Anak kepada penyanyi terkenal, Linda Rafar iaitu Syed Rezaqiib Syed Kamaruzaman mencuri perhatian ramai apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Kejayaan 9A dalam SPM 2025 ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain di seluruh negara.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar menerusi Instagram Story miliknya, sekali gus memperlihatkan detik penuh bermakna buat keluarga mereka.
Momen tersebut jelas menunjukkan betapa besar makna kejayaan 9A dalam SPM 2025 buat seorang ibu yang menyaksikan sendiri usaha anaknya.
Foto : Berita Harian
Detik Bermakna Kejayaan 9A Dalam SPM 2025
Dalam perkongsian tersebut, Linda turut memuat naik momen ketika Rezaqiib menerima slip keputusan daripada guru kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Detik ini menjadi kenangan manis apabila usaha bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Lebih menyentuh hati, Rezaqiib dilihat ditemani kedua ibu bapanya, selain tekun mendengar pengumuman sebelum diumum sebagai salah seorang pelajar yang memperoleh keputusan ‘straight A’.
Pengumuman kejayaan 9A dalam SPM 2025 itu nyata mencetuskan sorakan daripada orang ramai yang turut sama berkongsi kegembiraan dengan kejayaannya.
Ads
Linda dalam masa sama mengakui berasa sebak dan bangga melihat sendiri usaha serta pengorbanan anaknya sepanjang menghadapi peperiksaan tersebut.
Sebagai seorang ibu, beliau menyaksikan sendiri bagaimana Rezaqiib mengurus masa, memberi fokus kepada pelajaran, dan berusaha tanpa mengenal penat lelah demi mencapai kejayaan 9A dalam SPM 2025.
Kejayaan ini bukan datang dengan mudah, tetapi hasil disiplin tinggi, sokongan keluarga, dan semangat yang tidak pernah luntur. Ia menjadi bukti bahawa usaha yang konsisten mampu membawa kepada hasil yang luar biasa.
Ads
Reaksi Netizen Dan Sokongan Ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengucapkan tahniah selain mendoakan agar Rezaqiib terus melakar kejayaan. Ramai yang berharap agar beliau mencapai cita-citanya hingga ke menara gading serta membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya.
Kejayaan 9A dalam SPM 2025 ini juga membuka mata ramai tentang pentingnya sokongan keluarga dalam membentuk kejayaan seorang pelajar. Ramai netizen turut berkongsi rasa bangga dan menjadikan Rezaqiib sebagai contoh inspirasi kepada anak-anak mereka.
Sebagai tanda penghargaan atas usaha keras itu, Linda turut berkongsi bahawa dia telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada Rezaqiib.
Hadiah tersebut menjadi simbol penghargaan atas dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran.
Ads
Ganjaran itu juga mencerminkan betapa besar penghargaan seorang ibu terhadap kejayaan anaknya. Ia bukan sekadar hadiah material, tetapi satu bentuk pengiktirafan terhadap perjalanan panjang yang telah dilalui.
Kisah kejayaan 9A dalam SPM 2025 ini wajar dijadikan inspirasi oleh pelajar lain. Ia menunjukkan bahawa dengan usaha, disiplin, dan sokongan keluarga, kejayaan cemerlang bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Dalam dunia yang penuh cabaran, kisah seperti ini memberi harapan dan motivasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat genre aksi, kami ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam, bakal ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri nanti.
Dibintangi oleh Bob Odenkirk, Connie Nielsen, Christopher Lloyd, RZA, Aleksey Serebryakov, filem arahan Ilya Naishuller, Nobody mengisahkan tentang seorang lelaki, Hutch Mansell yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya. Kehidupan hariannya berlalu seperti biasa, bangun pagi, pergi kerja, memasak, tidur dan kemudian keesokkan harinya tetap melakukan perkara yang sama.
Semuanya berubah apabila berlaku insiden kediaman keluarga Hutch dipecah masuk oleh perompak. Dia sebolehnya tidak mahu melawan kerana tidak ingin perkara buruk berlaku terhadap keluarganya. Namun, selepas kejadian pecah masuk rumah, Hutch sekali lagi diuji apabila dia menjadi saksi kepada perbuatan gangster yang dilakukan di dalam bas awam.
Demi menyelamatkan seorang gadis, Hutch ‘mengeluarkan’ emosinya dengan memukul sekumpulan gangster tersebut sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Malangnya, salah seorang mangsa adalah adik kepada penjahat yang bernama Yulian.
Yulian ingin membalas dendam kepada Hutch dan sejak itulah kehidupannya berubah. Nah, tak bolehlah nak cerita panjang dekat sini kan. Korang kena tonton sendiri di pawagam baru puas hati.
Bermula dengan perlahan, tapi korang jangan give up dulu kerana selepas daripada perkembangan watak Hutch itu, penonton pasti tidak senang duduk melihat aksi yang dipaparkan dalam filem ini. Boleh dikatakan sudah agak lama kami tidak menonton filem aksi terbaik dan rasanya tidak keterlaluan sekiranya kami mengatakan Nobody adalah antara filem aksi terbaik bagi tahun ini.
