Demam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 semakin hangat apabila satu-persatu negara telah memahkotakan wakil masing-masing untuk bertanding pada tahun ini.
Tidak kurang juga masih ada negara yang sedang melangsungkan pertandingan di peringkat kebangsaan termasuklah di Malaysia dan negara jiran, Thailand.
Bercakap mengenai pertandingan Miss Universe Thailand (MUT) 2022, mereka baharu sahaja melangsungkan pusingan uji bakat pada hujung minggu lalu untuk memilih hanya 30 daripada 45 orang peserta sebagai finalis akhir. Pusingan uji bakat tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Menariknya mengenai pusingan ini, para juri secara sepakat boleh memberi gelaran ‘Golden Tiara’ kepada peserta yang berjaya menawan hati mereka dengan tiga kriteria ini iaitu Keyakinan (Confidence), Kebijaksanaan (Intelligence) dan Minat (Passion).
Daripada 45 orang peserta pada tahun ini, nampaknya hanya DUA orang sahaja yang berjaya mendapatkan ‘Golden Tiara’ itu.
Mereka dikenali sebagai Nicolene Limsnukan dan Nita Aksornwan. Kedua-dua gadis tersebut menambat hati juri yang tergolong daripada golongan profesional dan bekas juara Miss Universe Thailand sebelum ini.
(Dari Kiri) : Nita Aksornwan dan Nicolene Limsnukan.
Nicolene Limsnukan memperolehi kata kunci ‘Media Literacy’ atau kecelikan media dan ujarnya, kecelikan media adalah amat penting.
Nicolene Limsnukan.
“Bukan sahaja kita perlu berhati-hati terhadap bahan bacaan kita, kita juga harus tahu bagaimana untuk menganalisa semua media secara kritikal. Oleh itu, apabila kita membaca akhbar atau artikel, kita perlu faham apa yang sedang dibaca dan tahu sumber informasinya. Penting untuk kita mendapatkan maklumat tepat agar kita boleh belajar perkara baharu dan mampu menyampaikannya kepada orang lain,” katanya.
Nicolene kini menghitung hari sebelum bergelar graduan daripada University of the Thai Chamber of Commerce dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Nicolene juga bakal menyambung pelajaran di peringkat sarjana (masters) dalam bidang pemasaran.
Beralih kepada Nita Aksornwan pula, gadis yang kini bergelar seorang content creator ini sememangnya bijak menawan hati penonton dengan personaliti dan skil komunikasinya.
Mendapat kata kunci ‘Equility’ atau kesamarataan, Nita berpendapat Thailand masih kurang akses kesamarataan dalam komunitinya.
Nita Aksornwan
“Berdirinya saya di sini adalah untuk meminta kesamarataan perkahwinan sesama jenis, pendidikan dan kebajikan kesihatan untuk semua orang. Saya percaya komuniti kita boleh ditambah baik jika semuanya ada kesamarataan. Terima kasih,” jelasnya.
Apabila Nita ditanya mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyatnya, dia menggalakkan rakyat Thailand terus mempraktikkan pengucapan Bahasa Inggeris kerana ia boleh menambah baik perkembangan diri sendiri selain membuatkan seseorang sebagai penduduk dunia yang lebih baik.
“Anda perlu seronok mempelajarinya. Masalahnya di Thailand, kita terlalu fokus kepada peperiksaan (Bahasa Inggeris) dan melupakan komunikasi harian. Saya mulakannya kerana minat saya terhadap Taylor Swift, anda pula mungkin mempunyai inspirasi lain,” kata Nita.
Menyusuri sejarah penganjuran Miss Universe Thailand beberapa tahun kebelakangan ini, tiga juara terbarunya telah berjaya memenangi gelaran ‘Golden Tiara’ ini sewaktu mereka bertanding dahulu. Mereka terdiri daripada Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020) dan Paweensuda Drouin (MUT 2019).
Adakah Nicolene dan Nita bakal mengulangi sejarah di mana salah seorang daripada mereka pula bakal bergelar Miss Universe Thailand? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.
Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.
Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.
Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”
Satu perkara yang digemari oleh penulis apabila membaca perkongsian oleh doktor dan personaliti media sosial, Dr Amalina Che Bakri adalah beliau tidak berselindung apabila bercakap mengenai isu kesihatan. Jika sesuatu teori itu karut, maka dia akan membidasnya dengan penjelasan.
Hari ini, satu lagi ‘teori karut’ telah mendapat perhatian Dr Amalina.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna media sosial itu berhubung kait dengan soal kesihatan wanita terutamanya mereka yang baru bersalin. Namun bagi kami, ia sebenarnya ada kaitannya juga dengan perempuan secara am kerana teori yang dikeluarkan oleh pengguna tersebut selalu disebut-sebut dalam perbualan harian kita.
Catatnya, “Urat badan bersambung juga dengan urat vagina. Jika urat badan mengembang atau sejuk, maka yang bawah (vagina) pun sama.”
Seorang lagi pengguna di Facebook menambah, “Kalau nak rasa rahim tu kembang, minumlah air sejuk tu banyak-banyak.”
*
Selalu kan korang dengar orang bincangkan mengenai kesan minum air sejuk kepada tubuh badan.
Hari ini, Dr Amalina Che Bakri hadir menjelaskan situasi sebenar mengenai teori ini.
Tegur beliau, “Siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang selepas minum air sejuk ni?
“Rahim tu seperti span kah (hingga) boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni, parah. Oh my biology!”
Walaupun sinis, namun Dr Amalina tampil dengan penjelasan mengenai kesan sebenar mengambil minuman sejuk dan minuman manis. Menurutnya, ada perbezaan jelas antara kedua-duanya.
Minum Air Sejuk
Teori minum air sejuk akan menyebabkan bahagian dalaman badan seperti rahim untuk kembang disangkal sama sekali oleh Dr Amalina.
“Suhu sejuk (pada air) menyebabkan saluran darah constrict (menjadi sempit), bukannya kembang.”
Minum Air Manis
Bagi yang gemarkan minuman manis, itu sebenarnya punca untuk badan membesar secara negatif.
“Itu sebab anda suka minum air manis. Makan dan minum banyak makanan manis – berboba-boba dan lepas itu menjadi kembang. Anda salahkan ais?” tegur beliau lagi.
*
Simpul beliau, sebagai wanita korang perlu mengetahui pemahaman yang betul dari segi perubatan apabila bercakap mengenai hal tubuh badan kita.
“Saya hanya mahu memperbetulkan pemahaman supaya orang kita mengetahui fakta sebenar supaya (kita) tidak mudah ditipu dan dimanipulasi,”katanya.
Betul tu gaiss. Dah terlalu banyak kes di mana masyarakat kita berdepan dengan isu kesihatan apabila terlalu percayakan teori-teori perbualan harian. Jika berdepan dengan masalah kesihatan ataupun tidak pasti dengan situasi sebenar, lebih baik kita merujuk kepada yang pakar.
Penjagaan bawah lengan atau ketiak adalah kawasan yang sering diabaikan. Kepentingannya adalah sangat besar terutama jika anda yang suka memakai pakaian tanpa lengan.
Maksud ketiak hitam di sini bukanlah disebabkan oleh warna asal kulit tetapi lebih merujuk kepada keadaan yang nampak sedikit kotor dan ‘berkerak’.
Ini merupakan satu masalah lazim yang berlaku terutamanya buat golongan remaja dan yang berumur 30 tahun ke bawah. Adakah ia disebabkan hormon atau tersilap menggunakan produk deodoran?
Jom sama-sama ikuti 10 punca utama yang boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam.
Tabiat Mencukur
Mungkin ramai di antara korang memilih untuk mencukur ketiak kerana ingin lebih selesa. Namun dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit lantas menyebabkan ia menjadi hitam. Cara yang salah serta penggunaan perlatan mencukur tidak sesuai juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Jangan Cabut
Awas, jangan sebarang cabut ya. Tabiat korang yang suka mencabut bulu ketiak juga boleh menyebabkan kehitaman. Ia boleh mengganggu kulit bawah lengan terutamanya bila ia dicabut secara keseluruhan.
Pakaian Ketat
Memakai pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bawahan lengan dapat meningkatkan risiko kehitaman ketiak. Ini kerana kulit di baawah lengan tidak dapat ‘bernafas’ dengan baik akibat tidak memiliki ruang mencukupi.
Jangkitan Bakteria
Ini merupakan antara punca lazim yang menyebabkan keadaan kulit bawah lengan menjadi hitam. Ia bukan sahaja jadi hitam tetapi bau badan juga akan menjadi sangat busuk. Bakteria yang sebabkan keadaan ini dikenali sebagai corynebacterium minutissimum.
Kumpulan Sel Mati
Antara punca utama ketiak menjadi hitam ialah akibat jarang membersihkan di bahagian tersebut. Lantas ia menybebkan banyak sel kulit mati terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan bahagian kulit bawah lengan menjadi gelap.
Merokok
Umum sudah mengetahui bahawa tiada satu pun faedah yang korang boleh dapat jika merokok. Malah, ia hanya boleh mendatangkan pelbagai jenis keburukan. Bagi perokok tegar lama-kelamaan kulit di bawah lengan mereka akan menjadi gelap. Oleh itu, jauhilah dari rokok!
Sel Kulit Mati
Kulit kita akan sentiasa melalui prores regenrasi kulit. Begitu juga dengan bahagia bawah lengan yang akan sentiasa menghasilkan sekl kulit mati. Jadi bila korang mandi gunakan sabun skrub yang sesuai untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati.
Hormon
Setiap orang mempunyai perubahan hormon yang berbeza-beza. Dan untuk sesetengah orang yang hormonnya tidak stabil mereka akan selalu berpeluh terutamanya bahagian bawah lengan. Usah risau, jika berdepan dengan keadaan ini dapatkan nasihat daripada doktor. Untuk seimbangkan kadar hormon pastikan terlebih dahulu korang mengambil makanan yang sihat.
Deodoran
Setiap orang mempunyai jenis kulit, kadar respirasi dan juga kondisi hormon yang berbeza. Oleh itu, korang harus bijak memilik deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika tersalah memilih jenis deodoran yang tidak sesuai ia juga boleh sebabkan kehitaman ketiak.
HILANGKAN DAKI DENGAN LIMAU NIPIS. BADAN PON WANGI !
Dah perah celup-celupa limau tu bagi sodium melekat dengan limau
Bila dah jadi macam ni boleh la tenyeh dekat ketiak tu atau tempat yang berdaki. Nanti daki tu akan hilang lama-lama, gosok-gosok ketiak, leher, kawasan yang berdaki.
Biar 20 minit dan basuh. Mandi terus laa haha. Taraa badan dah bersih dan wangi
Selamat mencuba!
BACA LAGI : 4 Sumber Semulajadi Ini Mampu Atasi Masalah Bawah Lengan & Ketiak Hitam
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!