Tan Sri Michelle Yeoh sekali meraih perhatian dunia perfileman antarabangsa dan rakyat Malaysia setelah beliau hari ini menggondol trofi pelakon wanita terbaik anugerah Screen Actor Guild pertama dalam hayat kerjayanya.
Lakonan Michelle Yeoh dalam filem ‘Everything Everywhere All At Once’ telah mendapat banyak pengiktirafan sejak dari tahun 2022 lagi.. Foto: AFP
Kejayaan anak kelahiran Ipoh, Perak berusia 60 tahun itu hadir menerusi filem Everything Everywhere All At Once dan menjadikan beliau sebagai wanita berdarah Asia pertama yang menggondol anugerah SAGs bagi kategori lakonan.
Bukan sahaja meja produksi filem tersebut meloncat naik setelah nama Michelle diumumkan. Malah, kejayaan ini sama sekali menggembirakan rakan-rakan seindustri yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di SAGs termasuklah Viola Davis, Cate Blanchette, Ana De Armas dan Danielle Deadwyler.
Terharu hingga sukar meluahkan perasaannya, Michelle yang dilanda sebak dan keterujaan pada masa yang sama juga hampir menitiskan air mata ketika menerima trofi di atas pentas sehingga terkeluar kata-kata kesat dalam teks ucapannya.
“Saya rasa jika saya mula bercakap, hati saya akan ‘meletup’.
“SAG-AFTRA, untuk memperolehi trofi ini daripada anda yang memahami nilai sebenar untuk berdiri di ini.
“Setiap daripada anda tahu perjuangan ini, (ibarat) menaiki roller coaster. Jatuh bangun, yang penting kami tidak pernah berputus asa.
“(Trofi ini) bukan hanya untuk saya. Ini untuk setiap gadis yang kelihatan seperti saya. Kami mahu dilihat, kami mahu didengari.”
“Saya berterima kasih atas kasih sayang anda (dan) atas sokongan anda kerana saya tahu saya menentang nama-nama besar,” sambungnya, berhenti sebentar untuk berpaling dari mikrofon sambil melaungkan beberapa kata-kata yang teruja. “S***! F***!”
“Wah! Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.” kata Michelle Yeoh.
Ads
Lakonan Michelle Yeoh dalam filem indie ‘Everything Everywhere All At Once’ telah mengumpulkan banyak anugerah lakonan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, ia dianggap mempunyai peluang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar pada 12 March nanti.
Untuk info, Anugerah SAG dianggap sebagai satu ramalan yang boleh dipercayai untuk mendapat tempat di Oscar.
Ternyata, Tan Sri Michelle Yeoh ialah seorang figura contoh yang paling ideal kepada remaja terutamanya gadis-gadis yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.
Ads
Berkat kesabaran, minat yang mendalam dan tidak mudah mengalah selama 40 tahun dalam dunia glamor, lihatlah di mana Michelle berdiri sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin bagi kebanyakan daripada korang mengenali gaya rambut dreadlock menerusi penyanyi-penyanyi legenda seperti Bob Marley. Tapi adakah korang tahu bahawa gaya rambut dreadlock ini sebenarnya merupakan tradisi dan amalan bagi penganut Rastafari?
Rambut dreadlock juga cukup sinonim dengan muzik reggae seperti digayakan oleh penyanyi legenda, Bob Marley.
Tapi apa itu Rastafari? Ia merupakan agama, gaya hidup dan gerakan sosial yang wujud di negara Jamaica. Dan salah satu amalan yang diamalkan oleh penganutnya ialah menggayakan rambut dreadlock.
Di United Kingdom seorang remaja berusia 13 tahun telah memenangi kes mahkamah terhadap sekolahnya yang mengharamkannya untuk menggayakan rambut begitu.
Menurut laporan Mirror remaja tersebut, Chikayzea Flanders diberitahu oleh pihak sekolahnya yang dia telah melanggar peraturan serta polisi sekolah pada hari pertama persekolahannya di Fulham Boys School, London pada tahun lalu.
Namun ahli keluarganya yang merupakan pengalam setia Rastafari memfailkan kes ke mahkamah kerana mendakwa pengharaman atau larangan itu sebagai tindakan diskriminasi terhadap amalan serta budaya mereka.
Ibunya, Tuesday Flanders telah membuat aduan rasmi kepada pihak sekolah namun tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan mereka. Merasakan ia sebagai satu larangan yang bersifat diskriminasi dia telah mendapatkan bantuan guaman yang dibantu oleh Equality and Human Rights Commission.
Pihaknya mengkritik serta tegas mengatakan bahawa pelaksanaan polisi sebegitu merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap amalan dan kepercayaan Rastafari.
Disebabkan kes ini, pihak sekolah tersebut dilaporkan telah mengubah dasar polisi mereka terhadap rambut dreadlock. Pihak sekolah juga perlu membayar segala kos guaman dan juga pampasan terhadap keluarga remaja tersebut. Turut ditegaskan bahawa kakitangan sekolah juga perlu diberikan kebebasan sama.
Sumber: Ladbible
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak perbahasan di Dewan Rakyat bermula Isnin lalu sesudah pembentangan Belanjawan 2021, banyak perkara yang dipetik daripada pembentangan itu telah menjadi poin utama ahli parlimen Malaysia untuk diajukan kepada menteri serta pihak berkenaan.
Ada yang membahasnya secara produktif, ada juga yang menuduh tidak tentu fasal. Biasalah, itu sudah umpama adat ahli parlimen negara kita yang sudah sebati dengan kebanyakan daripada mereka.
Apapun, ahli parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan bahawa gilirannya untuk membentangkan perbahasan bagi Belanjawan 2021 telah dijadualkan untuk berlangsung Khamis minggu hadapan.
Sumber Foto: Instagram Syed Saddiq.
Menerusi posting di Instagram beliau, sebanyak 6 perkara utama akan menjadi kupasan dalam pembentangan tersebut.
Antaranya termasuklah pelanjutan moratorium bagi membantu rakyat yang kini sedikit ‘sesak’ untuk membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan, pengeluaran KWSP oleh rakyat yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalani kehidupan pada musim pandemik ini dan bantuan kepada golongan M40.
Selain itu, beliau juga ingin membahaskan bantuan internet kepada lebih ramai rakyat yang memerlukannya demi kelestarian hidup untuk bekerja & belajar serta memohon pihak kerajaan agar menyemak semula peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia.
Ramai bersetuju bahawa dana itu sewajarnya disalurkan untuk tujuan yang lebih prominen dalam musim pandemik di Malaysia seperti bantuan bajet kesihatan dan ekonomi rakyat.
Akhir sekali, Syed Saddiq juga ingin mengupas mengenai Bantuan Mahasiswa melalui potongan yuran universiti memandangkan kebanyakan institusi sekarang menggunakan pendekatan Open & Distance Learning (ODL) dari rumah masing-masing.
Penulis secara peribadi bersetuju dengan poin terakhir itu kerana para pelajar IPT terutamanya pelajar IPT swasta yang kurang menerima bantuan sewajarnya seperti yang diterima oleh pelajar IPT awam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Korang setuju tak dengan 6 perkara ini? Atau ada poin-poin lain yang perlu dibahaskan juga?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun baru berusia 19 tahun, penyanyi Aiman Tino terus mengorak langkah ke arah dalam bidang perniagaan apabila dia muncul sebagai artis pertama yang mengeluarkan baju uniform sekolah.
Jika selebriti lain sibuk mengeluarkan minyak wangi, tudung, baju kaftan, krim pemutih kulit dan sebagainya, Aiman pada pendapat penulis tampil bijak apabila dia tahu pembeli sasarannya di kalangan peminat yang rata-rata merupakan pelajar sekolah.
Koleksi baju uniform sekolah yang diberikan nama ‘Sweet Aiman Junior’ ini merupakan projek kerjasama di antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd.
Aiman Tino pernah menghiasi cover majalah REMAJA isu Mac 2017 bersama penyanyi, Nik Qistina dan pelakon, Alvin Chong. Dalam temubual bersama penulis dulu, Aiman pernah bercita-cita untuk melebarkan sayap dalam bidang perniagaan tetapi masih mencari pasaran yang sesuai.
Dalam temubual bersama wartawan Sinar Online, Aiman berkata dia ingin mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan cabang bidang perniagaan yang diceburinya. Ini demi merealisasikan impian Aiman sebagai seorang usahawan muda yang berjaya.
“Bidang perniagaan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan insyaAllah mampu menjanjikan pulangan yang lumayan. Jadi, Aiman perlu menerokai peluang baru melalui kaedah pembungkusan produk, strategi pemasaran dan pasaran baru termasuklah medium media sosial,” kata Aiman yang melancarkan ‘Sweet Aiman Junior’ di sekolahnya dahulu di SMK Ampang Pecah.
Koleksi baju uniform sekolah ini sudahpun dijual di lapan cawangan Pasaraya Mydin sejak 14 November lalu pada harga pasaran yang mampu dimiliki orang ramai iaitu serendah RM21.
Sebelum ini, Aiman Tino pernah juga mengeluarkan tiga jenis produk kesihatan dan koleksi pakaian ‘Qurta by Sweet Aiman Fashion’.
Good job bro!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.