ONE Championship kembali menjadi tumpuan apabila bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo memberi bayangan bakal kembali beraksi dalam satu pertarungan besar yang dijangka mencuri perhatian peminat sukan tempur.
Menerusi satu perkongsian, Jojo mengesahkan kontrak perlawanan sudah dimeterai dan hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur. Malah, dia sendiri mengakui pertarungan yang bakal tiba ini bukan biasa-biasa.
“Contract is signed. Fight news coming very soon. Dan aku boleh bagi tahu, fight yang akan datang ni adalah antara fight yang paling besarlah,” katanya.
Jojo ONE Championship Bakal Hadapi Cabaran Besar
Walaupun identiti lawan masih dirahsiakan, Jojo dijangka bakal berdepan jaguh dari Asia yang pastinya mampu memberi cabaran cukup sengit di pentas ONE Championship.
Ramai peminat menjangkakan perlawanan ini bakal menjadi salah satu pertarungan paling dinanti dalam kalendar sukan tempur tahun ini.
Momentum Jojo kini berada pada tahap terbaik, menjadikan beliau antara prospek paling menarik untuk diberi perhatian dalam divisyen Muay Thai.
Ads
Dalam usaha memastikan dia benar-benar bersedia, Jojo kini menjalani latihan intensif di Superbon Training Camp, sebuah kem latihan terkenal yang sering melahirkan petarung elit dunia.
Fokusnya kini terarah kepada meningkatkan tahap kecergasan dan memperkemaskan teknik bagi menghadapi pertarungan berprofil tinggi itu.
Persediaan rapi ini membuktikan bahawa Jojo bukan sekadar hadir untuk bertarung, tetapi membawa misi besar untuk mencipta kemenangan bermakna buat negara.
Doa Rakyat Malaysia Jadi Kekuatan
Dalam masa sama, Jojo turut memohon doa daripada rakyat Malaysia agar segala urusannya dipermudahkan serta diberikan keselamatan sepanjang pertarungan nanti.
“So, aku nak minta tolong korang doakan kejayaan aku, doakan keselamatan aku. And insyaAllah, demi negara kita, demi negara Malaysia, lagi sekali aku akan buktikan yang Malaysia boleh,” ujarnya penuh semangat.
Ads
Beliau juga percaya kejayaan bukan sekadar bergantung kepada latihan semata-mata, tetapi turut memerlukan mindset yang betul serta tawakal.
“Apabila mindset kita betul, apabila kita ada usaha, ada tawakal, ada doa, semua boleh tercapai, insyaAllah,” tambahnya.
Pendekatan mental ini menjadi antara faktor penting dalam perjalanan Jojo, yang bukan sahaja bergantung kepada kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan dalaman.
Setakat ini, Jojo berada dalam momentum terbaik apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi terdahulu. Secara keseluruhan, beliau memiliki rekod profesional lapan kemenangan dan tiga kekalahan, satu pencapaian yang cukup solid bagi petarung muda sepertinya.
Prestasi ini menjadikan Jojo ONE Championship sebagai antara nama yang semakin digeruni dalam arena Muay Thai antarabangsa.
Kini, semua mata tertumpu kepada pengumuman rasmi pihak ONE Championship, dengan peminat tidak sabar menantikan siapakah lawan yang bakal menjadi ujian terbesar dalam karier Jojo setakat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.
Sumber : www.jamessweetman.com
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna diinstagram yang dikenali sebagai _cikguamyza telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan cara menyunting video pembentangan menggunakan aplikasi Kinemaster.
Jom kita ikuti video yang dikongsikan oleh Amyza Mohamad Yusop yang juga pelajar semester akhir ijazah pendidikan sains fizik di UiTM Puncak Alam
1. Pertamanya, anda perlu menyediakan skrin hijau menggunakan mana-mana kain berwarna hijau sebagai latar belakang. Rakam video berdasarkan slide yang telah disediakan.
2. Kedua, tukar slide pembentangan kepada bentuk imej. Anda boleh menangkap layar slide yang diperlukan.
3. Import imej slide dan video yang telah dirakam ke dalam Kinemaster. ‘Crop’ jika perlu.
4. Pilih dan aktifkan ‘Chroma Key’. Pilih nisbah yang bersesuaian untuk menghilangkan skrin hijau di belakang anda.
5. Ubah saiz dan letakkan video pada slide. Siap.
Tambahan Amyza yang pada masa yang sama menjadi hometutor, Pastikan tidak memakai pakaian berwarna hijau ketika rakaman.
Semoga bermanfaat kepada korang yang terpaksa menjalani kelas online mahupun korang yang bekerja dari rumah.
Sumber : Instagram _cikguamyza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak bernafas tengok trailer Avengers Endgame malam tadi! Belum puas kupas filem Captain Marvel, malah ada antara mereka belum sempat menonton filem tersebut, trailer Avengers Endgame dah keluar. Dalam tak sedar, siri Avengers MCU bakal melabuhkan tirainya bulan April ini. Ala.. mesti sedih lepas ni. Kalau tengok trailer ni rasa macam tak sabar pula nak tengok!
Pernah terbayang tak, yang personaliti kita kadang-kadang persis seperti hero-hero Avengers ini? Mungkin ada persamaan here and there, tapi kuasa hero mereka tu memang tak ada lah dalam diri kita. Apa yang penting, kalau mereka tiada kuasa, mereka manusia normal sama macam kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem cinta dari Indonesia, Dilan 1991 bakal menemui penonton di Malaysia tidak lama lagi. Filem ini menjadi fenomena apabila berjaya menumpaskan kutipan filem Avengers: Endgame di Indonesia.
Hebat bukan penangan Dilan 1991?
Filem ada sekuel kepada Dilan 1990 dan kali ini ia mengisahkan tentang teman wanita Dilan, Milea yang risau akan masa depan mereka, lebih-lebih lagi selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah.
Akhirnya dia menyuruh Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan mereka. Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.
Filem yang dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Adhisty Zara bakal menemui penonton di Malaysia bermula pada 11 Julai 2019.
Sesuai untuk korang yang gemar menonton filem cinta, kami memang nak sarankan korang untuk menonton filem. Berdasarkan kutipan yang diterima, confirm korang takkan menyesal kan?
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Dilan 1991 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Menangi tiket tayangan perdana Remaja x Dilan 1991
Tarikh: 9 Julai 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.