Bagi pencinta dunia ratu cantik pasti sudah menyaksikan pertandingan pusingan awal bagi acara kostum nasional Miss Universe 2020. Seramai 74 peserta tampil dengan idea kreatif masing-masing bagi menyerlahkan identiti negara masing-masing.

Ada yang membawa kostum yang sarat dengan prop dan ada yang tampil cukup ringkas namun memberi kesan mendalam kepada penonton yang melihatnya. Antara yang mencuri perhatian semestinya ratu cantik negara jiran, Bernadette Belle yang mewakili Singapura.

Sumber gambar: Instagram Bernadette Belle

Dalam kenyataan di laman Instagramnya, Bernadette berkata, “Kostum nasional ini diinspirasikan dari bendera Singapura. Warna merah melambangkan kesamarataan untuk semua manakala warna putih pula melambangkan nilai moral tinggi yang berpanjangan. Singapura merupakan tempat untuk semua bangsa dan kami amat bangga menjadi orang berdarah Asia. Oleh itu sangat hebat jika kita boleh menolak kebencian terhadap orang Asia #stopasianhate.”

Ketika mempersembahkan kostum nasionalnya di atas pentas sebentar tadi, ia kelihatan ringkas dengan leotard penuh labuci rona merah dan dilengkapkan dengan busana luar yang meleret panjang. Sebaik sahaja dia berpusing, jelas terpampang mesej yang cuba disampaikan sekaligus menerima tepukan gemuruh di dalam dewan.

IKLAN

Kostum nasional itu direka oleh pereka fesyen Filipina, Arwin Meriales dan tulisan di busana tersebut dilukis oleh Paulo Pilapil Espinosa.

Kostum Nasional dengan mesej yang mendalam. Sumber gambar: Instagram Bernadette Belle

APAKAH #STOPASIANHATE?

Namun begitu tahukah anda di sebalik maksud tanda pagar ‘Stop Asian Hate’ yang diuar-uarkan oleh Miss Universe Singapura berusia 26 tahun ini?

IKLAN

Sentimen kebencian terhadap komuniti Asia yang berada di Amerika Syarikat sebenarnya sudah berlaku sekian lama. Namun sejak pandemic Covid-19 melanda, kekerasan terhadap komuniti Asia terutamanya mereka yang berbangsa Cina meningkat dengan mendadak.

Menurut laporan portal Stop AAPI Hate kes kekerasan terhadap orang Asia meninggkat dari 3795 kepada 6603 dalam masa setahun. Kes-kes yang terjadi termasuklah serangan secara fizikal, panggilan nama yang tidak sesuai dan juga pemulauan. Antara kejadian yang paling diingati terjadi pada Mac lalu apabila seorang penembak rawak menyasarkan sebuah spa kecantikan di Atlanta, Amerika Syarikat yang dimiliki orang Asia sehingga meragut tiga nyawa.

IKLAN
Lelaki yang dipercayai menyerang warga emas imigran Filipina berusia 65 tahun. Sumber gambar: Arab News

Salah satu kes yang menyayat hati juga terjadi di kota Manhattan apabila seorang warga emas imigran Filipina berusia 65 tahun diserang oleh seorang lelaki. Selain ditendang diperut kemudiannya dia ditendang dikepala berkali-kali. Selain itu siapa boleh lupa insiden yang tular di laman sosial apabila seorang Youtuber terkenal yang sedang merakamkan video terserempak dengan kejadian seorang pelajar lelaki berbangsa cina asal Singapura yang diserang di tengah-tengah Kota London. Seorang lelaki dilihat terang-terangan menyerang pelajar tersebut dan cuba mengambil basikal yang dinaikinya.

Insiden-insiden ini bukanlah kes terpencil, sebaliknya menjadi satu situasi yang menakutkan bagi warga Asia. Oleh itu kempen #stopAsianhate menjadi tular dan pergerakan ini bertujuan untuk melindungai warga Asia dari terus menjadi mangsa keganasan.