Pelakon popular, Janna Nick baru-baru ini mencuri perhatian selepas mendedahkan bahawa beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang perfileman di United Kingdom dengan keputusan cemerlang.

Memetik laporan Berita Harian, Janna atau pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner (31) berkata, kejayaan tersebut menjadi antara pencapaian paling bermakna dalam hidupnya selepas setahun berusaha dan melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian.

“Saya sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UK dengan keputusan yang sangat baik. Segala usaha keras selama ini benar-benar membuahkan hasil dan saya amat bersyukur dengan pencapaian ini,” katanya.

Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula! Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula!

Menurut Janna, beliau sengaja merahsiakan perjalanan pengajiannya daripada pengetahuan umum kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan pandangan atau komen negatif di media sosial. Malah, kandungan berkaitan kehidupan hariannya di UK juga dihasilkan dengan berhati-hati agar tidak mendedahkan rutin sebagai seorang pelajar.

Ads

Janna juga turut menjelaskan bahawa dirinya mempunyai prinsip untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai perkara yang benar-benar ingin dicapai. Baginya, pendekatan tersebut membantu memastikan fokus dan matlamat yang ditetapkan tidak terganggu sepanjang proses mengejar impian.

“Kalau ada sesuatu yang saya benar-benar mahu capai, saya tidak akan buat kandungan mengenainya supaya saya boleh kekal fokus sepenuhnya. Saya hanya berkongsi perkara biasa dan rutin kehidupan seharian,” jelasnya.

Ads

Setahun Rahsiakan Pengajian, Janna Nick Kini Tamat Sarjana Perfileman, Intai Peluang PhD Pula!

Menariknya, kejayaan memperoleh kelulusan Sarjana itu turut menyemarakkan hasrat Janna untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi apabila dia kini mula meninjau peluang melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Bagaimanapun, pelakon berkenaan masih belum menentukan lokasi atau institusi yang bakal menjadi pilihannya.

Ads

Dalam perkembangan sama, Janna sebelum ini mengumumkan penghijrahannya ke London bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann, pada September tahun lalu. Selepas berjaya mengharungi fasa pengajian tersebut secara senyap, pencapaian terbaharu Janna membuktikan kesungguhannya dalam mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perfileman.

Sumber: Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads