Bakal bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan mereka mungkin perlu menangguhkan perancangan berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga.

Menurut Syed Saddiq, keputusan tersebut dibuat memandangkan sidang Parlimen akan kembali bersidang bermula minggu depan dan dijadualkan berlangsung sehingga awal Disember.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat menikmati bulan madu sejurus selepas bergelar suami isteri seperti kebanyakan pasangan pengantin baharu.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

“Mungkin Berbulan Madu Di Parlimen”

Berseloroh mengenai situasi tersebut, Syed Saddiq berkata mereka mungkin terpaksa mencari alternatif lain untuk menikmati waktu berdua selepas pernikahan nanti.

“Mungkin selepas berkahwin, kami berbulan madu di Parlimen. Gurau sahaja.

“Parlimen bermula minggu depan dan berakhir awal Disember. Orang lain mungkin selepas berkahwin terus pergi berbulan madu, tetapi kami tidak dapat berbuat demikian.

Ads

“Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada bakal isteri dan dia sangat memahami bidang kerja saya. Saya sangat bertuah memilikinya sebagai bakal isteri. Saya tidak mahu mengabaikan atau ponteng Parlimen semata-mata untuk berbulan madu. Setakat ini, kehadiran dan penglibatan saya di Parlimen masih 100 peratus.

“Jadi, mungkin kami akan tangguhkan dahulu perancangan tersebut sehingga tanggungjawab selesai,” katanya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Bella Juga Ada Komitmen Selepas Berkahwin

Dalam masa sama, Syed Saddiq mendedahkan Bella turut mempunyai jadual kerja yang padat selepas mereka melangkah ke alam rumah tangga.

Malah, beliau secara berseloroh menyifatkan bakal isterinya itu sebagai individu yang lebih kuat bekerja berbanding dirinya.

Ads

“Sebenarnya, Bella lebih workaholic daripada saya. Selepas berkahwin pun dia sudah mempunyai konsert di luar negara, persembahan dan penggambaran sebagai duta jenama.

“Kalau boleh, saya mahu mengikutinya. Tetapi sekiranya bertembung dengan sidang Parlimen, saya perlu memberikan fokus kepada tanggungjawab hakiki,” ujarnya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Masa Bersama Ara & Ayden Tetap Jadi Keutamaan

Bagi Syed Saddiq, soal membahagikan masa bukan sekadar melibatkan kerjaya mereka berdua.

Ads

Sebaliknya, beliau turut menitikberatkan masa bersama dua anak Bella, Ara dan Ayden, yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga baharu mereka.

Katanya, mereka perlu saling memahami komitmen masing-masing serta belajar menyusun masa agar tanggungjawab terhadap anak-anak tidak terpinggir.

“Dalam menyeimbangkan kerjaya profesional masing-masing, kami juga tidak boleh melupakan Ara dan Ayden yang memerlukan kasih sayang.

“Kami perlu duduk berbincang dan membahagikan masa. Sebagai sebuah keluarga baharu, sedikit sebanyak kami akan belajar,” katanya.

Syed Saddiq Tangguh Bulan Madu Demi Tugas Di Parlimen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads