Home Blog Page 15

Cristiano Ronaldo Dedah Punca Tinggalkan Kem Portugal, Dakwa Jorge Jesus Dua Kali Mungkir Janji

0

Selepas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam kem terbaharu skuad kebangsaan Portugal.

Menerusi kenyataan panjang yang dimuat naik di Instagram, Ronaldo, 41, menceritakan secara terperinci kronologi perselisihannya dengan ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus sehingga membawa kepada keputusannya meninggalkan kem pasukan.

Lebih mengejutkan, Ronaldo mendedahkan dia sebenarnya pernah mempertimbangkan untuk menamatkan karier antarabangsa selepas Piala Dunia 2026. Malah, dia sudah menyediakan sepucuk surat khas untuk rakyat Portugal sebagai ucapan perpisahan.

Bagaimanapun, hasrat itu berubah selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan kerana masih mahukan khidmatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Cristiano Ronaldo turut mendakwa pandangannya pernah diminta mengenai pelantikan Jesus sebagai ketua jurulatih dan dia sendiri merasakan bekas pengendali Al Nassr itu merupakan pilihan tepat.

Cristiano Ronaldo Dijanjikan 30 Minit, Akhirnya Tidak Diturunkan

Menurut Ronaldo, hubungan mereka pada awalnya berjalan baik apabila Jesus membentangkan pelan untuk menguruskan minit permainannya bersama Portugal demi menjaga tahap kecergasan.

Namun, situasi mula berubah ketika aksi menentang Norway.

Pada hari perlawanan, Ronaldo mendakwa Jesus bertanya sama ada dia bersedia untuk bermain selama 30 minit. Walaupun perkara itu tidak termasuk dalam pelan pemulihan fizikalnya, Ronaldo bersetuju.

Dia kemudian melakukan sesi warm-up sejak separuh masa kedua, namun tidak pernah dibawa masuk sehingga perlawanan tamat.

Ronaldo menyifatkan perkara tersebut sebagai kali pertama Jesus gagal menunaikan kata-katanya. Situasi itu ternyata mengecewakan pemain berpengalaman berkenaan selepas dia bersedia untuk diturunkan berdasarkan perbincangan yang berlaku sebelum itu.

Cristiano Ronaldo Dedah Punca Tinggalkan Kem Portugal, Dakwa Jorge Jesus Dua Kali Mungkir Janji

Disebabkan kekecewaan tersebut, Ronaldo mengakui dia tidak pergi menyapa penyokong selepas perlawanan dan secara terbuka memohon maaf atas tindakannya.

Dakwa Jorge Jesus Tidak Tunaikan Janji Kedua

Dua hari kemudian, Cristiano Ronaldo, Jesus dan Pengarah Sukan Al Nassr, Simão Coutinho mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Ronaldo mendakwa Jesus bersetuju untuk menjelaskan situasi sebenar dalam sidang media, termasuk mengakui keputusan meminta Ronaldo melakukan warm-up sebelum tidak menurunkannya merupakan satu kesilapan.

Bagaimanapun, Ronaldo mendakwa kenyataan dan pendekatan Jesus ketika berdepan media kemudiannya tidak seperti yang telah dipersetujui.

“It was the second time he was failing to keep his word to me,” tulis Ronaldo.

Situasi itu akhirnya mendorong Ronaldo meninggalkan kem kerana merasakan kepercayaan antara mereka telah terjejas. Keputusan tersebut sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya dalam skuad kebangsaan dan masa depan hubungannya dengan barisan kejurulatihan Portugal.

Penjelasan Ronaldo kemudian memberikan gambaran mengenai apa yang didakwanya berlaku di sebalik tabir, khususnya berkaitan komunikasi dan persetujuan antara pemain dengan ketua jurulatih.

Cristiano Ronaldo Dedah Punca Tinggalkan Kem Portugal, Dakwa Jorge Jesus Dua Kali Mungkir Janji

Cristiano Ronaldo Belum Mahu Ucap Selamat Tinggal

Dalam masa sama, Ronaldo mengakui tindakannya meninggalkan kem adalah satu kesalahan dan memohon maaf kepada rakan sepasukan serta rakyat Portugal.

Malah, sebagai kapten, dia bersedia menerima sebarang hukuman daripada FPF tanpa layanan istimewa.

Namun, satu perkara ditegaskan Ronaldo kariernya bersama Portugal masih belum berakhir.

Walaupun sudah timbul perbincangan mengenai perlawanan perpisahan, Ronaldo menegaskan selagi fizikalnya masih berada pada tahap terbaik, terus bermain dan menjaringkan gol di peringkat kelab, dia tetap bersedia untuk kembali berjuang bersama Portugal.

Pendirian itu menunjukkan bahawa kontroversi terbaharu berkenaan tidak semestinya menjadi penamat kepada perjalanan panjangnya di pentas antarabangsa. Sebaliknya, peluang untuk melihatnya kembali menyarung jersi Portugal masih terbuka sekiranya keadaan mengizinkan.

Bagi Cristiano Ronaldo, kemampuannya untuk terus bersaing dan memberikan sumbangan di atas padang kekal menjadi ukuran penting dalam menentukan masa depannya bersama skuad kebangsaan.

Selepas hampir 25 tahun menyarung jersi negara, Ronaldo ternyata belum bersedia menjadikan kontroversi ini sebagai noktah terakhir karier antarabangsanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dari Skrin Ke Fandom! Astro ‘House Of Kudrat’ Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Fenomena KUDRAT 1968 mencetuskan sambutan luar biasa di acara House Of Kudrat yang bertempat di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya, dengan kehadiran 10,000 peminat. Seawal acara bermula, ruang acara dibanjiri peminat yang mahu merasai sendiri dunia KUDRAT 1968 seawal 8 pagi, selain merebut peluang bertemu barisan pelakon kegemaran mereka termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Evertts Gomes, Chech Harith dan Akmal Asyraf. Menambahkan lagi hype, Christy Ng turut membawa dunia KUDRAT ke dalam gaya dan fesyen menerusi koleksi istimewa, sekali gus membuktikan fenomena KUDRAT bukan sekadar di kaca TV, tetapi semakin dekat dengan gaya hidup peminat.

Semuanya bermula dengan Cast Reveal pada 12 Ogos, membuka pintu pertama ke dunia KUDRAT. Momentum kemudian semakin memuncak di Astro 30 Showcase pada 28 Ogos, dengan kemunculan Amir Ahnaf sebagai Kapla daripada Project: High Council.

Kemudian, KUDRAT menawan kota. Menerusi Light Up KL x KUDRAT 1968, langit Kuala Lumpur bertukar menjadi pentas. Dron memenuhi ruang udara, sementara brass band Manifestasi bersama Sharul Kamal dan barisan pelakon membawa energi KUDRAT keluar dari skrin dan terus ke tengah kota.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Bagi mereka yang mengikuti drama bersiri KUDRAT 1968, House of KUDRAT yang boleh distrim di Astro X3 dan sooka itu sememangnya menjadi kesempatan untuk peminat melihat sisi berlainan para pelakon siri di samping bertentang mata dengan mereka.

KUDRAT kini bukan sekadar siri yang diminati. Ia semakin besar, semakin riuh dan semakin menjadi perbualan. Walaupun baru memasuki episod kedua, peminat sudah rancak berteka-teki dengan pelbagai teori, persoalan dan ulasan yang memenuhi media sosial. Menerusi House of KUDRAT, fandom itu akhirnya keluar dari skrin. Peminat boleh turun sendiri, berkumpul dan merasai dunia KUDRAT bersama komuniti yang berkongsi minat yang sama.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

 

Christy Ng Lengkapkan Dunia KUDRAT 1968 

Lebih menarik, Dunia KUDRAT turut melangkah daripada skrin ke dunia fesyen menerusi kolaborasi istimewa Christy Ng x KUDRAT 1968. Menampilkan koleksi edisi khas seperti beg galas, beg silang dan stokin yang diinspirasikan daripada identiti siri ini, kolaborasi tersebut memberi peluang kepada peminat untuk membawa sedikit dunia KUDRAT ke dalam gaya mereka sendiri.

Namun kolaborasi ini bukan sekadar sebuah merchandise drop. Ia menjadi sebahagian daripada strategi lebih besar dalam membina Dunia KUDRAT sebagai sebuah fandom ecosystem, di mana kandungan bertemu budaya. Daripada muzik menerusi OST, fesyen menerusi kolaborasi, hinggalah aktivasi yang menemukan peminat secara langsung, setiap elemen saling melengkapi untuk menjadikan KUDRAT sebuah dunia yang bukan sahaja ditonton, tetapi didengar, digayakan dan dialami.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Elemen fesyen itu turut diberikan sentuhan pop culture menerusi kemunculan khas Bengap Brothers bersama Christy Ng, yang disambut dengan sorakan gemuruh di House of KUDRAT. Dengan personaliti mereka yang cukup dekat dengan warga media sosial, Bengap Brothers membawa energy yang lebih spontan, fun dan social, sekali gus merapatkan lagi dunia KUDRAT dengan generasi digital.

Di sinilah fashion meets fandom, content meets culture. Gabungan koleksi Christy Ng x KUDRAT 1968, kehadiran Bengap Brothers dan pengalaman House of KUDRAT menjadikan kolaborasi ini lebih daripada sekadar pelancaran produk. Ia memperluaskan KUDRAT daripada sebuah siri kepada sebuah universe yang boleh ditonton, didengar, digayakan dan dirasai sendiri oleh peminat.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Pelakon KUDRAT 1968 Tidak Menang Tangan Layan Peminat

Dengan ribuan peminat membanjiri House of KUDRAT, satu perkara semakin jelas: KUDRAT 1968 sudah punya fandom dan kelasnya yang tersendiri. Fenomena sebegini bukan selalu terjadi. Mengimbau kembali kehangatan Project: High Council pada 2023, KUDRAT kini hadir dengan energi baharu yang terasa lebih besar, lebih riuh dan semakin kuat momentumnya.

Menerusi sesi eksklusif Astro Rewards, pelanggan Astro turut mendapat akses lebih dekat bersama Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur dan Jebat Zulfar.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

BACA: Salam Perkenalan; Kudrat 1968. Menampilkan Mierul Aiman Sebagai Kuda & Zarif Ghazzi Sebagai Abbas

Bukan sekadar menonton, tetapi peluang untuk berada lebih dekat dengan dunia dan bintang yang mereka minati. Inilah antara nilai istimewa Astro Rewards, menterjemahkan kesetiaan pelanggan kepada pengalaman eksklusif dan fandom moments yang lebih dekat dan lebih personal.

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Dari Skrin Ke Fandom! Astro 'House Of Kudrat' Himpunkan 10,000 Peminat, Christy Ng Tambah Gaya

Demam KUDRAT terus membahang. Baru memasuki episod kedua, KUDRAT 1968 sudah mencetuskan gelombang tersendiri di media sosial. Daripada teori dan persoalan peminat hinggalah video kreatif serta pelbagai interpretasi dunia KUDRAT, fandom ini semakin rancak mencipta momentumnya sendiri.

Dengan Episod 3 bakal menemui penonton pada 9 Oktober menerusi Astro X3 dan sooka, penantian kini bukan lagi sekadar tentang apa yang bakal berlaku minggu hadapan, tetapi sejauh mana fenomena KUDRAT boleh pergi sehingga menuju ke layar filem. Dan selepas ribuan peminat membanjiri House of KUDRAT, satu persoalan mula bermain di fikiran:

Adakah House of KUDRAT akan kembali, lebih besar? Kalau ini baru episod kedua, KUDRAT jelas masih jauh daripada selesai. Kita nantikan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh ‘Prepare’ Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

0

Fuh! Peperiksaan akhir tahun semakin dekat, namun masih ramai pelajar yang berdepan masalah untuk menguasai Matematik.

Bukan sahaja perlu memahami formula, malah pelajar perlu berfikir secara kritikal bagi mengetahui cara paling tepat untuk menyelesaikan soalan.

Bagi membantu pelajar mendalami subjek Matematik dengan lebih sistematik, anda perlulah mengenali aplikasi pembelajaran Matematik yang dikenali sebagai ‘Tupai’ ini.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Tupai Bukan Sekadar Bantu Dapat Jawapan

‘Tupai’ yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan atau A.I. menumpukan kepada pemahaman dan bukan sekadar untuk mendapatkan jawapan. Aplikasi ini disesuaikan dengan sukatan Matematik KSSR, KSSM dan IGCSE.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah fungsi mengambil gambar soalan bagi mendapatkan penerangan langkah demi langkah. Jadi,  apabila pelajar ‘tersangkut’ di mana-mana bahagian, mereka boleh mendapatkan bantuan untuk memahami cara penyelesaian dan konsep di sebalik soalan tersebut.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Bagi pelajar yang sedang membuat persediaan bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 23 November kelak pula, Tupai menyediakan latihan tanpa had.

Bukan hanya kertas peperiksaan percubaan sebenar dari negeri-negeri di Malaysia yang ada dalam aplikasi tersebut, kertas simulasi yang menyerupai soalan SPM turut disediakan! Pelajar juga boleh mendapatkan panduan apabila berdepan soalan yang mencabar.

Lebih menarik lagi, pelajar tidak perlu bergantung kepada sesi pembelajaran secara langsung kerana Tupai boleh digunakan mengikut kadar dan masa mereka sendiri.

Pendekatan ini membolehkan ulang kaji subjek Matematik dilakukan secara lebih fleksibel, terutama selepas waktu sekolah atau ketika membuat persediaan menjelang peperiksaan.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Dua Bulan Untuk Cuba Secara Percuma

Tupai turut menyediakan aplikasi kepada ibu bapa yang ingin mengikuti perkembangan pembelajaran anak. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui bahagian yang memerlukan lebih perhatian dan memberikan sokongan yang sewajarnya.

Untuk tempoh terhad, pelajar boleh mencuba Tupai secara percuma selama dua bulan menggunakan kod TUPAIFOR2. Tawaran tersebut sah sehingga 31 Oktober 2026, jadi inilah masa yang sesuai untuk mencuba lebih banyak latihan sebelum peperiksaan tiba.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Apa yang penting, teknologi bukanlah pengganti kepada usaha pelajar.

Sebaliknya, aplikasi seperti Tupai boleh dijadikan alat untuk belajar dengan lebih bijak.

Dengan latihan yang konsisten dan bantuan apabila buntu, Matematik mungkin tidak lagi terasa sesukar yang disangka dan peluang untuk menguasainya kini boleh bermula dengan mencuba Tupai di Tupai.ai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Masih Tersergam Selepas 22 Tahun, Lelaki Imbau Kenangan Cat Jalur Gemilang Di Litar Sepang Bersama Arwah Bapa

0

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pasti ada yang pernah melihat Jalur Gemilang Litar Sepang bersaiz besar yang dicat pada permukaan konkrit di salah satu bahagian litar ikonik berkenaan.

Namun di sebalik bendera yang menjadi sebahagian daripada pemandangan di Litar Sepang itu, tersimpan sebuah kisah cukup peribadi mengenai kenangan seorang anak bersama arwah bapanya.

Ketika kemeriahan Formula 1 (F1) kembali menjadi bualan ramai baru-baru ini, seorang lelaki tampil mengimbau pengalamannya terlibat dalam penghasilan Jalur Gemilang tersebut kira-kira 22 tahun lalu.

Lebih istimewa, dia melakukannya ketika masih bergelar pelajar sekolah bersama bapanya, Allahyarham Mahadi Md Desa.

Masih Tersergam Selepas 22 Tahun, Lelaki Imbau Kenangan Cat Jalur Gemilang Di Litar Sepang Bersama Arwah Bapa

Bermula Ketika Baru Tingkatan Tiga

Mengimbau kembali sekitar tahun 2004, lelaki berkenaan berkata dia ketika itu baru berada di Tingkatan Tiga dan tidak pernah menyangka tugasan yang dilakukan bersama bapanya akan menjadi satu kenangan yang begitu bermakna dalam hidupnya.

Menurutnya, dia terlebih dahulu mencari gambar Jalur Gemilang menerusi internet untuk dijadikan rujukan sebelum menunjukkannya kepada bapanya.

Daripada gambar tersebut, mereka mula menghasilkan garisan mengikut bentuk bendera satu demi satu sebelum proses mengecat dilakukan sehingga siap.

Pada usia sekitar 15 tahun, mungkin ia kelihatan seperti satu tugasan biasa. Apatah lagi, minatnya terhadap seni sudah dipupuk sejak kecil apabila ibunya sering menghantarnya menyertai pertandingan melukis.

“Ramai yang tanya pasal bendera yang dilukis dekat Litar Sepang tu. Sebenarnya ada design lama dan design baru.

“Yang ni design lama hasil budak hingusan. Mak selalu hantar pergi pertandingan melukis dulu. Dapatlah hasil budak sekolah kat sini,” kongsinya.

Masih Tersergam Selepas 22 Tahun, Lelaki Imbau Kenangan Cat Jalur Gemilang Di Litar Sepang Bersama Arwah Bapa

Idea Arwah Bapa Di Sebalik Jalur Gemilang Litar Sepang

Namun, kisah Jalur Gemilang tersebut tidak terhenti pada rekaan pertama.

Selepas itu, bapanya mendapat idea untuk menghasilkan versi baharu yang lebih besar sebelum rekaannya dilakukan oleh seorang kenalan yang dipanggil Abang Shah.

Selepas mendapat kelulusan daripada pihak SIC ketika itu, mereka terus memulakan kerja bagi merealisasikan rekaan berkenaan.

Dengan masa yang perlu dikejar, proses mengecat bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan.

Dari pagi sehingga malam, mereka menghabiskan masa di litar bagi memastikan Jalur Gemilang Litar Sepang berskala besar itu dapat disempurnakan.

Masih Tersergam Selepas 22 Tahun, Lelaki Imbau Kenangan Cat Jalur Gemilang Di Litar Sepang Bersama Arwah Bapa

Malah, lelaki tersebut masih mengingati kepenatan yang dilalui sehingga mereka sempat tertidur di dalam kereta ketika berehat di tengah hari.

Biarpun pendingin hawa dipasang, bahang panas di kawasan litar ketika itu masih cukup terasa.

Namun siapa sangka, segala kepenatan yang mungkin dianggap biasa pada waktu itu akhirnya menjadi memori yang tidak mampu dibeli dengan apa-apa apabila bapanya telah tiada.

“Bila Tengok F1, Aku Teringat Arwah Bapak Aku”

Selepas hampir 22 tahun berlalu, kemeriahan F1 yang kembali hangat membuatkan lelaki tersebut terkenang semula pengalaman berkenaan.

Bezanya, kali ini apa yang paling diingatinya bukanlah kereta lumba ataupun aksi di Litar Sepang.

Sebaliknya, fikirannya kembali kepada seorang insan yang pernah berada di sisinya ketika mereka sama-sama menyiapkan bendera tersebut.

Masih Tersergam Selepas 22 Tahun, Lelaki Imbau Kenangan Cat Jalur Gemilang Di Litar Sepang Bersama Arwah Bapa

“Sekarang bila aku fikir balik, itulah antara satu-satunya kenangan yang aku ada buat sesuatu bersama arwah bapak aku.

“Dulu aku tak tahu pun kenangan kecil macam tu akan jadi sesuatu yang sangat besar dalam hidup aku.

“Bila tengok balik F1 sekarang, aku bukan teringat kereta laju sangat pun. Aku teringat arwah bapak aku. Dan bendera Malaysia yang kami pernah cat sama-sama, hampir 22 tahun lepas,” luahnya.

Lebih menyentuh hati, Jalur Gemilang Litar Sepang berkenaan menurutnya masih tersergam sehingga ke hari ini.

Kadangkala, sesuatu momen itu terasa kecil ketika kita sedang melaluinya. Hanya selepas masa berlalu, barulah kita sedar bahawa momen sederhana itulah yang paling kita mahu kembali semula.

Al-Fatihah buat Allahyarham Mahadi Md Desa.

Sumber : Threads adyhomhome

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap

Pelumba Formula Satu (F1), Valtteri Bottas baru-baru ini mencuri perhatian peminat di media sosial apabila memilih untuk meneruskan perjalanan ke Singapura dengan berbasikal sejurus selepas selesai beraksi pada Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba yang kini berusia 37 tahun itu juga dilihat aktif berkongsi gambar dan video aktiviti berbasikalnya menerusi media sosial, termasuk ketika meredah laluan yang sunyi dan gelap pada waktu malam dalam perjalanan menuju ke selatan Semenanjung.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Bottas memaparkan suasana ketika beliau mengayuh basikal di sebuah laluan sempit yang dikelilingi kawasan ladang kelapa sawit. Keadaan sekeliling yang gelap hanya diterangi cahaya lampu pada basikalnya.

Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap

Difahamkan, perjalanan ‘Malaysia to Singapore Day 1’ tersebut direkodkan menggunakan aplikasi Wahoo ELEMNT ROAM 3 dan Strava. Pada hari pertama, Bottas dilaporkan sudah mengayuh sejauh 56.60 kilometer bermula dari kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Port Dickson. Manakala pada hari kedua, beliau dilaporkan telah mengayuh sejauh 151.9 kilometer.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Valtteri Bottas (@valtteribottas)

Menariknya, keputusan Bottas untuk berbasikal ke Singapura sebelum ini seakan-akan bermula daripada gurauan pengguna media sosial. Beliau terdahulu dilihat mengayuh basikal ketika kesesakan lalu lintas selepas meninggalkan litar Sepang, sebelum pengguna internet berseloroh bahawa pelumba itu mungkin meneruskan kayuhan sehingga ke Singapura.

Selain dikenali sebagai pelumba F1, Bottas sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap sukan berbasikal, khususnya disiplin ‘gravel’. Pelumba kelahiran Finland itu juga pernah mengambil bahagian dalam perlumbaan ‘gravel’ berprestij sehingga berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Gravel.

Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap

Terdahulu, dalam perlumbaan F1 di Sepang pula, Bottas berdepan nasib kurang baik apabila sekadar merekodkan masa 1:38.611 dan berada di kedudukan ke-19. Selain itu, beliau turut dilaporkan antara tiga pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan tersebut.

BACA: Hujan Lebat, Litar Basah Jadi Saksi Max Verstappen Tawan GP Bahrain Di Sepang

Sementara itu, Bottas dijadualkan meneruskan saingan musim ini di GP Singapura yang bakal berlangsung di Marina Bay Street Circuit pada hujung minggu ini. Namun, sebelum kembali ke trek, perhatian peminat kini terarah kepada perjalanan uniknya merentas Semenanjung dengan hanya menggunakan basikal.

Sumber: Instagram Valtteri Bottas

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula!

Pelakon popular, Janna Nick baru-baru ini mencuri perhatian selepas mendedahkan bahawa beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang perfileman di United Kingdom dengan keputusan cemerlang.

Memetik laporan Berita Harian, Janna atau pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner (31) berkata, kejayaan tersebut menjadi antara pencapaian paling bermakna dalam hidupnya selepas setahun berusaha dan melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian.

“Saya sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UK dengan keputusan yang sangat baik. Segala usaha keras selama ini benar-benar membuahkan hasil dan saya amat bersyukur dengan pencapaian ini,” katanya.

Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula! Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula!

Menurut Janna, beliau sengaja merahsiakan perjalanan pengajiannya daripada pengetahuan umum kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan pandangan atau komen negatif di media sosial. Malah, kandungan berkaitan kehidupan hariannya di UK juga dihasilkan dengan berhati-hati agar tidak mendedahkan rutin sebagai seorang pelajar.

Janna juga turut menjelaskan bahawa dirinya mempunyai prinsip untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai perkara yang benar-benar ingin dicapai. Baginya, pendekatan tersebut membantu memastikan fokus dan matlamat yang ditetapkan tidak terganggu sepanjang proses mengejar impian.

“Kalau ada sesuatu yang saya benar-benar mahu capai, saya tidak akan buat kandungan mengenainya supaya saya boleh kekal fokus sepenuhnya. Saya hanya berkongsi perkara biasa dan rutin kehidupan seharian,” jelasnya.

Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula!

Menariknya, kejayaan memperoleh kelulusan Sarjana itu turut menyemarakkan hasrat Janna untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi apabila dia kini mula meninjau peluang melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Bagaimanapun, pelakon berkenaan masih belum menentukan lokasi atau institusi yang bakal menjadi pilihannya.

Dalam perkembangan sama, Janna sebelum ini mengumumkan penghijrahannya ke London bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann, pada September tahun lalu. Selepas berjaya mengharungi fasa pengajian tersebut secara senyap, pencapaian terbaharu Janna membuktikan kesungguhannya dalam mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perfileman.

Sumber: Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Bakal bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan mereka mungkin perlu menangguhkan perancangan berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga.

Menurut Syed Saddiq, keputusan tersebut dibuat memandangkan sidang Parlimen akan kembali bersidang bermula minggu depan dan dijadualkan berlangsung sehingga awal Disember.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat menikmati bulan madu sejurus selepas bergelar suami isteri seperti kebanyakan pasangan pengantin baharu.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

“Mungkin Berbulan Madu Di Parlimen”

Berseloroh mengenai situasi tersebut, Syed Saddiq berkata mereka mungkin terpaksa mencari alternatif lain untuk menikmati waktu berdua selepas pernikahan nanti.

“Mungkin selepas berkahwin, kami berbulan madu di Parlimen. Gurau sahaja.

“Parlimen bermula minggu depan dan berakhir awal Disember. Orang lain mungkin selepas berkahwin terus pergi berbulan madu, tetapi kami tidak dapat berbuat demikian.

“Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada bakal isteri dan dia sangat memahami bidang kerja saya. Saya sangat bertuah memilikinya sebagai bakal isteri. Saya tidak mahu mengabaikan atau ponteng Parlimen semata-mata untuk berbulan madu. Setakat ini, kehadiran dan penglibatan saya di Parlimen masih 100 peratus.

“Jadi, mungkin kami akan tangguhkan dahulu perancangan tersebut sehingga tanggungjawab selesai,” katanya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Bella Juga Ada Komitmen Selepas Berkahwin

Dalam masa sama, Syed Saddiq mendedahkan Bella turut mempunyai jadual kerja yang padat selepas mereka melangkah ke alam rumah tangga.

Malah, beliau secara berseloroh menyifatkan bakal isterinya itu sebagai individu yang lebih kuat bekerja berbanding dirinya.

“Sebenarnya, Bella lebih workaholic daripada saya. Selepas berkahwin pun dia sudah mempunyai konsert di luar negara, persembahan dan penggambaran sebagai duta jenama.

“Kalau boleh, saya mahu mengikutinya. Tetapi sekiranya bertembung dengan sidang Parlimen, saya perlu memberikan fokus kepada tanggungjawab hakiki,” ujarnya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Masa Bersama Ara & Ayden Tetap Jadi Keutamaan

Bagi Syed Saddiq, soal membahagikan masa bukan sekadar melibatkan kerjaya mereka berdua.

Sebaliknya, beliau turut menitikberatkan masa bersama dua anak Bella, Ara dan Ayden, yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga baharu mereka.

Katanya, mereka perlu saling memahami komitmen masing-masing serta belajar menyusun masa agar tanggungjawab terhadap anak-anak tidak terpinggir.

“Dalam menyeimbangkan kerjaya profesional masing-masing, kami juga tidak boleh melupakan Ara dan Ayden yang memerlukan kasih sayang.

“Kami perlu duduk berbincang dan membahagikan masa. Sebagai sebuah keluarga baharu, sedikit sebanyak kami akan belajar,” katanya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Mierul Aiman Terokai Dabong, Kelantan. Pengembaraan ‘Rare’ & Jarang Dirasai Bersama Dr. Cardin

Pelakon popular, Mierul Aiman bakal menerokai lokasi ‘rare’ Dabong yang terletak di Kuala Krai, Kelantan sebagai salah satu agenda eksplorasinya bersama jenama tempatan, Dr. Cardin tidak lama lagi.

Mierul yang juga merupakan juara pencarian Hero Remaja 2021 tidak asing lagi dengan jiwa eksplorasinya ke tempat-tempat menarik di seluruh negara. Semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu itu turut dapat dirasai menerusi pemilihan naskah-naskah drama serta filem yang belum pernah dicubanya sebelum ini.

Oleh itu, peluang untuk ke Kelantan menerusi ekpedisi The Explore Trip ke Dabong ini merupakan satu peluang yang sukar untuk dilepaskannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mierul Aiman (@mierulaiman)

Perjalanan Mierul itu merupakan sebahagian daripada kempen terbaru jenama Dr. Cardin berjudul The Overlooked Malaysia.

Bertemakan pengembaraan dalam negara, Mierul dan beberapa personaliti lain terdiri daripada Mshaffuan, Bellah Astillah dan YB Syed Saddiq dibawa menerokai lokasi yang jarang dikunjungi di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dengan konsep ‘road trip’.

Perjalanan mereka itu akan didokumentasikan menjadi filem pendek untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia bahawa sesungguhnya negara kita cukup kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Mierul Aiman Terokai Dabong, Kelantan. Pengembaraan 'Rare' & Jarang Dirasai Bersama Dr. Cardin

Bercakap lebih lanjut mengenai kempen The Overlooked Malaysia ini, Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee berkata, ia mendapat sambutan hangat sejak mula ditayangkan pada bulan Ogos lalu.

Ini kerana Dr. Cardin membawakan sebuah konsep baharu yang jarang sekali dipertontonkan oleh mana-mana jenama untuk mengajak wargamaya menerokai lokasi berkenaan secara dalam talian.

“Netizen terkejut apabila menonton sesi live kami yang dilakukan di tempat-tempat yang ‘rare’ seperti di atas batu besar dan di dalam air sungai.

“Melihatkan sambutan hangat yang diberikan, Dr. Cardin mungkin akan meneruskan kempen ini di negeri lain pula. Mungkin kami akan menjelahah bumi Borneo pula selepas ini,” kata Charl Yee.

Tambah menarik lagi, Dr. Cardin bakal menayangkan episod akhir filem pendek kempen ini menerusi acara Meet & Greet yang akan berlangsung selama lima hari di IOI City Mall, Putrajaya mulai 7 Oktober sehingga 11 Oktober ini.

Acara tersebut menjadi peluang buat peminat untuk melihat dengan lebih dekat kemuncak perjalanan The Overlooked Malaysia, selain beramah mesra dengan personaliti yang terlibat dalam kempen berkenaan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Mierul Aiman pada 9 Oktober, jam 3 petang dan Mshaffuan pada 11 Oktober, jam 8 malam pada minggu ini.

Mierul Aiman Terokai Dabong, Kelantan. Pengembaraan 'Rare' & Jarang Dirasai Bersama Dr. Cardin

Buat peminat yang mengikuti perjalanan kempen tersebut, acara ini tentunya menjadi peluang menarik untuk bertemu personaliti kegemaran mereka sambil menyaksikan sendiri episod akhir projek yang membawa penonton menerokai sisi lain destinasi-destinasi menarik di Malaysia.

Dengan Dabong menjadi antara destinasi yang diterokai, perjalanan ini turut memperlihatkan bagaimana lokasi tempatan yang jarang mendapat perhatian boleh mempunyai daya tarikannya tersendiri apabila diperkenalkan kepada khalayak dengan pendekatan yang berbeza.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

0

Di sebalik deruman enjin dan aksi mendebarkan barisan pelumba Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu, siapa sangka seorang kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun pula berjaya mencuri perhatian penonton di seluruh dunia gara-gara ‘T-pose’ George Russell.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Noman itu menjadi tular selepas rakaman dirinya melakukan gaya ikonik ‘T-pose’ pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell, muncul dalam siaran langsung perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.

Lengkap mengenakan sut perlumbaan dan berdiri di tempat duduk penonton, Noman dengan penuh yakin mendepakan kedua-dua tangannya sambil menundukkan kepala persis gaya Russell.

Tidak mengambil masa lama, kemunculan beberapa saat itu terus mendapat perhatian peminat F1 di media sosial. Malah, dalam komuniti peminat Russell di Reddit, penonton dari luar negara turut menyedari kemunculan Noman ketika siaran langsung dan menggelarnya sebagai “little legend”.

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Bukan Sekadar Peminat, Rupanya Noman Main Go-Kart!

Jika ramai pada awalnya menganggap Noman sekadar peminat cilik F1 yang cukup ‘sporting’, rupanya ada cerita lebih menarik di sebalik sut perlumbaan yang dipakainya.

Ibunya, Elie Rahim kemudian tampil di media sosial dan mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan ialah anaknya. Lebih mengejutkan, sut yang dipakai Noman pada hari tersebut bukan sekadar kostum untuk menonton F1.

Sebaliknya, Noman sendiri merupakan pelumba go-kart cilik dan sut tersebut sememangnya digunakan olehnya ketika berlumba.

Pendedahan itu membuatkan ramai netizen semakin teruja dan mula mendoakan agar minat Noman terhadap dunia permotoran dapat dibawa lebih jauh pada masa hadapan.

Mana tahu, hari ini dia melakukan ‘T-pose’ George Russell dari grandstand, beberapa tahun lagi giliran Noman pula berada di atas litar!

Spritzer Pun Cari Noman

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Kehadiran botol Spritzer dalam genggaman Noman ketika aksinya dirakam kamera turut membuatkan momen berkenaan menjadi lebih mencuit hati.

Susulan aksi yang tular itu, jenama air mineral tempatan tersebut dilaporkan mula mencari Noman dan keluarganya bagi memberikan penghargaan kepadanya.

Populariti si cilik itu tidak terhenti di media sosial apabila Noman turut mendapat perhatian stesen radio ERA menerusi program 3 Pagi ERA.

Daripada datang ke Sepang sebagai salah seorang daripada ribuan penonton, siapa sangka Noman akhirnya pulang sebagai antara wajah yang paling diingati daripada hujung minggu F1 tersebut.

Apa Cerita Dengan ‘T-Pose’ George Russell?

Bagi yang bukan ‘hardcore fan’ F1, gaya Noman itu sebenarnya merujuk kepada ‘T-pose’ George Russell yang sudah cukup sinonim dengan pelumba berkenaan.

‘T-pose’ mula menjadi fenomena selepas Russell melakukan gaya mendepakan kedua-dua tangan sambil menundukkan kepala dalam video pembukaan rasmi F1 musim 2023.

