Dapur boleh jadi tempat paling tenang tapi dalam situasi tertentu, ia juga boleh bertukar jadi ruang paling “chaotic”. Masa berjalan laju, api panas, bunyi kuali berdesing semua benda berlaku serentak. Dalam keadaan macam ni, walaupun kau ada resipi yang padu, kalau mental tak stabil, memang senang jadi kelam-kabut.
Sebab tu dalam dunia masakan, especially bila masuk suasana pertandingan memasak, bukan sekadar skill yang diuji tapi cara kau handle pressure, buat keputusan cepat dan kekal fokus.
Kalau kau nak pastikan diri sentiasa steady, ini lima perkara yang boleh bantu kau kekal tenang dan perform dengan lebih yakin:
Ada Pelan Jelas Sebelum Masak
Jangan sesekali masuk dapur tanpa direction. Dari awal lagi, kau kena dah bayangkan keseluruhan flow dari prep bahan, teknik masakan, sampai ke plating. Lagi detail kau visualize, lagi mudah untuk kau execute tanpa banyak fikir.
Bila masa makin suntuk, otak kau tak perlu panic sebab semua dah “pre-programmed”. Ini juga bantu elakkan kesilapan macam terlupa step penting atau salah timing dalam pertandingan.
Pilih Menu Yang Kau Betul-Betul Master
Ini bukan masa untuk bereksperimen dengan resipi baru yang kau jumpa malam sebelum pertandingan. Pilih hidangan yang kau dah biasa masak berkali-kali, sampai kau tahu exactly bila nak adjust api, bila nak masuk bahan, dan macam mana nak control rasa.
Ads
Dalam pertandingan memasak, judges lebih hargai execution yang clean dan konsisten berbanding idea yang terlalu fancy tapi tak menjadi.
Belajar Kawal Nafas Bila Stress
Bila tekanan datang, badan akan react secara automatik tangan mula shaky, pergerakan jadi kelam-kabut, dan otak rasa kosong. Dalam situasi ni, benda paling simple tapi powerful adalah kawal pernafasan.
Ambil 2–3 saat untuk tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan perlahan. Ini bantu stabilkan emosi dan bagi ruang untuk kau regain fokus sebelum teruskan step seterusnya dalam pertandingan.
Accept Awal-Awal Akan Ada Silap
Realitinya, hampir mustahil untuk semuanya jadi perfect. Mungkin ada step yang lari timing, atau rasa tak exactly macam yang kau bayangkan. Tapi di sinilah bezanya peserta yang tenang dengan yang panik.
Ads
Jangan terlalu lama fokus pada kesilapan cepat adapt dan cari solusi. Kadang-kadang, cara kau recover dari mistake tu lagi impress judges dalam pertandingan memasak.
Fokus Pada Dapur Sendiri, Bukan Orang Lain
Dalam suasana pertandingan, memang mudah untuk distracted. Kau nampak orang sebelah potong lagi laju, plating nampak lagi cantik, atau mereka nampak lebih confident. Tapi hakikatnya, setiap orang ada pace dan strategi sendiri.
Lagi kau compare, lagi kau hilang fokus. Lock in pada apa yang kau buat, jaga setiap detail, dan trust proses sendiri itu kunci untuk berjaya.
Ads
Bagi mereka yang berani mencabar diri, peluang untuk masuk ke platform pertandingan kulinari dalam kalangan pelajar universiti kini kembali dibuka. Sesi saringan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk UiTM Dungun, UiTM Permatang Pauh dan UiTM Puncak Alam sekitar Mei ini.
Ini bukan sekadar ruang untuk tunjuk siapa paling pandai masak tapi siapa yang boleh kekal tenang, tersusun dan yakin walaupun dapur tengah “panas”.
Persoalannya, bila peluang dah depan mata… kau ready ke nak buktikan kemampuan sebenar?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan harapan mengubah nasib keluarganya, Lok Mee Wan, seorang anak pengawal keselamatan, telah berjaya menerima Anugerah Diraja dalam sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), baru-baru ini.
Mee Wan, 22, yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kamunting, Perak, turut dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah.Majlis konvokesyen tersebut dihadiri oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Bapa tercintanya, Lok Tart Chon, 59, seorang pengawal keselamatan, dan ibunya pula, S Kanagawaly, 64, menjadi pendorong utama dalam kejayaannya.
“Pengajian dalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Sebagai anak kedua daripada dua beradik dan fasih dalam empat bahasa, Melayu, Tamil, Mandarin, dan Inggeris, Mee Wan menyatakan minat mendalamnya dalam pelancongan serta media dan komunikasi. Dia juga bercita-cita untuk menjadi wartawan penyiaran atau penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di sini tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” tambahnya.
Sumber: Sinar Harian
Kini bekerja sebagai Guest Service Experience di sebuah hotel mewah di Langkawi, Mee Wan telah mencapai kejayaan dalam bidang media dan komunikasi. Graduan ini meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online di BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) yang melibatkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
“Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” ujarnya.
