Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Amar Aidid Mohd Zain mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Negara 2026 pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 yang berlangsung di Marriott Hotel, Putrajaya, pada Khamis.
Lebih istimewa, pengiktirafan berprestij itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Kejayaan Mohamad Amar Aidid meraih Tokoh Siswa Negara 2026 membawa makna tersendiri apabila melihat perjalanan dan usaha yang dilakukannya sepanjang bergelar mahasiswa. Pengiktirafan itu juga menyerlahkan bagaimana pengalaman hidup boleh menjadi pendorong kepada seseorang untuk membantu komuniti di sekelilingnya.
Tokoh Siswa Negara 2026 Berjuang Demi Mahasiswa B40
Di sebalik kejayaan tersebut, perjalanan Mohamad Amar cukup dekat dengan realiti kehidupan mahasiswa.
Berasal daripada keluarga B40 dan dibesarkan oleh ibu tunggal selepas kehilangan bapanya pada 2012, latar belakang itu menjadi antara pendorong utama Mohamad Amar untuk memperjuangkan kebajikan rakan-rakan mahasiswa yang berdepan kesukaran.
Pengalaman melalui kehidupan sebagai anak daripada keluarga B40 membuatkan beliau memahami cabaran yang mungkin dihadapi mahasiswa, khususnya mereka yang perlu berdepan kekangan kewangan ketika meneruskan pengajian.
Beliau pernah menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM bagi sesi 2024/2025, selain menjadi ahli Senat UUM serta Ketua Penerangan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Ads
Penglibatan dalam beberapa platform kepimpinan mahasiswa itu memberi ruang kepada Mohamad Amar untuk membawa suara dan kebajikan mahasiswa dalam skala yang lebih luas. Pada masa sama, ia memperlihatkan komitmennya dalam aktiviti kepimpinan dan khidmat kepada komuniti mahasiswa.
Usaha Kebajikan Di Sebalik Tokoh Siswa Negara 2026
Malah, antara usaha yang cukup mencuri perhatian adalah penglibatannya dalam Kempen Solidariti Mangsa UPSI Nahas Gerik yang berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM290,651.51.
Jumlah tersebut memperlihatkan besarnya sokongan yang berjaya digerakkan menerusi kempen berkenaan bagi membantu mereka yang terkesan. Usaha seperti ini turut menjadi sebahagian daripada perjalanan kepimpinan Mohamad Amar sepanjang bergiat aktif sebagai mahasiswa.
Bukan itu sahaja, Mohamad Amar turut mengusahakan perniagaan gunting rambut ketika berada di universiti dan membuka peluang kepada mahasiswa lain untuk menjana pendapatan tambahan.
Ads
Sebagai penerima Tokoh Siswa Negara 2026, beliau menerima wang tunai RM5,000, Geran Mobiliti bernilai RM5,000, biasiswa, piala pusingan, trofi serta sijil pengiktirafan.
Pengiktirafan tersebut menjadi satu lagi pencapaian penting buat Mohamad Amar selepas penglibatannya dalam pelbagai aktiviti kepimpinan, kebajikan dan keusahawanan sepanjang berada di universiti.
Ang Yan Wei Turut Cipta Kejayaan
Dalam majlis sama, seorang lagi mahasiswa, Ang Yan Wei, turut mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Tokoh Perpaduan Siswa.
Kejayaan kedua-dua mahasiswa ini bukan sahaja menjadi satu pencapaian peribadi, malah mencerminkan potensi generasi mahasiswa hari ini dalam aspek kepimpinan, khidmat masyarakat dan usaha memperkukuh perpaduan.
Ads
Ia turut memperlihatkan bahawa kehidupan di universiti bukan semata-mata mengenai pencapaian akademik. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, kepimpinan, kebajikan dan perpaduan juga mampu memberikan pengalaman serta impak kepada komuniti.
Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara 2026 berlangsung pada 1 Oktober di Marriott Hotel, Putrajaya dan disempurnakan oleh Perdana Menteri.
Tahniah Mohamad Amar Aidid dan Ang Yan Wei! Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat buat lebih ramai mahasiswa untuk terus mencipta impak, bukan sahaja di kampus tetapi juga kepada masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor kacak Korea Selatan, Lee Min Ho menjadi trending di Twitter kerana para peminat meraikan ulang tahun ke-15 kerjayanya dalam industri hiburan.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada aktor itu dan berkongsi gambar transformasi dirinya dari dulu hingga sekarang.
05102021 | 15 years ago today when the most popular korean actor, hallyu king, & one of the most versatile and excellent actors of this generation was first witnessed.
Debut lakonan pertamanya adalah pada tahun 2005 menerusi drama Love Hymn dengan hanya membawa watak sampingan. Lee Min Ho mula aktif pada tahun 2006 sehingga kini.
Berikut kami senaraikan antara drama-drama terbaik yang pernah dilakonkan oleh aktor berusia 34 tahun ini.
1. Boys Over Flowers
Menceritakan tentang Geum Jan Di, seorang gadis daripada keluarga yang tidak mampu menanggung pendidikannya di sekolah elit. Di sana, dia tanpa sengaja telah berurusan dengan empat lelaki kacak dan kaya yang dikenali sebagai F4.
Drama siri ini antara yang berjaya melonjakkan nama Lee Min Ho.
2. Personal Taste
Park Gae In (Son Ye Jin) mengalami nasib terburuk dalam hidup. Teman lelakinya bukan sahaja berpisah dengannya, tetapi dia juga hampir kehilangan pekerjaannya. Oleh itu, apabila rakan sebilik yang bernama Jeon Jin Ho (Lee Min Ho) (yang dia anggap keliru sebagai gay) menawarkan diri untuk membantunya untuk membantunya keluar dari segi kewangan, dia tidak menolak.
Dia gembira kerana mempunyai rakan karib gay dan mula bergantung pada Jin Ho untuk sokongan emosi, tetapi yang tidak dia ketahui adalah bahawa Jin Ho sebenarnya bukan gay dan mempunyai perasaan terhadapnya.
3. City Hunter
Lee Min Ho melakonkan watak bernama Lee Yoon Sung, yang menyamar di Blue House sebagai pakar IT sehingga dia dapat meneruskan rancangan ayahnya untuk membalas dendam. Di sana dia bertemu dengan Kim Na Na (Park Min Young), yang bekerja sebagai pengawal peribadi.
Mereka berdua membentuk pakatan ketika menyedari bahawa rancangan mereka untuk membalas dendam adalah sama. Dalam misi balas dendam itu, mereka telah jatuh cinta di antara satu sama lain.
4. The Heirs
Mengisahkan persaingan dan kisah cinta serta kehidupan golongan pewaris muda yang kaya yang dipimpin oleh Kim Tan (Lee Min Ho) dan seorang gadis bernama Cha Eun-Sang (Park Shin Hye). Tidak seperti pelajar kaya yang lain, Cha Eun-Sang dianggap biasa dan berasal dari latar belakang yang miskin.
5. The Legend of The Blue Sea
Kisah Heo Joon Jae (Lee Min Ho), anak lelaki dari seorang ahli perniagaan kaya, dia merupakan seorang lelaki kacak dan berkerja sebagai penipu handalan selepas perceraian ibu bapanya, dan tentang ikan duyung bernama Shim Cheong (Jun Ji Hyun) yang menyukai Joon Jae.
Berfokus pada kelahiran semula, nasib, dan cinta yang tidak berbalas, kisah mereka dihubungkan dengan kisah yang selari dengan era zaman Joseon, mengenai ketua bandar Kim Dam-ryeong dan ikan duyung Se Hwa.
6. Secret Campus
Merupakan drama pertama Lee Min Ho dan kemampuan lakonannya menerusi drama ini berjaya memukau penonton. Dia bergandingan bersama selebriti popular Park Bo Young. Secret Campus menceritakan tentang enam pelajar senior di sekolah tinggi. Mereka memiliki impian dan cita-cita yang ingin dikejar.
7. The King: Eternal Monarch
Berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu ketiga tayangan, drama penuh emosi dan konflik dalaman Thariq Ridzuwan: His Treasure semakin memuncak!
Dalam episod 5 dan 6, penonton terus dibawa menyelami kehidupan Radwa yang semakin tertekan apabila ramai insan di sekeliling cuba meragut kebahagiaannya bersama Thariq.
Episod 5: Radwa Terperangkap, Aina Bermuka Dua & Lelaki Misteri Selamatkan Radwa
Walaupun Radwa dan Thariq semakin bahagia dalam rumah tangga mereka, ancaman luar tidak henti-henti datang.
Aina yang berpura-pura baik di hadapan Thariq sebenarnya masih menyimpan niat jahat dan terus mengganggu hidup Radwa dari belakang.
Sementara itu, kumpulan Holy Dragon berjaya mengaitkan Datuk Zahid dengan Zizi, pengerusi organisasi TEDUH yang selama ini membantu kanak-kanak mangsa penculikan di tempat Radwa aktif membuat kerja sukarelawan. Demi keselamatan, Adrean menasihati Thariq agar menghalang Radwa daripada terus terlibat buat masa ini.
Namun, kekacauan tidak berhenti di situ. Radwa dikurung oleh Rozita tetapi berjaya diselamatkan Thariq selepas dimaklumkan oleh Husaini. Semua tekanan yang dihadapinya menyebabkan Radwa mengalami kemurungan yang semakin memburuk.
Pada masa yang sama, Thariq bersama Holy Dragon terus memburu Datuk Zahid. Malangnya, Radwa pula menjadi sasaran penjahat yang cuba menculiknya! Nasibnya baik apabila dia berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki misteri yang tak dikenali, hmm siapa gerangan lelaki itu sebenarnya?
Episod 6: Lelaki Berdarah, Suara Dalam Kepala & Misi Membunuh Zahid
Ketegangan memuncak apabila Radwa ternampak kelibat lelaki misteri dalam biliknya. Panik, Radwa menjerit dan lebih mengerikan, lelaki itu menconteng sesuatu pada pintu gelangsar bilik menggunakan darah sebelum menghilangkan diri ketika Thariq sampai.
Tak lama kemudian, Radwa menerima gambar Thariq bersama Anita dan simptom ‘anxiety’ mula menghasutnya tanpa henti.
Tertekan, Radwa cuba menenggelamkan diri dalam tab mandi; bukan untuk membunuh diri tetapi untuk ‘menenggelamkan’ suara dalam kepalanya.
Thariq sempat menyelamatkan Radwa dan berjanji untuk sentiasa berada di sisi isterinya itu tetapu… janji tinggal janji. Dia terpaksa meninggalkan Radwa sekali lagi demi menumpaskan Datuk Zahid bersama Holy Dragon.
Di rumah Datin Tiana, Holy Dragon berkumpul untuk jalankan kerja forensik. Dendam Thariq terhadap Zahid makin membara.
Akhirnya, mereka berjaya mengesan, menahan dan membunuh Zahid, Buat pertama kalinya, Thariq rasa lega apabila Radwa kini benar-benar selamat.
Dalam babak penutup, Thariq berjanji mahu membawa Radwa ke Melaka untuk menemui neneknya yang menandakan harapan baru dan kebahagiaan yang mungkin menanti mereka.
Jangan ketinggalan untuk terys menonton drama Thariq Ridzuwan: His Treasure setiap Rabu & Khamis di Astro Ria (saluran 104), Astro On Demand & sooka!
Nak tahu siapa sebenarnya lelaki misteri yang asyik muncul dalam hidup Radwa? Stay tuned.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan solekannya yang tebal, tetapi ketahanan kulit wajah mereka.
Semakin lama, semakin sengit persaingan di antara finalis yang masih meneruskan cabaran dalam pencarian Dewi Remaja 2022.
Bezanya pencarian ini daripada pertandingan-pertandingan lain adalah dari aspek penilaian keseluruhan seseorang individu tersebut. Mereka harus memiliki kredibiliti secara overall package dan bukannya dinilai dari paras luaran sahaja.
Seorang Dewi Remaja yang dilantik haruslah memiliki persona dan aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.
Justeru, amat penting bagi 15 finalis Dewi Remaja pada episod empat kali ini untuk menguasai skil komunikasi yang baik agar mereka tidak kekok apabila berhadapan dengan pelbagai pihak setelah bergelar selebriti pada masa akan datang.
15 finalis mendapat tunjuk ajar daripada penyampai radio dan hos, Keanu Azman.
Finalis dibahagikan kepada 5 buah kumpulan bagi mempersiapkan diri masing-masing dengan topik yang diberi.
Kali ini, 15 orang finalis bertuah kerana mendapat peluang mencedok cara-cara penyampaian diri daripada personaliti berbakat tempatan, Keanu Azman sebelum mereka memulakan cabaran.
Harus diingat juga, pada peringkat ini finalis sudah perlu memikirkan apakah ‘jenama’ yang bersesuaian dengan identiti diri masing-masing. Apakah misi jangka panjang dan di manakah mereka ingin posisikan diri?
Keanu seterusnya mempersiapkan diri finalis yang dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Masing-masing perlu pantas menggarap topik kebudayaan dan sejarah di sebalik identiti diri mereka.
Bertempat di sekitar kawasan Kuala Lumpur, finalis bukan saja perlu mempersiapkan diri dari segi kecerdasan mental tetapi juga fizikal. Iyalah, namanya pun finalis Dewi Remaja kan.. imej ketika berucap amatlah penting sebagai faktor penarik kepada seseorang itu.
Dengan imej yang presentable, finalis sendiri akan merasa lebih yakin dan mudah ‘menebalkan muka’ di hadapan orang ramai.
Sebelum memulakan cabaran, finalis menguasai lebih keyakinan apabila mereka mengamalkan dahulu minuman Kinohimitsu Snow Activ. Minuman yang didatangkan dalam bentuk sachet ini memberikan lebih perlindungan kepada kulit finalis sewaktu berada di bawah terik matahari. Malah, ia juga mampu mempertahankan kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) yang merbahaya dan menghalang pembentukan melanin serta melambatkan proses penuaan.
Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka juga tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing masing-masing!
Sekiranya anda sedang tercari-cari formulasi pemutihan yang selamat dan berkesan apabila diambil secara konsisten, Kinohimitsu Snow Activ juga menawarkan semua itu.
Ia diperkaya dengan tujuh bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh termasuklah bahagian hiperpigmentasi ‘degil’ seperti di garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan peha
Campurkan satu paket Kinohimitsu Snow Activ dengan 80ml air dan ambilnya sebelum sarapan pagi.
Kami yakin, 15 finalis yang masih bertanding pada episod keempat minggu ini akan memberikan yang terbaik di hadapan para juri. Get ready girls! Serlahkan identiti dan personaliti ketika berucap nanti ya.
Jangan lupa untuk terus menonton setiap episod program Dewi Remaja 2022 dan IMBAS Kod QR pada skrin bagi mendapatkan Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani atau Snow Activ pada harga RM30 SAHAJA. Promosi ini hanya terhad sewaktu program berlangsung dari 9 malam hingga 12 tengah malam, setiap Sabtu sewaktu program Dewi Remaja 2022 ditayangkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.