalaman luas dalam dunia ratu cantik global.
CJ, 26 pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan berprestij lain termasuklah pertandingan Miss Universe Philippines 2023 di mana CJ terpaksa tunduk kepada juara edisi tersebut, Michelle Dee dan menamatkan saingan di kedudukan naib juara.
Pengalaman di Miss Universe Philippines 2023 itu tidak sesekali memadamkan keinginannya untuk mewakili negara Filipina di pentas antarabangsa dan akhirnya, CJ memenangi takhta Miss Grand Philippines 2024.
Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
CJ Dapat Sokongan Rakan-Rakan Miss Grand International #TeamCJ!
Selepas perkhabaran ‘bombshell’ yang dilakukan oleh Rachel Gupta dan pemilik organisasi Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil semalam; nama CJ sekali lagi menjadi sebutan.
Ramai meramalkan CJ akan mengambil alih tugas yang digalas oleh bekas juara, Rachel Gupta. Sama ada ramalan itu tepat atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan oleh Nawat dan pihak MGI sendiri.
Apa yang pasti, CJ telah menerima ‘restu’ daripada teman seperjuangan MGI 2024 dan daripada ratu-ratu cantik Filipina untuk menggalas tanggungjawab sebagai juara baharu MGI.
Miss Universe Philippines 2023, Michelle Dee bersama Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
Tinjauan REMAJA terhadap entri terbaru di Instagram CJ mendapati; ribuan netizen termasuklah ratu-ratu cantik Filipina telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buatnya.
Ini termasuklah Hannah Arnold (Top 15 Miss International 2022), Roxie Smith (juara Miss Earth Philippines 2020), Jubilee Therese Acosta (Naib Juara Miss Grand Philippines 2024), Katrina Llegado (juara Miss Supranational Philippines 2026) dan Samantha Bernardo (Naib Juara Miss Grand International 2020 dari Filipina).
Turut merestui CJ ialah juara Miss Universe Philippines 2023 dan rakan seperjuangannya, Michelle Dee!
Turut merestui pemilihan CJ adalah rakan seperjuangannya sewaktu berada di Thailand tahun lalu untuk Miss Grand International 2024. Ini termasuklah Melisha Lin (Miss Grand Malaysia 2024), Nova Liana (Miss Grand Indonesia 2024), Safiétou Kabengele (Miss Grand France 2024), Anisah Rahmat (Miss Grand Singapore 2024) dan paling mencuri perhatian wakil sensasi daripada Myanmar. Thae Su Nyein.