Mee Wan yang kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan mengait benang, optimis bahawa kemahiran yang dikuasainya dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi akan membantunya menghadapi cabaran masa depan.
Untuk info, Majlis konvokesyen itu disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mewakili Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Sebanyak tiga sidang berlangsung dari Ahad hingga Selasa, meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi, dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi tahun lepas dan tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap wanita pasti memiliki bra ‘favorite’ yang telah dipakai selama bertahun-tahun. Tahukah kamu bahawa bra yang sudah melebihi satu tahun biasanya menyimpan bakteria dan kotoran. Selain itu juga, daya elastik pada bra tersebut sudah berkurang sehingga tidak mampu lagi untuk menyokong payudara kamu dengan baik.
Foto Via Pexels
Pakar juga mengesyorkan setiap wanita untuk tukar bra bagi setiap 180 kali pemakaian atau selepas 6 bulan. Tapi ada kesan buruk ke jika menggunakan bra dalam waktu yang lama?
Macam-macam boleh jadi pada badan, bukan sahaja luaran malah dalaman pun boleh terkesan disebabkan oleh pemakaian bra yang tidak sesuai.
1 .Kerap sakit kepala
Ramai yang tak tahu, bra yang salah pun boleh menyebabkan sakit kepala. Ini kerana otot-otot badan dalam bra terpaksa bekerja lebih keras untuk kekalkan bentuk badan yang baik. Bila berada dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala.
2. Alami refluks asid
Pakai bra yang ketat atau salah pun boleh menyebabkan beberapa gejala refluks asid seperti pedih ulu hati, sakit dada dan gastrik. Lagilah kalau pakai bra yang ketat, tekanan di bahagian perut boleh menyebabkan asid dalam perut ditolak ke bahagian esofagus bawah sehingga menyebabkan refluks asid terjadi.
3. Masalah pada kulit badan
Bila pakai bra yang tak sesuai atau ketat, bra akan bergesel pada kulit sehingga badan mengeluarkan peluh berlebihan, kerengsaan dan keradangan. Malah ketika ini bakteria yang berada di permukaan kulit juga akan mudah masuk dalam folikel rambut sehingga terjadinya ruam dan gatal-gatal di badan.
4. Sakit pada bahagian badan atas
Bukan sahaja bra yang ketat boleh beri kesan pada badan, bra yang longgar pun sama. Jika pakai bra longgar, kamu akan alami sakit pada bahagian baju dan belakang kerana ia tidak dapat menyokong payudara. Malah bila ketatkan bahagian tali, ia akan beri kesan pada bahagian bahu seperti sakit, kerengsaan dan lenguh.
5. Payudara sendat dan asyik terkeluar
Apabila payudara mula membesar dan berubah saiz, cup bra yang sedia ada akan menjadi kecil dan tidak sesuai. Bila pakai cup yang tak sesuai ia akan menyakitkan dan merimaskan payudara, lagi-lagi bila ada besi di bawahnya.
Jadi, dah boleh la check dalam almari pakaian dalam korang tu. Semoga bermanfaat!
Seorang bapa berusia 25 tahun telah membuktikan bahawa tiada pekerjaan yang rendah martabatnya melalui pengalamannya sebagai tukang cuci di Singapura.
Pemuda yang dikenali sebagai Shahrul memutuskan untuk bekerja di Singapura mengikuti jejak kakak iparnya.
Memulakan kerjayanya sebagai pembantu restoran, Shahrul terpaksa berhenti dan mencari peluang baru selama beberapa bulan sebelum akhirnya ditawarkan pekerjaan sebagai tukang cuci.
Walaupun pada mulanya ragu, dia menerima pekerjaan ini dengan hati terbuka dan kini berulang-alik dari Gelang Patah, Johor, ke Singapura setiap hari untuk menampung ahli keluarganya.
“Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan kepada saya. Saya tidak malu dengan pekerjaan ini kerana ia membolehkan saya mencari rezeki secara jujur,” katanya menerusi laporan dalam sebuah portal tempatan.
Dia menceritakan rutin hariannya bermula seawal pukul 5 pagi, membersihkan pejabat, tandas, dan dapur, dan biasanya selesai pada pukul 4 petang, dengan kadang-kadang perlu bekerja lebih masa.
Walaupun menghadapi pandangan skeptikal dari sesetengah pihak, Shahrul tetap berdiri teguh dengan pilihannya, memberi inspirasi kepada banyak orang bahawa setiap pekerjaan mempunyai martabatnya yang tersendiri.
“Selain itu saya akan cuci tandas, pantri, gim, tangga dan membuang sampah sebelum waktu kerja tamat jam 4 petang dan kalau kerja lebih masa sehingga jam 7 malam. Setakat ini orang di sini tidak pernah memandang rendah kepada kami.
“Mereka selalu berkongsi makanan, kadang-kadang berikan tips dan selalu disapa. Saya tak malu dengan tugas saya dan di sini walaupun tukang cuci gaji dibayar mengikut kelayakan, saya dibayar SGD 2,400 (RM8,005.80) termasuk kerja lebih masa,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.