Lakonan Bob Odenkirk memang tidak dapat disangkal lagi. Bermula dengan watak tenang seorang ayah yang penyanyang, Hutch akhirnya menjadi dirinya kembali apabila perlu berhadapan dengan musuh demi menyelamatkan keluarganya.
Menerima komen positif daripada penonton, rata-rata daripadanya juga meminta agar filem mempunyai sekuel.
Penuh dengan aksi tembak-menembak, sudah tentu filem ini hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas. So guys, jangan lupa saksikan Nobody di pawagam bermula 13 Mei nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan anggota daripada kumpulan terkenal K-Pop, Asa BABYMONSTER baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas membuat satu pengakuan mengejutkan mengenai latar belakang pendidikannya.
Menerusi episod terbaru program popular Korea Selatan Running Man, Asa atau nama sebenarnya Enami Asa (19) bersama rakan sekumpulan Ahyeon diundang sebagai tetamu istimewa.
Dalam salah satu segmen, penyanyi wanita itu menyatakan bahawa beliau telah tinggal di Korea selama enam tahun, namun hanya sempat menamatkan pendidikan di peringkat tadika. Walau bagaimanapun, kenyataan ringkas pelantun lagu ‘Hot Sauce’ itu ternyata mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat K-Pop dan masyarakat di pelbagai platform media sosial.
“Saya hanya tamat tadika. Saya mula menjalani latihan sambil bersekolah rendah,” jawab Asa selepas pelakon Choi Daniel bertanya sama ada beliau bersekolah di Korea selama tinggal di negara ginseng itu selama menjadi pelatih.
Jawapan Asa telah mencetuskan tanda tanya bagaimana seorang idol muda seperti dirinya mampu capai kejayaan dalam dunia hiburan dengan pendidikan formal yang begitu minimum.
Sungguhpun demikian, ramai peminat tampil mempertahankan Asa seperti salah seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa komen Asa tentang ‘tamat tadika’ mungkin merujuk kepada pendidikan di Korea sahaja kerana beliau bersekolah rendah di Jepun pada masa yang sama.
Selain itu, ada juga yang memberitahu Asa juga mengikuti sekolah rendah di Jepun apabila dia lulus uji bakat di bawah YG Entertainment serta pernah mengikuti kelas teater muzikal di Jepun untuk mengasah bakat dalam bidang produksi dan nyanyian.
Namun setelah berpindah ke Korea, beliau tidak dapat meneruskan pendidikan formal kerana statusnya sebagai warganegara asing dan masih kecil ketika itu dan masih belum fasih bertutur dalam bahasa Korea sepenuhnya.
Sementara itu, isu pendidikan dalam kalangan idola K-pop memang sering menjadi topik sensitif. Bagaimanapun, dalam kes Asa, ramai menyifatkan kejayaannya sebagai bukti bahawa bakat, kerja keras dan sokongan sekeliling mampu mengatasi kekangan formaliti akademik.
Sekalipun kenyataannya tampak janggal bagi sesetengah pihak, para peminat menganggap pengorbanan Asa dan perjalanannya sejak kecil untuk menjadi idol sebagai sesuatu yang patut dihargai. Kini, Asa bukan sahaja berjaya meraih populariti sebagai anggota BABYMONSTER, tetapi beliau perjuangannya turut dilihat sebagai lambang dedikasi dan keberanian mengejar impian dari usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tujuh tahun cuba mempertahankan mahligai perkahwinan yang dibina, rumah tangga pasangan pelakon; Fattah Amin, 34 dan Nur Fazura, 41 berakhir hari ini dengan penceraian talak satu.
Lafaz cerai telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi tadi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Ketika ditemui di luar mahkamah, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bercerai talak satu kali pertama.
Masing-masing turut mencapai persetujuan bagi perjanjian nafkah idah dan nafkah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
3 Punca Penceraian Menurut Fazura
Menurut Nur Fazura dalam sidang media di sini ketika ditanya mengenai punca penceraian, beliau menamakan 3 faktor utama.
Yang pertama adalah dakwaan Fattah telah mengabaikan pemberian nafkah terhadapnya dan anak, Fatima sejak empat tahun yang lalu termasuklah duit raya kedua beranak itu.
Keretakan rumah tangga juga disahkan berlaku disebabkan orang ketiga yang dapat dihidu sejak bulan Ogos. Namun, perlakuan curang bersama individu yang didakwa sebelum ini bermula sejak awal tahun ini.
Terakhir, Fazura juga dalam nada sebak menyatakan faktor ketidaksefahaman antara mereka berdua menjadi punca terakhir penceraian berlaku. Menurut Fazura, dirinya sudah lama tidak bahagia, emosinya terganggu dan mentalnya tertekan untuk mempertahankan rumah tangga walaupun pelbagain tohmahan dilontarkan terhadapnya.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak akan menyelesaikan soal hak penjagaan anak mereka itu di Mahkamah Tinggi menerusi pemfailan kes baharu.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pada 3 September 2024, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!