Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh, ramai terus terbayangkan aksi-aksi lasak yang dilakonkan olehnya sendiri dalam filem yang mempamerkan seni pertahankan diri Kung Fu.
Namun tahukah korang, permulaan karier Michelle, 60 yang baru sahaja menerima pencalonan anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sebenarnya bertitik-tolak daripada penyertaannya di pertandingan ratu cantik!
Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah anugerah Golden Globes 2023.
Minat wanita berkaliber kelahiran Ipoh, Perak ini sebenarnya terhadap dunia seni sebenarnya bermula dari seni tarian.
Seawal usia empat tahun, beliau telahpun memulakan latihan tarian balet. Setelah mereka berpindah ke United Kingdom ketika beliau berusia 15 tahun pula, ibu bapanya sendiri telah mendaftarkan Michelle untuk menyertai Royal Academy of Dance di London.
Minat mendalam terhadap tarian balet itu bagaimanapun menemui titik noktah apabila Michelle berdepan kecederaan tulang belakang. Itu tidak sesekali meleburkan semangatnya apabila beliau mencari bidang seni lain yang melibatkan koreografi termasuklah seni mempertahankan diri.
Tan Sri Michelle Yeoh semasa ditemui di acara karpet merah anugerah Critics Choice 2023.
Juara Ratu Cantik
Aura yang dimiliki Tan Sri Michelle Yeoh semakin menyerlah apabila beliau mencecah usia 20-an. Pada tahun 1983, beliau memilih untuk bertanding di pentas Miss World Malaysia, memenanginya dan sekali gus mewakili negara ke pertandingan Queen of the Pacific di Australia – DAN beliau juga memperolehi kejuaraan di sana!
Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) diapit naib juara dan pemenang tempat ketiga di Miss Malaysia World 1983.
Dalam temu ramahnya bersama majalah Town & Country edisi Ogos 2022, Michelle telah menyentuh mengenai pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik satu ketika dahulu.
Ads
“Saya memang sedikit kompetitif secara semulajadi. Saya rasakan juri-juri pada masa itu ‘buta’ agaknya,” selorohnya. Ibunya, Janet lah yang mendaftarkan anak daranya itu bagi menyertai pertandingan itu dan Michelle pada waktu itu tidak begitu yakin untuk menyertainya; apatah lagi untuk memenangi gelaran Miss World Malaysia!
Tidak lama selepas itu, beliau mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 yang dilangsungkan di London. Seingat beliau pada waktu itu, beliau telah memilih gaun tradisional berona hijau keemasan.
Sehingga ke hari ini, Michelle berkata ibunya akan ‘mengambil kredit’ di atas pembabitan awalnya itu dalam dunia glamor.
“All the time! She always tells me, ‘It’s me, I created her, I gave her this,’ and I’m like, ‘Yes, Mom.’ “
Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana pula Michelle boleh terlibat dalam dunia lakonan dari pentas ratu cantik..
Ads
Haa, setahun kemudian beliau telah muncul dalam sebuah iklan televisyen untuk jenama Guy Laroche dan ia merupakan titik-tolak utama untuknya melebarkan sayap sebagai seorang pelakon antarabangsa.
Disebabkan iklan inilah, sebuah studio produksi kecil di Hong Kong menawarkannya watak dalam projek mereka dan bak kata orang, the rest is history.
Ternyata, Tan Sri Michelle Yeoh ialah seorang figura contoh yang paling ideal kepada remaja terutamanya gadis-gadis yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.
Berkat kesabaran, minat yang mendalam dan tidak mudah mengalah selama 40 tahun dalam dunia glamor, lihatlah di mana Michelle berdiri sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barang-barang kulit memang timeless dan stylish, tapi penjagaannya perlu betul untuk pastikan ia kekal cun dan tahan lama.
Dalam dunia di mana gaya hidup kita penuh dengan aksi, memiliki gear kulit yang kekal menarik adalah must-have. Jadi, apa rahsia untuk menjaga barang-barang kulit supaya sentiasa nampak baru dan on point?
Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
Kaedah Disarankan:
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
Ini Yang Perlu Anda Buat:
– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
Sebelum ini terdapat banyak produk kosmetik yang diharamkan penjualannya kerana mengandungi racun berbahaya. Terbaru, produk kosmetik untuk merawat jeragat dan parut jerawat, FS Tumeric Cream dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri dan betamethasone 17-valerate yang boleh memudaratkan kesihatan.
KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tersebut. Notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Individu yang melakukan kesalahan dibawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Untuk pengetahuan korang, Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Menurut Public Health Malaysia, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf dan menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Foto: Public Health Malaysia
Walau bagaimanapun, seorang warganet telah pun melaporkan di dalam ruangan komen bahawa produk tersebut masih banyak dijual secara online.
Diharap agar pihak penjual dan pengedar bertanggungjawab menarik balik produk kosmetik tersebut daripada terus dijual kepada orang awam.
Buat pembeli pula, jadilah pengguna yang bijak. Jangan mudah terpedaya dengan lambakan produk kosmetik yang ada di pasaran sekarang.
Penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) mungkin sudah disahkan ‘bebas’ daripada Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Namun itu tak bermakna kita sudah selamat sepenuhnya. HFMD masih ligat dijangkiti oleh rakyat Malaysia terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ini mungkin berlaku kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Selain itu, kanak-kanak juga lebih mudah terdedah kepada kotoran berbanding kita semua yang sudah terbiasa mencuci tangan dan kaki dengan bersih.
Namun, itu tak bermakna golongan young adults atau remaja seperti kita terlepas daripada risiko dijangkiti HFMD!
Terbaru, salah seorang daripada rakan kami di sini mengejutkan ramai pihak apabila dia disahkan positif HFMD.
“Yes, saya juga terkejut apabila simptom-simptom awal mula menunjukkan kesan. Pada mulanya saya hanya mengalami demam biasa dan kurang selera makan.
“Day by day, kondisi saya bertambah teruk apabila ada kesan seperti ruam yang melepuh pada bahagian tapak kaki dan tapak tangan. Saya gusar jika saya dijangkiti chicken pox.
“Namun, bintik-bintik ‘ruam’ ini mulai timbul. And that is when I know I have to get to the hospital. Bayangkan daripada demam biasa saja, ia bertukar menjadi lebih complicated. Melalui pembacaan saya di portal, HFMD boleh memberikan masalah yang teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung.
“Sebab itulah saya tak teragak-agak untuk pergi mendapatkan konsultasi dan ya, saya disahkan positif,” katanya.
Suka atau tidak, gadis tersebut terpaksa direhatkan di rumah selama beberapa hari. Memang tak selesa langsung – bukan kerana bosan di rumah tetapi disebabkan rasa sakit yang dia rasakan pada tapak tangan dan kaki.
“Walaupun doktor memberikan preskripsi seperti pain killer dan paracetamol untuk membantu rasa sakit reda, but it is a no way out.
“Pesakit masih perlu melalui rasa sakit untuk 7 ke 10 hari. I should have rested, but I just could not.
“Apa yang saya boleh lakukan adalah untuk minum air secukupnya dan cuba menjaga kebersihan sebaik mungkin. Apabila saya dibenarkan pulang, my mom just cleaned the house in and out. Dah berbau Dettol satu rumah! (ketawa).”
So, jangan ingat kanak-kanak je yang boleh dijangkiti. Orang dewasa macam kita pun tak terlepas. Cuba tengok kronologi foto yang dikirimkan olehnya mengikut hari ni, terus taubat nak jaga kebersihan sebaik mungkin!
Hari 01
Bintik-bintik merah mulai kelihatan pada bahagian badan, terutamanya pada telapak tangan.
Hari 02
Hari 03
Keadaan semakin kritikal apabila tapak kaki dan tangan terasa panas serta sakit jika bersentuhan dengan lantai mahupun objek. “Duduk atas katil je..”
Hari 04
Hari 05
Hari 06
Hari 07
Kulit mula mengelupas, tanda jangkitan HFMD semakin merosot.
Jadi, lebih baiklah korang berhati-hati menjaga kebersihan diri terutamanya semasa berada di luar rumah. Kawasan rumah jangan pula diingat selamat. Rajin-rajinkan tangan tu sikit untuk membersihkannya, especially di tempat tidur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.