Di sebalik deruman enjin dan aksi mendebarkan barisan pelumba Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu, siapa sangka seorang kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun pula berjaya mencuri perhatian penonton di seluruh dunia gara-gara ‘T-pose’ George Russell.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Noman itu menjadi tular selepas rakaman dirinya melakukan gaya ikonik ‘T-pose’ pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell, muncul dalam siaran langsung perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.

Lengkap mengenakan sut perlumbaan dan berdiri di tempat duduk penonton, Noman dengan penuh yakin mendepakan kedua-dua tangannya sambil menundukkan kepala persis gaya Russell.

Tidak mengambil masa lama, kemunculan beberapa saat itu terus mendapat perhatian peminat F1 di media sosial. Malah, dalam komuniti peminat Russell di Reddit, penonton dari luar negara turut menyedari kemunculan Noman ketika siaran langsung dan menggelarnya sebagai “little legend”.

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Bukan Sekadar Peminat, Rupanya Noman Main Go-Kart!

Jika ramai pada awalnya menganggap Noman sekadar peminat cilik F1 yang cukup ‘sporting’, rupanya ada cerita lebih menarik di sebalik sut perlumbaan yang dipakainya.

Ibunya, Elie Rahim kemudian tampil di media sosial dan mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan ialah anaknya. Lebih mengejutkan, sut yang dipakai Noman pada hari tersebut bukan sekadar kostum untuk menonton F1.

Sebaliknya, Noman sendiri merupakan pelumba go-kart cilik dan sut tersebut sememangnya digunakan olehnya ketika berlumba.

Pendedahan itu membuatkan ramai netizen semakin teruja dan mula mendoakan agar minat Noman terhadap dunia permotoran dapat dibawa lebih jauh pada masa hadapan.

Ads

Mana tahu, hari ini dia melakukan ‘T-pose’ George Russell dari grandstand, beberapa tahun lagi giliran Noman pula berada di atas litar!

Spritzer Pun Cari Noman

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Kehadiran botol Spritzer dalam genggaman Noman ketika aksinya dirakam kamera turut membuatkan momen berkenaan menjadi lebih mencuit hati.

Susulan aksi yang tular itu, jenama air mineral tempatan tersebut dilaporkan mula mencari Noman dan keluarganya bagi memberikan penghargaan kepadanya.

Populariti si cilik itu tidak terhenti di media sosial apabila Noman turut mendapat perhatian stesen radio ERA menerusi program 3 Pagi ERA.

Ads

Daripada datang ke Sepang sebagai salah seorang daripada ribuan penonton, siapa sangka Noman akhirnya pulang sebagai antara wajah yang paling diingati daripada hujung minggu F1 tersebut.

Apa Cerita Dengan ‘T-Pose’ George Russell?

Bagi yang bukan ‘hardcore fan’ F1, gaya Noman itu sebenarnya merujuk kepada ‘T-pose’ George Russell yang sudah cukup sinonim dengan pelumba berkenaan.

‘T-pose’ mula menjadi fenomena selepas Russell melakukan gaya mendepakan kedua-dua tangan sambil menundukkan kepala dalam video pembukaan rasmi F1 musim 2023.

Baru 6 Tahun, Adik Noman Curi Tumpuan Dunia Di F1 Sepang Gara-Gara ‘T-Pose’ George Russell

Ads

Russell pernah menjelaskan bahawa ketika menjalani sesi penggambaran yang panjang sekitar jam 11.30 malam, dia sekadar meletakkan kedua-dua tangannya di sisi sambil menunggu sesi seterusnya kerana kepenatan. Namun, kru produksi menyukai gaya tersebut lalu memintanya mengulanginya di hadapan kamera.

Sejak itu, ‘T-pose’ George Russell bertukar menjadi meme popular dalam kalangan peminat F1 sebelum Russell sendiri ‘embrace’ jenaka tersebut dan mengulanginya dalam beberapa momen kemenangan. Formula 1 turut menyenaraikan aksi berkenaan sebagai antara meme paling ikonik membabitkan pelumba Mercedes itu.

Kepulangan F1 ke Sepang selepas sembilan tahun sememangnya menghadirkan pelbagai momen yang cukup memorable buat peminat sukan permotoran tanah air.

Namun bagi Noman, hujung minggu tersebut mungkin menjadi satu core memory yang sukar dilupakan.

Pada usia baru enam tahun dan sudah mula berjinak-jinak dengan dunia go-kart, siapa tahu momen tular ini hanyalah permulaan kepada perjalanan lebih besar buat si cilik berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads