Pelumba Formula Satu (F1), Valtteri Bottas baru-baru ini mencuri perhatian peminat di media sosial apabila memilih untuk meneruskan perjalanan ke Singapura dengan berbasikal sejurus selepas selesai beraksi pada Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba yang kini berusia 37 tahun itu juga dilihat aktif berkongsi gambar dan video aktiviti berbasikalnya menerusi media sosial, termasuk ketika meredah laluan yang sunyi dan gelap pada waktu malam dalam perjalanan menuju ke selatan Semenanjung.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Bottas memaparkan suasana ketika beliau mengayuh basikal di sebuah laluan sempit yang dikelilingi kawasan ladang kelapa sawit. Keadaan sekeliling yang gelap hanya diterangi cahaya lampu pada basikalnya.

Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap

Difahamkan, perjalanan ‘Malaysia to Singapore Day 1’ tersebut direkodkan menggunakan aplikasi Wahoo ELEMNT ROAM 3 dan Strava. Pada hari pertama, Bottas dilaporkan sudah mengayuh sejauh 56.60 kilometer bermula dari kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Port Dickson. Manakala pada hari kedua, beliau dilaporkan telah mengayuh sejauh 151.9 kilometer.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Valtteri Bottas (@valtteribottas)

Menariknya, keputusan Bottas untuk berbasikal ke Singapura sebelum ini seakan-akan bermula daripada gurauan pengguna media sosial. Beliau terdahulu dilihat mengayuh basikal ketika kesesakan lalu lintas selepas meninggalkan litar Sepang, sebelum pengguna internet berseloroh bahawa pelumba itu mungkin meneruskan kayuhan sehingga ke Singapura.

Selain dikenali sebagai pelumba F1, Bottas sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap sukan berbasikal, khususnya disiplin ‘gravel’. Pelumba kelahiran Finland itu juga pernah mengambil bahagian dalam perlumbaan ‘gravel’ berprestij sehingga berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Gravel.

Ads

Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap Peminat Gurau Kayuh Sampai Singapura, Pemandu F1 Valtteri Bottas Betul-Betul Teruskan Perjalanan Berbasikal! Siap Redah Laluan Gelap

Terdahulu, dalam perlumbaan F1 di Sepang pula, Bottas berdepan nasib kurang baik apabila sekadar merekodkan masa 1:38.611 dan berada di kedudukan ke-19. Selain itu, beliau turut dilaporkan antara tiga pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan tersebut.

Ads

BACA: Hujan Lebat, Litar Basah Jadi Saksi Max Verstappen Tawan GP Bahrain Di Sepang

Sementara itu, Bottas dijadualkan meneruskan saingan musim ini di GP Singapura yang bakal berlangsung di Marina Bay Street Circuit pada hujung minggu ini. Namun, sebelum kembali ke trek, perhatian peminat kini terarah kepada perjalanan uniknya merentas Semenanjung dengan hanya menggunakan basikal.

Sumber: Instagram Valtteri Bottas

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads