Satu lagi pencapaian membanggakan buat sektor pendidikan tinggi negara apabila Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah sebagai universiti Malaysia pertama berjaya menembusi kelompok 200 universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027.
Dalam ranking terbaharu itu, Universiti Malaya menduduki tempat ke-194 dunia, sekali gus mencatatkan peningkatan cukup signifikan berbanding kedudukannya dalam kelompok 351 hingga 400 pada edisi 2023.
Lebih membanggakan, pencapaian tersebut meletakkan universiti tertua di Malaysia itu dalam kelompok kira-kira 8.5 peratus universiti terbaik dunia daripada keseluruhan 2,297 institusi yang disenaraikan tahun ini.
UM juga terus mengekalkan kedudukannya sebagai universiti Malaysia dengan ranking tertinggi dalam THE World University Rankings.
Universiti Malaya Bukan Sekadar Kejar Ranking
Mengulas pencapaian bersejarah itu, Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman berkata kejayaan menembusi kelompok 200 terbaik dunia bukanlah titik akhir buat universiti berkenaan.
Sebaliknya, pencapaian tersebut menjadi petunjuk bahawa UM kini bergerak dengan matlamat yang lebih jelas dan semakin relevan dalam landskap pendidikan tinggi global.
Ads
“Menembusi kelompok 200 terbaik dunia bukanlah garisan penamat, sebaliknya satu pernyataan hasrat yang menunjukkan UM bergerak dengan lebih yakin, matlamat yang lebih jelas dan semakin relevan di peringkat global.
“Pencapaian ini adalah hasil usaha seluruh warga universiti dan memberikan mesej yang jelas bahawa UM mampu berdiri sebaris dengan institusi terkemuka dunia apabila cita-cita disertai dengan disiplin, bakat dan matlamat bersama,” katanya.
Penyelidikan & Hubungan Antarabangsa Jadi Kekuatan Universiti Malaya
Menurut UM, antara aspek yang mencatatkan prestasi terbaik dalam penarafan 2027 ialah pandangan antarabangsa dan kualiti penyelidikan.
Ia mencerminkan perkembangan rangkaian akademik serta kerjasama antarabangsa UM, selain peningkatan dari segi jangkauan dan pengaruh penyelidikan yang dihasilkan oleh universiti berkenaan.
Untuk rekod, THE World University Rankings menilai prestasi universiti berorientasikan penyelidikan berdasarkan lima tonggak utama iaitu pengajaran, persekitaran penyelidikan, kualiti penyelidikan, industri dan pandangan antarabangsa.
Universiti Malaya Mahu Terus Perkukuh Impak Global
Noor Azuan berkata Universiti Malaya kini mahu memanfaatkan momentum tersebut untuk terus memperkukuh sumbangannya kepada negara, di samping memperluas impak di peringkat antarabangsa khususnya menerusi penyelidikan dan pembangunan graduan yang bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.
Ads
Kejayaan ini turut disifatkan sebagai hasil usaha kolektif warga akademik dan profesional UM, penyelidik, mahasiswa, alumni serta rakan strategik, selain sokongan kepimpinan universiti, kerajaan dan komuniti pendidikan tinggi Malaysia.
Pencapaian tersebut turut memperlihatkan perkembangan UM dalam landskap pendidikan tinggi antarabangsa. Selain kedudukan keseluruhan, kekuatan dalam aspek penyelidikan dan pandangan antarabangsa menunjukkan kepentingan jaringan akademik, kerjasama rentas negara serta penghasilan penyelidikan yang mempunyai jangkauan lebih luas.
Bagi sektor pendidikan tinggi Malaysia, pencapaian universiti tempatan dalam penarafan antarabangsa turut memberi gambaran mengenai kedudukan institusi negara dalam ekosistem akademik global. Penilaian seperti THE World University Rankings merangkumi pelbagai indikator, justeru prestasi sesebuah universiti tidak hanya bergantung kepada satu aspek semata-mata.
Dalam konteks UM, momentum yang dicatatkan membuka ruang untuk universiti berkenaan terus memperkukuh mutu pengajaran, ekosistem penyelidikan, hubungan dengan industri serta kerjasama antarabangsa. Pada masa sama, pembangunan graduan yang mampu memenuhi keperluan masa hadapan kekal menjadi antara perkara penting dalam memastikan impak universiti dapat dirasai bukan sahaja dalam dunia akademik tetapi juga masyarakat.
Pencapaian Penting Buat Pendidikan Tinggi Malaysia
Perjalanan daripada kelompok 351-400 dunia pada 2023 kepada kedudukan ke-194 pada 2027 menggambarkan perubahan kedudukan Universiti Malaya dalam tempoh beberapa tahun berdasarkan penarafan berkenaan.
Pencapaian terbaharu ini bukan sahaja menjadi milestone penting buat UM, malah membawa nama institusi pendidikan tinggi Malaysia selangkah lebih jauh di pentas global.
Sumber : Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah tujuh tahun tidak mengadakan pertunjukan fesyen lebaran, Wan Armatajali Abdul Rahman atau lebih mesra dengan dengan panggilan Arma kembali dengan pertunjukan Arma Couture terbaru dengan 30 helaian persalinan luxe baharu untuk ditempah oleh orang ramai.
Menariknya kali ini, Arma bukan sekadar mempersembahkan rekaan wanita tetapi juga buat pemakai lelaki dengan rekaan Baju Melayu yang diperbuat daripada fabrik chiffon telus pandang atau transparent.
Kelainan yang dilakukan itu bagaimanapun bukan untuk mencetuskan kontroversi. Sebaliknya sewaktu ditemui baru-baru ini, Arma berkata rekaan baju transparent seperti ini sememangnya dipakai olehnya sendiri untuk sambutan Aidilfitri setiap tahun.
“Untuk pertunjukan fesyen, saya perlu lakukan sesuatu yang berlainan. Kalau setakat Baju Melayu, di pasaran sudah banyak. Kalau Baju Melayu sedia ada itu, bosankan? Maksudnya, apa beza baju Arma dengan Baju Melayu yang lain?
“Sebagai seorang pereka fesyen, saya perlu gabungkan fesyen, perincian dan identiti berbeza dengan jenama lain.
“Bagi saya, pemakai Baju Melayu Arma Couture ini adalah seseorang yang berani untuk berfesyen. Fesyen ini ada peminat-peminat dan follower tertentu.
“Sebenarnya, Baju Melayu begini saya sudah pakai lama. Kawan-kawan seindustri seperti jurusolek dan mereka yang bekerja di belakang tabir pun sudah lama meminta saya keluarkan koleksi sebegini,” katanya.
Apabila sesuatu yang baharu cuba dijual di pasaran seperti rekaan Baju Melayu Arma Couture ini, tentunya akan ada yang sukar menerimanya secara serta-merta kerana perubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisi.
Namun menurut Arma, beliau merasakan perubahan ini masih tidak ‘berbaur lucah’ atau tidak senonoh pada pandangan mata pemerhati.
“Mungkin disebabkan pencahayaan pada malam ini yang membuatkan Baju Melayu itu kelihatan see-through. Walaupun ia see-through, saya rasa saya tidak ‘melucahkan’ (baju tradisi). Cuma inovasi penggunaan material iaitu chiffon untuk Baju Melayu yang membuatkannya berbeza.
“Saya tidak nafikan di luar sana, ada jenama yang ‘melacurkan’ Baju Melayu. Koleksi Arma Couture ini pula masih lagi terjaga kerana ada penggunaan sampin, mengekalkan siluet longgar Baju Melayu dan perletakan bunga tabur,” ulasnya lagi.
Mengakui tidak semua lelaki di Malaysia yang berani untuk memperagakan Baju Melayu seperti ini, Arma berkata beliau masih menyediakan alternatif terbaik untuk si pemakai seperti menyediakan lapisan ‘lining’ di bahagian dalam Baju Melayu ini.
“Sekiranya pemakai tidak selesa untuk memperagakan tubuhnya atau merasa ia sedikit seksi, mereka boleh sahaja memakai singlet dan baju T di bahagian dalam. Mereka pun boleh request untuk ada lining.
Untuk si pemakai, terpulang. Tepuk dada, tanya ukuran pinggang!” simpul Arma.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahaya dunia digital memang tak kenal siapa. Bukan saja orang biasa, malah keluarga tokoh terkenal pun boleh jadi sasaran. Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, apabila anak lelakinya yang berusia 12 tahun dan isterinya sendiri menjadi mangsa ugutan melalui aplikasi WhatsApp.
Menurut Rafizi, mesej pertama diterima isterinya pada jam 1.12 pagi daripada nombor tidak dikenali dengan kata-kata “diam andai teruskan AIDS”. Ugutan sama dihantar sekali lagi pada jam 11.02 pagi hari berikutnya, kali ini siap dengan tiga emoji picagari. Ancaman ini bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi bertujuan menakut-nakutkan keluarganya agar beliau menghentikan pendedahan isu-isu tertentu termasuk skandal yang sedang disiasat.
Rafizi (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.
“Isteri dan anak saya hanya berdua. Mereka fikir kalau ugut mereka, saya akan ubah keputusan. Itu psikologi biasa,” jelasnya dalam sidang media di Parlimen. Semua maklumat mengenai ugutan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Apa Pengajaran Untuk Kita?
Kes ini jadi peringatan bahawa ugutan digital atau cyberbullying boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebagai remaja, kita kena bijak melindungi diri dan maklumat peribadi di dunia online. Antaranya:
Jangan dedah nombor telefon atau lokasi sebenar di media sosial.
Abaikan dan simpan bukti mesej ugutan.
Laporkan segera kepada pihak berkuasa atau platform media sosial.
Jaga diri, jaga privasi, dan sentiasa berwaspada. Sebab bahaya boleh datang tanpa amaran, walaupun hanya melalui satu mesej di skrin telefon.
Pengakhiran hujung 2018 diakhir dengan bencana melanda selatan Filipina apabila berlakunya ribut Usman dan telah mengorbankan 75 nyawa selain 25,000 orang terpaksa keluar rumah kerana kemusnahan harta benda.
Dalam pada itu, kedatangan awal tahun disambut berita mendebarkan bagi penduduk di Pantai Timur pula diminta berwaspada dengan kedatangan siklon Tropika Pabuk.
Pada jam 8 pagi tadi, 3 Januari 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin dengan kekuatan 15 kmsj dan boleh mencapai semaksimum 70kmsj ini dilihat semakin menghampiri Terengganu pada kedudukan 218 km, Kota Bharu 287 km dan Kuantan 311 km.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di mana ributTropika Pabuk semakin menghampiri negeri Pantai Timur
Lihat bagaimana pekerja Offshore berkongsi video lautan berombak kuat dan kapal-kapal besar juga dilihat terhoyong-hayang kesan dari siklon Tropika Pabuk ini. Bayangkan jika ia memukul ke arah daratan dan sudah pasti bangunan yang tidak kukuh akan tumbang sekaligus mengakibatkan kerugian besar.
Kedengaran suara seorang pekerja pelantar memaklumkan yang laut bergelora dan lebih kurang 9 meter lagi mencapai ke puncak pelantar diikuti doa kepada Allah agar dijauhkan segala mara bahaya ini.
Info dari rakan offshoreAngin mencecah 90knot 150km/jOmbak setinggi 15 meter[03/01 : *ECC Update 030530hrs*1. Wind Speed & Swell (current):i. Puteri | 45-50 knts | 6.5-7.0 mtrii. *Sepat | 85 knts | 9.0 mtr*iii. Angsi | 30-40 knts | 4.5-5.0 mtriv. Resak |30-35 knts | 2.5-3.0 mtrv. PM9 | 45-50 knts | 4.5-4.0 mtrvi. Dulang | 37-45 knts | 3.5-4.0 mtrvii. TBC | 35-40 knts | 5.0-5.5 mtrviii. Resak | 30 knts | 2.8 mtrix. Dyb | 32-40 knts | 5.0-5.5 mtr*x. BuK | 45-52 knts | 8.0-8.5 mtr*2. Peak weather (as of 030430 hrs);i. Penara – 022300 hrs / 34 kntsii. Puteri – 030500 hrs / 32 kntsiii. *BuK – 030300 hrs / 60 knts*iv. *Sepat – 030400 hrs / 90 knts*3. Concerns:i. FSO BuK rolling angle decrese to *8 deg* with the slightly reduction of wind speed. Swell *maintain around 8.5m*. All personnel are awake and on high alert. Some of them having severe dizzinessii. Sepat reach max wind speed @ *85 knts* and in *RED ZONE*. Swell *increase to 9.0m*. Rolling around 2 deg port, 2 deg stb. Sepat A stranded personnel are on *very high alert*. Current high swell *reach cellar deck which office cabin located*. POB Sepat A standby with life jacket!!iii. Sepat standby boat SK Line 79 still nearby the area (2.5 nmile). *Setia Gagah has slightly back off 4.5 nmile (keep distance)* from Sepat areaiv. Other locations wind speed within *40-50 knots* with swell *4.0-5.0 meter*.v. Sepat and BuK are on *very high alert!!*Let's pray for our friends at Sepat & BuK!![03/01 11:46 am: paltform area blah ganu.. tgah dbadai ombak dn angin kencang..
Apa yang boleh kita fahamkan tentang Ribut Tropika Pabuk dan risiko yang berlaku?
Jika melihat fb rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, setiap hari mereka akan memaparkan amaran mengenai “kedatangan” ribut tropika ini yang mana kedudukannya berubah dari sehari ke sehari (lebih semakin menghampiri).
Ribut tropika Pabuk ini boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 km di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Mengikut catatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia, kesan ketara yang akan terjadi ialah :-
– Berlakunya angin kencang.
– Kerosakan pada bangunan tidak kukuh
– Risiko pokok tumbang & bumbung terbang
– Laut bergelora
– Kenaikan aras laut
– Limpahan air laut di persisiran pantai
– Hujan lebat berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh dan banjir.
Jadi bagi orang di Pantai Timur sila jauhi pantai ya sehingga tarikh 5 hb ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada keselamatan diri. Mari kita sama-sama berdoa agar siklon tropika Pabuk ini menjauhi Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!