Walaupun baru berusia 19 tahun, penyanyi Aiman Tino terus mengorak langkah ke arah dalam bidang perniagaan apabila dia muncul sebagai artis pertama yang mengeluarkan baju uniform sekolah.
Jika selebriti lain sibuk mengeluarkan minyak wangi, tudung, baju kaftan, krim pemutih kulit dan sebagainya, Aiman pada pendapat penulis tampil bijak apabila dia tahu pembeli sasarannya di kalangan peminat yang rata-rata merupakan pelajar sekolah.
Ads
Koleksi baju uniform sekolah yang diberikan nama ‘Sweet Aiman Junior’ ini merupakan projek kerjasama di antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd.
Aiman Tino pernah menghiasi cover majalah REMAJA isu Mac 2017 bersama penyanyi, Nik Qistina dan pelakon, Alvin Chong. Dalam temubual bersama penulis dulu, Aiman pernah bercita-cita untuk melebarkan sayap dalam bidang perniagaan tetapi masih mencari pasaran yang sesuai.
Dalam temubual bersama wartawan Sinar Online, Aiman berkata dia ingin mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan cabang bidang perniagaan yang diceburinya. Ini demi merealisasikan impian Aiman sebagai seorang usahawan muda yang berjaya.
Ads
“Bidang perniagaan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan insyaAllah mampu menjanjikan pulangan yang lumayan. Jadi, Aiman perlu menerokai peluang baru melalui kaedah pembungkusan produk, strategi pemasaran dan pasaran baru termasuklah medium media sosial,” kata Aiman yang melancarkan ‘Sweet Aiman Junior’ di sekolahnya dahulu di SMK Ampang Pecah.
Koleksi baju uniform sekolah ini sudahpun dijual di lapan cawangan Pasaraya Mydin sejak 14 November lalu pada harga pasaran yang mampu dimiliki orang ramai iaitu serendah RM21.
Ads
Sebelum ini, Aiman Tino pernah juga mengeluarkan tiga jenis produk kesihatan dan koleksi pakaian ‘Qurta by Sweet Aiman Fashion’.
Good job bro!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu dunia tahu akan kezaliman parti komunis di China terhadap masyarakat Muslim Uighur di kem tahanan Xinjing.
Mereka dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara tanpa sebarang perikemanusiaan. Namun cerita mengenai penindasan etnik ini seperti diculik, diseksa, dirogol, dibunuh, dipisahkan daripada keluarga dan bermacam-macam cara lain seperti tidak diperkatakan sangat oleh media massa dunia.
Itu sehinggalah munculnya aktres China bernama Dilraba Dilmurat ini yang telah membuka mata dunia akan kecantikan wanita etnik yang ditindas ini.
Dilraba dikurniakan sepasang mata bundar yang cantik dan sememangnya memiliki raut wajah sempurna. Kadangkala dia kelihatan manis, kadangkala juga boleh kelihatan ‘fierce’.
Dilraba yang lahir pada 3 Jun 1992 sudah beberapa kali dimasukkan ke dalam carta wanita tercantik dunia. Pada tahun 2018, I-Magazine pernah menobatkan beliau sebagai wanita tercantik di Asia.
Kalau korang hendak tahu, makna nama Dilraba Dilmurat adalah ‘cantik menawan’. Patutlah bersesuaian dengan raut paras pelakon, model dan penyanyi ini.
Dilraba bukan sekadar cantik saja tau, dia juga fasih bertutur bahasa Uighur dan khabarnya sedang mempelajari bahasa Korea dan bahasa Thai. Ini sekaligus menaikan populariti Dilraba di kalangan peminat luar negara yang mengagumi keinganannya mempelajari budaya masyarakat negara lain.
Sejak kecil, Dilraba sudah meminati dunia seni. Memetik laporan Hotpot TV, ketika Dilraba berusia tujuh tahun, dia sudah meminta ibu bapa menghantarnya ke kelas piano, violin, gitar dan kelas tarian.
Dilraba mula mencipta nama sekitar tahun 2013 dengan menjadi watak utama dalam drama tv Anarhan. Sekitar tahun 2015-2016, namanya semakin menyinar selepas dia membintangi drama bersiri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di acara ENAwards 2016.
Satu lagi anugerah yang diterimanya pada tahun yang sama adalah Pelakon Wanita Baharu Terbaik di China Britain Film Festival menerusi watak dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.
Dilantik Sebagai Jurucakap Jenama Mewah
Dilraba adalah salah seorang duta jenama terlaris di China. Tidak kiralah sama adaproduk makanan dan minuman, makanan ruji, produk kecantikan dan runcit hinggalah produk mudah alih serta produk teknologi. Semua kolaborasi tersebut disambarnya!
Dilraba juga menyokong beberapa jenama antarabangsa seperti L’oreal Paris, Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kosmetik mewah Perancis, Clarins. Malah dengar cerita, jenama Whisper P&G telah mengalami peningkatan penjualan produknya setelah Dilraba dipilih sebagai jurucakap mereka.
Walaupun sudah ‘dimanjakan’ oleh layanan jenama-jenama mewah ini, itu tidak bermakna Dilraba membiarkan dirinya terbuai apabila baru-baru ini, China berdepan isu polisi Xinjiang yang menyaksikan protes daripada ramai selebriti termasuklah Dilraba.
