Selepas tiga hari Belanjawan 2021 diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz “suara-suara ketidakpuasan hati” rakyat masih berlegar di media sosial khususnya isu berkaitan pengeluaran KWSP dari akaun 1 serta peruntukan besar diperoleh oleh JASA.

Tak hairanlah, satu poll undian sama ada korang semua berpuas hati atau tidak dengan Belanajawan 2021 telah dibuat oleh StrawPoll. Baru sehari undian dibuka, seramai 3739 undian diperoleh dari suara orang ramai.

Mendukacitakan sebanyak 3629 votes (setakat berita ini ditulis) mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 dan hanya 2.94 peratus votes mewakili seramai 110 votes mengatakan mereka berpuas hati dengan pengumuman belanjawan tersebut.

3629 Votes Tak Puas Hati Dengan BELANJAWAN 2021, Wang KWSP & 4 Isu Lain Punca Rakyat Bengang

IKLAN

Ermmm, ini bermakna memang ramai yang tidak berpuas hati dan ia disalurkan melalui votes tersebut.

Masa yang sama, di page Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki kira0kira 20 jam lalu berkongsi lima perkara utama dibangkitkan rakyat mengenai Belanjawan 2021 yang wajar dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

IKLAN

3629 Votes Tak Puas Hati Dengan BELANJAWAN 2021, Wang KWSP & 4 Isu Lain Punca Rakyat Bengang

IKLAN

Terima kasih atas semua pandangan dan maklum balas yang telah diberikan. Saya telah menyampaikan semua pandangan-pandangan ini dalam Mesyuarat Khas Persiapan Perbahasan Belanjawan Negara 2021 yang dipengerusikan Pengerusi BN kelmarin.

Insya-Allah, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi Pembahas pertama mewakili BN pada hari Selasa diikuti Ahli-ahli Parlimen BN yang lain. Secara rumusannya terdapat 5 perkara utama yang dibangkitkan oleh rakyat dan insyaAllah akan terus diperjuangkan oleh BN dalam sesi perbahasan, antara lain:

  1. ISU KWSP
    Saya telah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela.
    Implikasi hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.

    2. ISU MORATORIUM
    Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik juga antara yang dibangkitkan oleh ramai rakyat yang sedang sengsara akibat Covid-19.

    3. FOKUS SAKSAMA KEPADA M40
    Menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.

    4. ISU MAHASISWA
    Lebih kurang 1.3 juta pelajar universiti Awam dan Swasta turut terjejas akibat Covid-19, termasuklah isu kewangan melibatkan rumah sewa, pembelaran atas talian.
    – Cadangan awal Pemuda UMNO agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit.
    – Juga cadangan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.

    5. Mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.

    Untuk makluman, 2 isu pertama iaitu KWSP dan Moratorium tidak memberikan kesan kepda Belanjawan Negara 2021. Banyak lagi perkara yang akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan memfokuskan kepada kehendak dan suara hati rakyat.

TERUSKAN BERI PANDANGAN ANDA DI RUANGAN KOMEN UNTUK MANFAAT PEMBAHAS-PEMBAHAS NANTI.
#Belanjawan2021
#Bajet2021
#pemudajurubicararakyat

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI