Fuh! Peperiksaan akhir tahun semakin dekat, namun masih ramai pelajar yang berdepan masalah untuk menguasai Matematik.

Bukan sahaja perlu memahami formula, malah pelajar perlu berfikir secara kritikal bagi mengetahui cara paling tepat untuk menyelesaikan soalan.

Bagi membantu pelajar mendalami subjek Matematik dengan lebih sistematik, anda perlulah mengenali aplikasi pembelajaran Matematik yang dikenali sebagai ‘Tupai’ ini.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Tupai Bukan Sekadar Bantu Dapat Jawapan

‘Tupai’ yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan atau A.I. menumpukan kepada pemahaman dan bukan sekadar untuk mendapatkan jawapan. Aplikasi ini disesuaikan dengan sukatan Matematik KSSR, KSSM dan IGCSE.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah fungsi mengambil gambar soalan untuk mendapatkan penerangan langkah demi langkah. Jadi, apabila tersangkut pada mana-mana bahagian, pelajar boleh mendapatkan bantuan untuk memahami cara penyelesaian dan konsep di sebalik soalan tersebut.

Ads

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Bagi pelajar yang sedang membuat persediaan SPM pula, Tupai menyediakan latihan tanpa had serta kertas peperiksaan percubaan sebenar dari negeri-negeri di Malaysia dan kertas simulasi yang menyerupai soalan SPM. Pelajar juga boleh mendapatkan panduan apabila berdepan soalan yang mencabar.

Ads

Lebih menarik, pelajar tidak perlu bergantung kepada sesi pembelajaran secara langsung kerana Tupai boleh digunakan mengikut kadar dan masa mereka sendiri. Pendekatan ini membolehkan ulang kaji dilakukan secara lebih fleksibel, terutama selepas waktu sekolah atau ketika membuat persediaan menjelang peperiksaan.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Dua Bulan Untuk Cuba Secara Percuma

Selain untuk pelajar, Tupai turut menyediakan aplikasi untuk ibu bapa bagi mengikuti perkembangan pembelajaran anak. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui bahagian yang memerlukan lebih perhatian dan memberikan sokongan yang sewajarnya.

Ads

Untuk tempoh terhad, pelajar boleh mencuba Tupai secara percuma selama dua bulan menggunakan kod TUPAIFOR2. Tawaran tersebut sah sehingga 31 Oktober 2026, jadi inilah masa yang sesuai untuk mencuba lebih banyak latihan sebelum peperiksaan tiba.

Sukar Kuasai Subjek Matematik? Pelajar Kini Boleh 'Prepare' Awal Secara Percuma Menerusi TUPAI

Apa yang penting, teknologi bukanlah pengganti kepada usaha pelajar, sebaliknya boleh dijadikan alat untuk belajar dengan lebih bijak. Dengan latihan yang konsisten dan bantuan apabila buntu, Matematik mungkin tidak lagi terasa sesukar yang disangka dan peluang untuk menguasainya kini boleh bermula dengan mencuba Tupai di Tupai.ai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads