Anak kelahiran Malaysia yang sudah menempa nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi selebriti pertama di Asia yang menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangannya dalam industri filem.

Difahamkan, ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada majlis konvokesyen bagi felo-felo institusi filem di Hollywood. Gabungan kedua-dua pengarah filem yang digelar sebagai The Daniels itu terkenal dalam filem yang dibintangi Michelle Yeoh, Everything Everywhere All At Once.

“Kami amat bertuah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda, Michelle Yeoh. Antara perkara pertama yang kami sedar adalah kebaikan hatinya terhadap orang lain,” kata duo pengarah itu ketika menyampaikan anugerah tersebut.

Datuk Seri Michelle Yeoh turut berucap dan memberi saranan kepada artis generasi baharu supaya berpegang kepada cinta terhadap karya mereka dan berani untuk merebut peluang.

Datuk Seri Michelle Yeoh Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Filem Amerika
Instagram: @michelleyeoh_official

Antrara selebriti-selebriti popular yang pernah dianugerahkan ijazah kehormat itu adalah Maya Angelou, Jodie Foster, James Earl Jones, David Lynch, Quentin Tarantino dan Angela Bassett.

IKLAN

Sebelum ini, Michelle juga telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022. Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time.

BACA: Michelle Yeoh Tersenarai Dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022

IKLAN

Sepanjang hayat kerjaya Michelle dalam dunia lakonan, beliau telah terlibat dalam lebih daripada 70 produksi filem termasuklah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dan banyak lagi.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Michelle Yeoh, beliau memang selayaknya menerima penganugerahan ini kerana berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan antarabangsa dan terkenal di seluruh dunia.

IKLAN

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=ZR5k3G3N5LY&t=1064s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI