Setelah beberapa minggu berlangsung, akhirnya pertandingan ratu cantik Miss Universe Philippines 2022 melabuhkan tirainya semalam dengan memahkotakan Celeste Cortesi dari Pasay sebagai juara.
Bertempat di SM Mall of Asia Arena di Manila, pertandingan Miss Universe Philippines 2022 boleh dianggap sebagai salah sebuah pertandingan yang amat dinanti-nantikan; bukan sekadar dalam kalangan rakyat di Filipina tetapi juga buat peminat di seluruh dunia. Ini memandangkan Filipina merupakan sebuah negara ‘powerhouse’ dalam dunia ratu cantik dan sering menghantar wakil berkaliber serta cantik.
Bercakap mengenai Celeste, peserta berdarah kacukan Filipina-Itali ini mengenepikan 31 orang peserta lain dan bakal mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe 2022 akan datang.
Sebagai seorang yang berdarah kacukan, Celeste, 24 secara tidak langsung dikaitkan dengan beberapa wakil Filipina terdahulu yang juga berdarah kacukan seperti Pia Wurtzbach (Filipina-Jerman) dan Catriona Gray (Filipina-Scotland). Masing-masing berjaya membawa pulang gelaran Miss Universe pada tahun 2015 dan 2018, lalu memberi signal cerah kepada rakyat Filipina mengenai peluangnya untuk menjadi wakil kelima yang berpotensi membawa kejayaan buat Filipina di pertandingan berprestij itu.
Ads
Sedikit info menarik mengenai Celeste Cortese, dia dilahirkan dan dibesarkan di Roma, Itali. Namun, hatinya dekat dengan latar belakangnya sebagai seorang Filipina. Sejak usia 16 tahun, Celeste mengimpikan untuk menjadi wakil Filipina di pentas ratu cantik.
Selepas bermastautin di Filipina lima tahun lalu, model berketinggian 177cm ini mengejar impiannya itu dan pada tahun 2018, dia ditabalkan sebagai Miss Earth Philippines. Empat tahun kemudian, Celeste merasakan dirinya sudah bersedia untuk menawan gelaran Miss Universe Philipines pula dan menepati ramalan ramai pihak, dia mencapai kejayaan semalam. Ini ibarat peluang kedua untuknya membanggakan Filipina di peringkat antarabangsa.
Ads
Celeste sewaktu dinobatkan sebagai Miss Earth Philippines 2018.
Celeste mengenepikan saingan sengit daripada Michelle Dee (Miss Universe Tourism), Pauline Cucharo Amelinckx (Miss Universe Charity), Annabelle McDonnell (First Runner-Up) dan Katrina Llegad (Second Runner-Up).
Selain menjadi juara keseluruhan, Celeste juga memperolehi kategori ‘Best in Evening Gown’. Pada segmen soal jawab, Celeste meraih tepukan gemuruh apabila jawapannya menyentuh hati penonton dengan mesej kekeluargaan.
Adakah Malaysia bakal menobatkan wakil Miss Universe Malaysia yang boleh menandingi kaliber Celeste Cortesi? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan suami isteri di antara Justin Bieber dan Hailey Baldwin memasuki ke fasa seterusnya setelag mereka berkongsi mengenai penyakit Lyme yang didiagnos oleh pakar terhadap Justin.
Perkongsian tersebut bagaimanapun telah menerima respon bercanggah daripada netizen.
Ada yang memahami situasi Justin tersebut, selebihnya terang-terangan memperlekehkan betapa seriusnya penyakit Lyme yang dihadapinya.
Sebagai isteri, Hailey setia berdiri bersama Justin dan memberikan respon balas di media sosial.
Kata Hailey, “Kepada mereka yang cuba perlekehkan kepayahan pesakit Lyme, tolong lakukan kajian kamu dan dengar kisah pesakit yang pernah bergelut dengannya selama bertahun-tahun.
“Perbuatan mempermainkan dan memperlekehkan penyakit yang kamu sendiri tidak faham bukanlah caranya. Apa yang perlu kamu lakukan adalah untuk mengajar diri sendiri mengenainya.”
Ouch.
Untuk pengetahuan korang, penyakit Lyme adalah penyakit berjangkit yang diperolehi menerusi gigitan daripada sekurang-kurangnya 3 jenis bakterium berbeza.
Jika tidak pantas dipantau dan dirawat, ia boleh merebak ke bahagian jantung, sendi dan darah.
Menurut laporan Pusat Pencegahan Sakit AS, kira-kira 300,000 kes penyakit Lyme dicatatkan pada setiap tahun dan ada juga kes yang berlaku kepada selebriti terkenal Barat, seperti Avril Lavigne.
Hailey berterima kasih kepada Avril dengan berkata, “Sending so much love to @AvrilLavigne for all things you do to educate people about Lyme. You’re amazing.”
Sebelum ini Avril telah menghabiskan 2 tahun di katil hospital untuk menangani penyakit itu.
“Saya sedih mendengar kes Justin Bieber ini. The fact that it ia hard to diagnose was something I suffered through also.”
*
Kisah Justin dan penyakit Lyme ini akan dimuatkan dalam siri dokumentari YouTube penyanyi itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketibaan juara Miss World 2021, Karolina Bielawska bersama-sama juara Miss Grand International 2021, Nguyễn Thúc Thùy Tiên di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah semalam telahpun disambut meriah dan menggamit peminat dunia ratu cantik di sana.
Karolina, 23 dan Thùy Tiên berada di Kota Kinablu bersempena pertandingan ratu cantik berskala besar yang bakal dilangsungkan esok di mana ia mempertaruhkan tiga gelaran ratu cantik antarabangsa kepada 24 orang peserta terpilih dari seluruh Malaysia.
Ini termasuklah gelaran Miss World Malaysia 2022, Miss Grand Malaysia 2022 dan Miss Supranational Malaysia 2022. 3 orang bakal juara ini kemudiannya akan mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa pada tahun ini.
Kehadiran Karolina dan Nguyen telahpun menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pencinta ratu cantik tempatan memandangkan ia jarang-jarang sekali dapat disaksikan.
Pada kebiasaannya, juara pertandingan ratu cantik antarabangsa akan dijemput oleh organisasi daripada negara jiran seperti Thailand, indonesia, Vietnam dan Filipina.
Justeru, apabila usaha pihak penganjur dari Malaysia menyunting dua juara ini telah membuahkan hasil sempena acara kali ini, ia sekaligus menarik perhatian ramai pemerhati dunia ratu cantik untuk memberi tumpuan ke arah potensi gadis-gadis yang bertanding serta memastikan nama Malaysia sampai ke pengetahuan warga antarabangsa.
Sememangnya, kecantikan yang dimiliki oleh Karolina dan Nguyen tidak perlu dipertikaikan lagi. Orang ramai yang berada di lapangan terbang semalam telah terpukau dengan aura penuh santun dan glamor.
Untuk pengetahuan, Karolina telah dinobatkan sebagai juara Miss World 2021 di Puerto Rico, Mac lalu. Manakala Thùy Tiên pula menjuarai Miss Grand International 2021 di Thailand pada November, tahun lalu.
Festival ratu cantik yang akan berlangsung esok ini dijangka bakal dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap pakaian dan barangan yang dipakai oleh Park Seo Joon pasti akan diikuti oleh para peminatnya sehinggakan timbul fenomena ‘sold out’ bagi jenama-jenama di luar sana.
Terbaru, pelakon yang popular dengan K-drama seperti Itaewon Class (2020), Record of Youth (2020) dan What’s Wrong With Secretary Kim (2018) ini dipilih sebagai duta jenama Skechers bagi rantau Asia seperti Malaysia, Singapura, Macau, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.
“Saya amat terharu dan gembira untuk menjadi duta jenama Skechers bagi rantau ini. Kasut adalah penting bagi individu seperti saya yang selalu bergerak. Saya sangat mengesyorkan Skechers yang bukan saja bergaya tetapi juga selesa dipakai.”
Park Seo Joon – duta rantau Asia Skechers
Skechers popular di Malaysia sebagai jenama kasut dan pakaian yang mementingkan keselesaan. Rekaannya juga diakui menarik untuk remaja yang inginkan gaya terkini dan mudah disuai padan dengan pakaian sedia ada.
Lantas, pelantikan Seo Joon bagi kempen Skechers 2021/2022 ini membuatkan kami tertanya apakah antara rekaan sneakers yang dipakainya.
Menerusi video pertama kempen tersebut, Seo Jun dilihat menyarungkan sneakers uniseks Skechers D’Lites 4.0. Ia merupakan salah satu model popular jenama itu sejak diperkenalkan pada tahun 2007.
Skechers Men Goodyear D’Lites 4 Sport Casual Shoes. RM399
Ia bermakna segala koleksi pakaian yang dipakai dan jenama yang diwakilinya lebih ‘legit’ dan berharga. Manalah tahu ada di antara korang yang ingin menjual semula di pasaran kedua (secondary market), nilai kasut skechers yang dipakai oleh Seo Joon ini dijangka akan meningkat dalam pasaran.
Sebelum ini, koleksi kasut Skechers yang pernah dipakai oleh duta terdahulu seperti kumpulan EXO, kumpulan SISTAR dan Zico juga menerima sambutan yang cukup menggalakkan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut koleksi Park Seo Joon ini secepat mungkin okay.
Tahniah sekali lagi kepada Skechers & Park Seo Joon atas projek kolaboratif ini.