Ketika China dituduh mempergunakan masyarakat Uighur dan kumpulan minoriti Muslim lain sebagai buruh paksa di Xinjiang oleh kumpulan hak asasi manusia, Dilraba tidak teragak-agak memutuskan hubungan dengan jenama antarabangsa, adidas yang menggunakan hasil kain kapas dari Xinjiang.
Kenyataan syarikat pengurusan Dilraba mengenai penarikan dirinya daripada jenama adidas menerusi akaun WEIBO rasminya.
Dilraba membuktikan dirinya bukan saja jelita. Dia juga sedar akan apa yang berlaku terhadap masyarakat yang tertindas di negaranya lelih-lebih lagi mereka yang mempunyai asal-usul sama sepertinya.
Selama ini, pengguna kad Touch ‘N Go di kawasan parkir kenderaan selalu akan mengomel setiap kali mereka dikenakan surcaj 10 peratus ketika keluar dari bangunan.
Iyalah, sudahlah tempoh masa kita letakkan kenderaan sama dengan kereta sebelah tetapi kita pula yang dikenakan bayaran lebih.
Nasib baik isu itu akan diselesaikan tak lama lagi.
Gambar hiasan.
Hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Yang Berhormat Chong Chieng Jen mengumumkan kerajaan dalam proses pemansuhan surcaj tersebut secara berperingkat.
Ia tidak boleh dimansuhkan secara serta-merta kerana pihak Touch ‘N Go dan pengendali kawasan parkir kenderaan masih terikat dengan kontrak berasaskan surcaj sedia ada. Ia masih belum berakhir, hanya setelah mereka menandatangani perjanjian baharu ia dapat dikuatkuasakan.
Pada awal minggu ini, tular di media sosial apabila pengguna Touch ‘N Go meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan sebanyak RM0.50 yang dkenakan apabila mereka menambah nilai kad mereka.
Ia mendapat reaksi luar biasa sehingga wujud tanda pagar #mansuhtouchngo.
Sumber: BHarian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk saja panggung, boleh dikatakan dari awal permulaan filem ini akan membuatkan korang tergelak besar dengan setiap karakter barisan pelakon Milly & Mamet.
Menceritakan sedikit tentang detik permulaan bagaimana Milly dan Mamet menjadi pasangan suami isteri, Milly pada awalnya ditinggal kekasih dan muncul Mamet yang selalu menjadi ‘hero’ bagi menceriakan kembali kehidupannya.
Kalau korang ingat lagi dalam scene Ada Apa Dengan Cinta 2, beberapa tahun selepas itu Milly dan Mamet telah dikurniakan seorang anak dan boleh dikatakan filem ini menceritakan pula tentang bagaimana kehidupan Milly dan Mamet yang bukannya berkisarkan tentang Cinta dan Rangga lagi.
Pada mulanya, kami ada terfikir bahawa bolehkah filem ini menjadi ‘kuat’ kerana tidak diterajui oleh Cinta (Dian Sastrawordoyo) dan Rangga (Nicholas Saputra) selaku pelakon utama? Iye la, ramai yang tahu betapa kuatnya chemistry di antara Cinta dan Rangga, jadi mampukah filem ini berjaya walaupun tidak meletakkan dua superstars ini sebagai teraju utama?
Nah, nyata jangkaan kami meleset. Tanpa kemunculan Rangga walaupun sedikit, filem Milly & Mamet tetap dilihat mempunyai jalan cerita yang kuat dan penuh humor. Kalau tak, masa kan satu panggung tergelak sakan sepanjang menonton filem ini.
Non-stop ketawa
Kalau korang nak pergi menonton Milly & Mamet, wajib bawa tisu sekali. Bukan sebab menangis, tapi setiap karakter dalam filem ini boleh membuatkan korang susah nak berhenti gelak. Kemunculan trio pekerja kilang ayah Milly, Lela (Dinda Kanya Dewi), Somad (Bintang Emon) dan Iin (Aci Resti) sangat menghidupkan filem komedi ini dengan lawak-lawak spontan mereka.
Gandingan Milly dan Mamet juga berjaya menggeletek perut korang dengan kisah rumah tangga mereka, tambah pula kehadiran anak lelaki (Sakti) yang sangat comel lebih menonjolkan sifat keibubapaan Milly dan Mamet. Korang boleh saksikan kebahagiaan pasangan suami isteri ini membesarkan anak walaupun dalam masa yang sama berhadapan dengan konflik kehidupan.
Sarat dengan mesej
Biarpun filem ini bergenre komedi romantik yang lebih santai, namun ia penuh dengan mesej yang boleh membuatkan penonton berfikir. Walaupun korang belum berumah tangga lagi, tetapi bila menonton Milly & Mamet ini sedikit sebanyak menyedarkan korang bahawa “Oh, inilah yang bakal dihadapi kalau aku dah kahwin nanti”.
Cara Milly dan Mamet berbincang dan menyelesaikan masalah rumah tangga mereka nampak matang. Macam mana besar konfik yang mereka hadapi, pasangan suami isteri ini sering memberi sokongan antara satu sama lain. Pendek kata, sweet la. Hiks!
Tak best la kalau kami bagi spoiler banyak sangat kan. Apa kata korang tonton sendiri filem Milly & Mamet yang bakal ditayangkan pada 7 Mac ini di seluruh pawangan tanah air.
Sumpah keren banget, gue ngak bohong. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!