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Russell pernah menjelaskan bahawa ketika menjalani sesi penggambaran yang panjang sekitar jam 11.30 malam, dia sekadar meletakkan kedua-dua tangannya di sisi sambil menunggu sesi seterusnya kerana kepenatan. Namun, kru produksi menyukai gaya tersebut lalu memintanya mengulanginya di hadapan kamera.

Sejak itu, ‘T-pose’ George Russell bertukar menjadi meme popular dalam kalangan peminat F1 sebelum Russell sendiri ‘embrace’ jenaka tersebut dan mengulanginya dalam beberapa momen kemenangan. Formula 1 turut menyenaraikan aksi berkenaan sebagai antara meme paling ikonik membabitkan pelumba Mercedes itu.

Kepulangan F1 ke Sepang selepas sembilan tahun sememangnya menghadirkan pelbagai momen yang cukup memorable buat peminat sukan permotoran tanah air.

Namun bagi Noman, hujung minggu tersebut mungkin menjadi satu core memory yang sukar dilupakan.

Pada usia baru enam tahun dan sudah mula berjinak-jinak dengan dunia go-kart, siapa tahu momen tular ini hanyalah permulaan kepada perjalanan lebih besar buat si cilik berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Angelina Jolie Dedah Kemusnahan Gaza Menerusi Google Earth, Luah Kebimbangan Nasib Penduduk

Aktres Hollywood, Angelina Jolie sekali lagi menggunakan platformnya untuk menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di Palestin apabila berkongsi gambaran kemusnahan yang berlaku di Gaza selepas konflik berpanjangan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, bintang Maleficent itu memaparkan perbandingan keadaan sebelum dan selepas beberapa kawasan di Palestin dibedil, termasuk Rafah, Gaza dan Khan Yunis.

Menurut Jolie, paparan melalui Google Earth memperlihatkan perubahan ketara di kawasan terbabit yang kini dipenuhi kesan kemusnahan akibat peperangan.

Angelina Jolie Dedah Kemusnahan Gaza Menerusi Google Earth, Luah Kebimbangan Nasib Penduduk

Banyak Infrastruktur Musnah

Jolie berkata, kemusnahan yang berlaku bukan sahaja melibatkan kediaman penduduk, malah turut menjejaskan pelbagai kemudahan penting yang menjadi keperluan harian masyarakat.

“Seluruh kawasan kejiranan telah berubah menjadi timbunan runtuhan.

“Rumah, sekolah, universiti, hospital, jalan raya, sistem bekalan air dan infrastruktur yang menjadi tempat kebergantungan penduduk untuk meneruskan kehidupan telah rosak atau musnah,” katanya.

Beliau turut memetik analisis satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendapati sebanyak 82 peratus struktur di Gaza mengalami kerosakan setakat 16 Jun 2026.

Angelina Jolie Dedah Kemusnahan Gaza Menerusi Google Earth, Luah Kebimbangan Nasib Penduduk

“Apa Yang Berlaku Selepas Ini Amat Penting”

Bagi Jolie, imej satelit mungkin mampu menunjukkan skala kemusnahan yang berlaku, namun ia tidak dapat menggambarkan sepenuhnya pengalaman penduduk yang terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

“Google Earth menunjukkan kemusnahan fizikal itu dengan jelas dan luar biasa.

“Namun, situasi yang tidak dapat ditunjukkan adalah bagaimana rasanya hidup dalam keadaan kemusnahan, kehidupan keluarga yang terbunuh akibat peperangan dan bagaimana kehidupan mereka yang masih terselamat.

“Apa yang berlaku selepas ini amat penting. Penduduk memerlukan tempat perlindungan sebelum musim sejuk,” kata pelakon filem Maleficent itu.

Angelina Jolie Dedah Kemusnahan Gaza Menerusi Google Earth, Luah Kebimbangan Nasib Penduduk

Seru Bantuan Kemanusiaan Disegerakan

Dalam hantaran sama, Jolie turut menekankan keperluan untuk bantuan segera disalurkan kepada penduduk yang masih terselamat, khususnya dari segi makanan dan kemudahan asas.

“Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan kepada orang awam pada skala yang diperlukan.

“Hospital memerlukan bekalan perubatan. Keadaan yang membolehkan orang awam membina semula rumah, sekolah, hospital dan komuniti mereka juga perlu diwujudkan.

“Kemusnahan itu dapat dilihat. Keperluan mereka juga perlu dikenal pasti dan dipenuhi untuk penduduk yang masih terselamat,” ujarnya.

Pernah Kunjungi Sempadan Rafah

Keprihatinan Jolie terhadap isu kemanusiaan di Gaza bukan perkara baharu.

Pada Januari lalu, beliau dilaporkan mengunjungi pintu sempadan Rafah di Mesir dan bertemu anggota Bulan Sabit Merah serta pemandu lori yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, menurut wartawan AFP.

Jolie sebelum ini turut mempunyai pengalaman lebih dua dekad bersama agensi pelarian PBB sebelum melepaskan jawatannya sebagai utusan khas pada akhir 2022.

Selepas itu, beliau menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada isu kemanusiaan yang lebih meluas.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.