Selepas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam kem terbaharu skuad kebangsaan Portugal.
Menerusi kenyataan panjang yang dimuat naik di Instagram, Ronaldo, 41, menceritakan secara terperinci kronologi perselisihannya dengan ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus sehingga membawa kepada keputusannya meninggalkan kem pasukan.
Lebih mengejutkan, Ronaldo mendedahkan dia sebenarnya pernah mempertimbangkan untuk menamatkan karier antarabangsa selepas Piala Dunia 2026. Malah, dia sudah menyediakan sepucuk surat khas untuk rakyat Portugal sebagai ucapan perpisahan.
Bagaimanapun, hasrat itu berubah selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan kerana masih mahukan khidmatnya.
Cristiano Ronaldo turut mendakwa pandangannya pernah diminta mengenai pelantikan Jesus sebagai ketua jurulatih dan dia sendiri merasakan bekas pengendali Al Nassr itu merupakan pilihan tepat.
Cristiano Ronaldo Dijanjikan 30 Minit, Akhirnya Tidak Diturunkan
Menurut Ronaldo, hubungan mereka pada awalnya berjalan baik apabila Jesus membentangkan pelan untuk menguruskan minit permainannya bersama Portugal demi menjaga tahap kecergasan.
Namun, situasi mula berubah ketika aksi menentang Norway.
Pada hari perlawanan, Ronaldo mendakwa Jesus bertanya sama ada dia bersedia untuk bermain selama 30 minit. Walaupun perkara itu tidak termasuk dalam pelan pemulihan fizikalnya, Ronaldo bersetuju.
Dia kemudian melakukan sesi warm-up sejak separuh masa kedua, namun tidak pernah dibawa masuk sehingga perlawanan tamat.
Ads
Ronaldo menyifatkan perkara tersebut sebagai kali pertama Jesus gagal menunaikan kata-katanya. Situasi itu ternyata mengecewakan pemain berpengalaman berkenaan selepas dia bersedia untuk diturunkan berdasarkan perbincangan yang berlaku sebelum itu.
Disebabkan kekecewaan tersebut, Ronaldo mengakui dia tidak pergi menyapa penyokong selepas perlawanan dan secara terbuka memohon maaf atas tindakannya.
Dakwa Jorge Jesus Tidak Tunaikan Janji Kedua
Dua hari kemudian, Cristiano Ronaldo, Jesus dan Pengarah Sukan Al Nassr, Simão Coutinho mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Ronaldo mendakwa Jesus bersetuju untuk menjelaskan situasi sebenar dalam sidang media, termasuk mengakui keputusan meminta Ronaldo melakukan warm-up sebelum tidak menurunkannya merupakan satu kesilapan.
Bagaimanapun, Ronaldo mendakwa kenyataan dan pendekatan Jesus ketika berdepan media kemudiannya tidak seperti yang telah dipersetujui.
Ads
“It was the second time he was failing to keep his word to me,” tulis Ronaldo.
Situasi itu akhirnya mendorong Ronaldo meninggalkan kem kerana merasakan kepercayaan antara mereka telah terjejas. Keputusan tersebut sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya dalam skuad kebangsaan dan masa depan hubungannya dengan barisan kejurulatihan Portugal.
Penjelasan Ronaldo kemudian memberikan gambaran mengenai apa yang didakwanya berlaku di sebalik tabir, khususnya berkaitan komunikasi dan persetujuan antara pemain dengan ketua jurulatih.
Cristiano Ronaldo Belum Mahu Ucap Selamat Tinggal
Dalam masa sama, Ronaldo mengakui tindakannya meninggalkan kem adalah satu kesalahan dan memohon maaf kepada rakan sepasukan serta rakyat Portugal.
Ads
Malah, sebagai kapten, dia bersedia menerima sebarang hukuman daripada FPF tanpa layanan istimewa.
Namun, satu perkara ditegaskan Ronaldo kariernya bersama Portugal masih belum berakhir.
Walaupun sudah timbul perbincangan mengenai perlawanan perpisahan, Ronaldo menegaskan selagi fizikalnya masih berada pada tahap terbaik, terus bermain dan menjaringkan gol di peringkat kelab, dia tetap bersedia untuk kembali berjuang bersama Portugal.
Pendirian itu menunjukkan bahawa kontroversi terbaharu berkenaan tidak semestinya menjadi penamat kepada perjalanan panjangnya di pentas antarabangsa. Sebaliknya, peluang untuk melihatnya kembali menyarung jersi Portugal masih terbuka sekiranya keadaan mengizinkan.
Bagi Cristiano Ronaldo, kemampuannya untuk terus bersaing dan memberikan sumbangan di atas padang kekal menjadi ukuran penting dalam menentukan masa depannya bersama skuad kebangsaan.
Selepas hampir 25 tahun menyarung jersi negara, Ronaldo ternyata belum bersedia menjadikan kontroversi ini sebagai noktah terakhir karier antarabangsanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang, tetapi dikurniakan sahabat yang baik juga antara perkara yang korang perlu bersyukur.
Bukan semua orang boleh bersusah-senang bersama kita. Hanya sahabat sejati yang ikhlas sentiasa berada di belakang, tak kiralah di saat susah mahu pun senang.
Kadang-kadang, ada yang lebih rapat dengan sahabat berbanding keluarga sendiri. Betul tak?
Mana tidaknya, keluarga berada jauh diperantauan, jadi hanya berharap pada kawan-kawan yang terdekat saja untuk meminta bantuan bila dalam kesusahan.
Ini yang berlaku di China, apabila sekumpulan 7 orang sahabat membeli sebuah rumah sebagai perancangan untuk mereka bersama setelah bersara nanti.
Pergh, sweetnya!
Menurut ET Today via World of Buzz, mereka telah pun saling mengenali sejak lebih dari 10 tahun yang lalu ketika masing-masing bekerja di sebuah syarikat surat khabar yang sama. Difahamkan, ketujuh-tujuh orang daripada mereka mempunyai latar belakang yang sama, dan kerana itu yang membuatkan mereka serasi.
Perancangan bersama
Bila ada masa berkumpul bersama, mereka tidak pernah bercakap soal keluarga mahu pun peribadi, sebaliknya lebih kepada membincangkan hal-hal yang berlaku disekeliling.
“Pada waktu itu, kami sering tertawa dan bergurau apabila sudah tua nanti, kami akan berada di sebuah rumah yang dikelilingi oleh alam semula jadi dan bersara bersama-sama setelah 20 tahun akan datang,” kata salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Jin Du.
Ketika itu sebahagian daripada mereka sudah pun berpindah ke negeri lain, ada juga yang sudah berkahwin dan membuka bisnes mereka sendiri.
Pada 2018, mereka bertemu di Beijing untuk ulangtahun persahabatan yang ke 10 dan bila ada yang membuka topik persaraan membuatkan mereka teringat semula akan janji untuk membeli rumah dan bersara bersama.
Tanpa mahu menunggu 20 tahun lagi, sekumpulan sahabat ini telah pun membeli sebuah rumah tiga tingkat yang bernilai lebih kurang RM2.4 juta. Dilengkapi dengan ruang tontonan kaca dan menghadap kehijauan sawah padi, sudah tentu ramai daripada kita juga inginkan friendship goals seperti ini.
Rumah ini menjadi tempat berkumpul semasa musim perayaan dan membawa bersama keluarga masing-masing untuk mengeratkan lagi hubungan baik di antara satu sama lain.
Buat masa ini, mereka masih mempunyai kehidupan masing-masing dan bersetuju untuk menjadikan rumah tersebut untuk disewakan sebagai homestay sebelum mereka bersara nanti.
Nampak seperti pertalian mereka bukan hanya sekadar sahabat, malah lebih kepada seperti ahli keluarga sendiri. Diharap persahabatan ini kekal dan semoga kita juga boleh melakukan sedemikian bersama sahabat baik sendiri.
Betul-betu #friendshipgoals ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Nelydia Senrose berkongsi berita gembira apabila kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Lebih manis, berita kehamilan tersebut disifatkan sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Nelydia menerusi sebuah video istimewa yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.
“Tujuh tahun yang indah dengan mencintai antara satu sama lain kini telah menjadi satu denyutan jantung.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ketujuh buat kita berdua,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Menerusi video berkenaan, Nelydia turut berkongsi imej imbas kandungannya, namun tidak mendedahkan secara terperinci usia kehamilan tersebut.
Perkongsian itu pantas menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat yang turut mendoakan agar segala urusan kehamilannya dipermudahkan.
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hafez yang juga seorang ahli perniagaan pada 6 April 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi buah mulut ramai pada 1 Syawal lalu, aktor terkenal Zul Ariffin memaklumkan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin adalah perkara biasa setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.
Berkata kepada Remaja, keluarga terutama arwah ibunda tercintanya, Allahyarham Robiah Nasir juga sudah menganggap Gayatri seperti darah dagingnya sendiri.
“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.
“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.
“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, semalam.
Selain itu, bagi meleraikan persoalan ramai yang mendakwa Gayatri merupakan bakal isterinya, Zul memberitahu ‘hari bersejarah’ yang pernah dinyatakan sebelum ini, dianggap masih belum berjaya direalisasikannya sehingga ke hari ini.
Pada masa sama, pelakon filem hit Sangkar itu hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.
Zul bagaimanapun memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang sememangnya dinanti-nantikan ramai sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!