Fenomena KUDRAT 1968 mencetuskan sambutan luar biasa di acara House Of Kudrat yang bertempat di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya, dengan kehadiran 10,000 peminat. Seawal acara bermula, ruang acara dibanjiri peminat yang mahu merasai sendiri dunia KUDRAT 1968 seawal 8 pagi, selain merebut peluang bertemu barisan pelakon kegemaran mereka termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Evertts Gomes, Chech Harith dan Akmal Asyraf. Menambahkan lagi hype, Christy Ng turut membawa dunia KUDRAT ke dalam gaya dan fesyen menerusi koleksi istimewa, sekali gus membuktikan fenomena KUDRAT bukan sekadar di kaca TV, tetapi semakin dekat dengan gaya hidup peminat.
Semuanya bermula dengan Cast Reveal pada 12 Ogos, membuka pintu pertama ke dunia KUDRAT. Momentum kemudian semakin memuncak di Astro 30 Showcase pada 28 Ogos, dengan kemunculan Amir Ahnaf sebagai Kapla daripada Project: High Council.
Kemudian, KUDRAT menawan kota. Menerusi Light Up KL x KUDRAT 1968, langit Kuala Lumpur bertukar menjadi pentas. Dron memenuhi ruang udara, sementara brass band Manifestasi bersama Sharul Kamal dan barisan pelakon membawa energi KUDRAT keluar dari skrin dan terus ke tengah kota.
Bagi mereka yang mengikuti drama bersiri KUDRAT 1968, House of KUDRAT yang boleh distrim di Astro X3 dan sooka itu sememangnya menjadi kesempatan untuk peminat melihat sisi berlainan para pelakon siri di samping bertentang mata dengan mereka.
KUDRAT kini bukan sekadar siri yang diminati. Ia semakin besar, semakin riuh dan semakin menjadi perbualan. Walaupun baru memasuki episod kedua, peminat sudah rancak berteka-teki dengan pelbagai teori, persoalan dan ulasan yang memenuhi media sosial. Menerusi House of KUDRAT, fandom itu akhirnya keluar dari skrin. Peminat boleh turun sendiri, berkumpul dan merasai dunia KUDRAT bersama komuniti yang berkongsi minat yang sama.
Ads
Christy Ng Lengkapkan Dunia KUDRAT 1968
Lebih menarik, Dunia KUDRAT turut melangkah daripada skrin ke dunia fesyen menerusi kolaborasi istimewa Christy Ng x KUDRAT 1968. Menampilkan koleksi edisi khas seperti beg galas, beg silang dan stokin yang diinspirasikan daripada identiti siri ini, kolaborasi tersebut memberi peluang kepada peminat untuk membawa sedikit dunia KUDRAT ke dalam gaya mereka sendiri.
Namun kolaborasi ini bukan sekadar sebuah merchandise drop. Ia menjadi sebahagian daripada strategi lebih besar dalam membina Dunia KUDRAT sebagai sebuah fandom ecosystem, di mana kandungan bertemu budaya. Daripada muzik menerusi OST, fesyen menerusi kolaborasi, hinggalah aktivasi yang menemukan peminat secara langsung, setiap elemen saling melengkapi untuk menjadikan KUDRAT sebuah dunia yang bukan sahaja ditonton, tetapi didengar, digayakan dan dialami.
Elemen fesyen itu turut diberikan sentuhan pop culture menerusi kemunculan khas Bengap Brothers bersama Christy Ng, yang disambut dengan sorakan gemuruh di House of KUDRAT. Dengan personaliti mereka yang cukup dekat dengan warga media sosial, Bengap Brothers membawa energy yang lebih spontan, fun dan social, sekali gus merapatkan lagi dunia KUDRAT dengan generasi digital.
Di sinilah fashion meets fandom, content meets culture. Gabungan koleksi Christy Ng x KUDRAT 1968, kehadiran Bengap Brothers dan pengalaman House of KUDRAT menjadikan kolaborasi ini lebih daripada sekadar pelancaran produk. Ia memperluaskan KUDRAT daripada sebuah siri kepada sebuah universe yang boleh ditonton, didengar, digayakan dan dirasai sendiri oleh peminat.
Ads
Pelakon KUDRAT 1968 Tidak Menang Tangan Layan Peminat
Dengan ribuan peminat membanjiri House of KUDRAT, satu perkara semakin jelas: KUDRAT 1968 sudah punya fandom dan kelasnya yang tersendiri. Fenomena sebegini bukan selalu terjadi. Mengimbau kembali kehangatan Project: High Council pada 2023, KUDRAT kini hadir dengan energi baharu yang terasa lebih besar, lebih riuh dan semakin kuat momentumnya.
Menerusi sesi eksklusif Astro Rewards, pelanggan Astro turut mendapat akses lebih dekat bersama Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur dan Jebat Zulfar.
Bukan sekadar menonton, tetapi peluang untuk berada lebih dekat dengan dunia dan bintang yang mereka minati. Inilah antara nilai istimewa Astro Rewards, menterjemahkan kesetiaan pelanggan kepada pengalaman eksklusif dan fandom moments yang lebih dekat dan lebih personal.
Demam KUDRAT terus membahang. Baru memasuki episod kedua, KUDRAT 1968 sudah mencetuskan gelombang tersendiri di media sosial. Daripada teori dan persoalan peminat hinggalah video kreatif serta pelbagai interpretasi dunia KUDRAT, fandom ini semakin rancak mencipta momentumnya sendiri.
Dengan Episod 3 bakal menemui penonton pada 9 Oktober menerusi Astro X3 dan sooka, penantian kini bukan lagi sekadar tentang apa yang bakal berlaku minggu hadapan, tetapi sejauh mana fenomena KUDRAT boleh pergi sehingga menuju ke layar filem. Dan selepas ribuan peminat membanjiri House of KUDRAT, satu persoalan mula bermain di fikiran:
Adakah House of KUDRAT akan kembali, lebih besar? Kalau ini baru episod kedua, KUDRAT jelas masih jauh daripada selesai. Kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scha Nuril sudah lama mengimpikan peluang untuk mengukuhkan bakat seni di pentas nyanyian.
Berbekalkan semangat dan keberanian, Nuril yang juga merupakan seorang penggubah bunga dari Gombak, Selangor melangkah penuh harapan dalam program realiti Raise The Star (RTSMY) agar boleh suatu hari nanti bergelar penyanyi sepenuh masa.
Kata Nuril, 27, keluarganya menjadi inspirasi utamanya untuk mendalami bidang nyanyian setelah minatnya itu dipupuk hasil dorongan ibu dan ayah sejak kecil.
“Waktu saya kecil mereka belikan CD nyanyian kanak-kanak dan mereka pasang setiap hari untuk saya berlatih. Bila saya berusia 10 tahun baru saya sedar, oh, saya boleh nyanyi di atas pentas!” katanya.
Sebelum menyertai RTSMY, Nuril sebenarnya pernah menyertai sebuah pertandingan nyanyian popular pada tahun 2024. Ditebak mengenai punca Nuril kembali mencuba nasib dalam sebuah lagi program pada tahun berikutnya, dia mengakui format pertandingan RTSMY-lah yang menarik minatnya untuk berada di sini.
“Antara cabaran yang saya rasakan dahulu… bukanlah nak cakap saya tak cantik. Cuma saya sedar saya perlu berusaha untuk groom diri sendiri. Dulu saya rasakan industri hanya pentingkan rupa semata-mata. Tapi dunia hiburan itu sendiri sudah makin berubah dan terbuka untuk menerima penyanyi pelbagai rupa.
“Keduanya, cabaran terbesar saya adalah untuk memiliki sebuah killer song. Memang terbukti, sebuah lagu yang bagus boleh mengangkat seseorang penyanyi. Dan itu juga salah satu sebab saya berada di pentas RTS MY.
Format pertandingan ini lain daripada yang lain apabila pemenang akan mendapat lagu baharu ciptaan salah seorang daripada lima komposer hebat tanah air. Saya percaya untuk tembus masuk ke industri, saya memerlukan sebuah lagu yang bagus,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nuril juga dengan hati terbuka akan menerima komen daripada para juri yang menilai persembahannya setiap minggu. Biarpun ada minggu di mana Nuril tidak berada dalam kalangan ‘The Five’ (lima peserta terbaik RTS MY), setiap minggu yang berlalu itu tetap memberikan satu pengajaran penting baginya untuk memperbaiki diri.
“Kalau komen kurang positif, saya ambil sebagai salah satu langkah untuk saya perbaiki diri. Sebenarnya apa mereka cakap itu betul. Mereka tidak berniat untuk menghentam tapi lebih untuk menjadikan diri saya lebih baik.”
Apabila diminta menggambarkan dirinya sebagai satu bunga, Scha memilih bunga matahari dan menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria, seperti bunga tersebut yang memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
Scha Nuril Si Gadis Bunga
Di antara bidang gubahan bunga dan bidang nyanyian, Nuril mengakui ada perbezaan yang wujud dari segi kepakaran dan tekanan yang hadir daripada setiap bidang tersebut.
“Gubah bunga tak berapa nak stres sangat. Dalam pertandingan ini pula, saya boleh rasa tekanan itu pada setiap minggu kerana setiap pesaing mempunyai ‘barang’ masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menonjol pada setiap minggu. Memang tak tenang saya dibuatnya!” seloroh Nuril.
“Saya akan fokus menjadi penyanyi kalau rezeki. Kerjaya sebagai florist ini telah saya mulakan sejak 2019. Satu hari nanti mana tahu apabila sudah stabil kerjaya nyanyian ini, saya boleh teruskan semula kerjaya sebagai florist dan melakukan kedua-duanya,” ujarnya penuh harapan.
Memasuki minggu separuh akhir pada Ahad ini, teruskan menonton Raise The Star Malaysia secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria atau strim hanya melalui Astro One dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu kedua pada malam Ahad, pentas Big Stage 2022 semakin hangat apabila sudah muncul beberapa peserta yang berani ‘tunjuk taring’.
Jika pada minggu lalu, rata-rata pesertanya baru ingin berkenalan dengan penonton di rumah dengan memperdengarkan bakat serta suara nyanyian masing-masing. Bak kata juri panas Mas Idayu, mereka baru ingin ‘berkahwin’ dengan pentas.
Namun minggu ini, percaturan mereka mulai dirasa apabila beberapa orang semakin selesa dengan platform tersebut dan sudah boleh membuang rasa gugup serta malu yang mungkin ada pada diri mereka, minggu lalu.
Dua peserta wanita yang semakin menyerlah ialah Elica Paujinyang membawakan lagu Watch Me Glow nyanyian asal kumpulan Dolla dan ‘Mami Jerung’ aka Sofiaa Marieylla yang diberikan tugas membawakan lagu Aca Aca Nehi Nehi nyanyian Dadido.
Elica Paujin
“Kamu adalah peserta yang saya rasa outstanding daripada yang lain. Saya cuba mencari kesalahan daripada notes dan pitch kamu. Adalah satu tapi itu normal. Tapi kamu ada feel yang kuat. Saya tak pernah dengar lagu ini dan saya tak tahu pun ini lagu Dolla. Tapi kamu boleh bawakannya seorang,” komen Ajai mengenai persembahan Elica.
Persembahan bertenaga Elica malam ini yang disertakan dengan koreografi menarik telah meletakkan di kedudukan teratas minggu keda dengan markah sebanyak 84.6 peratus.
Sofiaa Marieylla
Manakala, Sofiaa pula berada di kedudukan kedua dengan 75.6 markah. Sofiaa turut melakar kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah BBNU Paling Up pada minggu ini.
Bagi peminat tegar Aisha Retno pula, korang janganlah risau. Persembahan lagu Lalisa oleh Aisha malam ini masih meninggalkan impak hebat buat panel juri Big Stage 2022 apabila mereka menempatkannya pada kedudukan ketiga dengan 75.2 peratus.
Kata Mas Idayu yang menyukai keyakinan persembahan Aisha, “Eye contact sangat bagus, stage presence pun bagus. Mummy tengok persembahan tadi seperti persembahan artis yang sudah popular.”
Adakah korang bersetuju dengan keputusan peserta Top 3 ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak salah lagi, Blackpink merupakan grup perempuan paling mencetuskan fenomena di dunia pada masa ini (yes we said what we said).
Buktinya, kemunculan konsert ‘Blackpink Livestream Concert: The Show’ yang bakal menemui peminat di YouTube pada hari Ahad ini telah hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Dan semalam, mereka berkesempatan untuk mempersembahkan sedikit teaser di rancangan The Late Late Show with James Corden dengan trek dari ‘The Album’ berjudul Pretty Savage.
Selepas hanya sehari video persembahan mereka itu dimuat naik di YouTube, ia telah mencatatkan 8.9 juta tontonan dengan lebih 80,000 komen daripada Blinks di seluruh dunia.
Komen Jenny mengenai perasaan mereka kira-kira 2 hari sebelum konsert ‘The Show’, katanya, “Disebabkan ini adalah konsert virtual pertama kami, kami sedikit cemas semasa awal-awal persediaan. Namun kami gembira untuk terlibat di dalam persediaan untuk beberapa bulan yang lepas.
“Kami sebenarnya berada di venue konsert terssebut seperti yang kamu dapat lihat. Kami telah sediakan persembahan menarik, band menarik, semua yang menarik untuk tontonan semua. Kami tak sabar untuk kamu melihatnya.”
Jisoo juga jelas merindui peluang untuk bersama Blinks. “Saya rindukan suara jeritan mereka dan energy yang mereka berikan. Saya tak sabar menantikan hari di mana kami dapat kembali berinteraksi bersama mereka di pentas ini.”
*
Jadi bagi korang yang tak sabar menantikan tarikh 31 Januari ini untuk konsert ‘The Show’ oleh Blackpink, ini adalah 4 perkara yang harus korang ketahui.
01
Konsert ‘The Show’ akan ditayangkan secara live stream pada hari Ahad ini bermula jam 1 tengah hari (waktu Malaysia) dan ini merupakan kali pertama lagu-lagu dari ‘The Album’akan dinyanyikan oleh mereka secara langsung selain How You Like That dan Pretty Savage. Mereka juga dijangka menyanyikan lagu hit terdahulu yang telah ditukar tempo.
02
Selepas beberapa hari mempromosikan klip teaser bagi trek solo pertama Rosé yang masih belum mempunyai tajuk, ramai yang tidak sabar untuk menantikan trek itu dinyanyikan secara live di atas pentas ‘The Show’. Kalau korang masing ingat, Rosé pernah digambarkan sebagai singer-songwriter menerusi fiilem dokumentari ‘Blackpink: Light Up The Sky’ di Netflix. Adakah lagu ini ditulis olehnya sendiri?
“Untuk berpeluang menyanyikan lagu solo saya di hadapan peminat pada konsert ini adalah mengujakan. Saya tahu mereka amat menantikan momen ini, ya ini adalah sesuatu yang istimewa (untuk mereka).”
03
Jadi bagaimana untuk menonton konsert ‘The Show’ ini?
Ia akan ditayangkan di YouTube rasmi Blackpink kepada channel member saja. Korang boleh menjadi member menerusi dua jenis subscription iaitu standarddan plus. Standard dijual pada harga RM120 manakal Plus pada harga RM160.
Bayaran boleh dibuat sekali dan akses akan dibuka untuk tempoh 2 bulan selepas tarikh pembelian. Semasa memberikan komen dan secara live chat nanti, korang boleh memilih emoji mengikut bias masing-masing.
04
Selain dapat menonton konsert ‘The Show’, ahli juga berpeluang untuk mendapatkan content eksklusif seperti klip di sebalik tabir semasa sesi bersama band, sesi raptai, penggambaran bersama Blackpink dan sebagainya.
Ia bagaimanapun hanya dapat ditonton sehingga 17 Februari kelak. Selepas itu, sama ada keahlian korang masih ada ataupun tidak, content tersebut akan dipadam oleh YG Entertainment.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!