Bagi mereka yang mahu menonton filem menarik di pawagam, Remaja nak mencadangkan kepada korang untuk menonton Promising Young Woman yang dibintangi oleh Carey Mulligan, Bo Burnham, Alison Brie, Clancy Brown, Jennifer Coolidge, Connie Britton dan Laverne Cox. Boleh kami katakana ini adalah antara filem terbaik setakat tahun ini.

Promising Young Woman meceritakan tentang seorang wanita bernama Cassie, pernah menjadi pelajar bidang perubatan namun tidak dapat menghabiskan pelajarannya atas sebab tertentu. Di usia 30-an, Cassie masih lagi tidak berkahwin dan tidak mempunyai pasangan dan kerana itu, ibu bapanya mula risau apabila melihat ramai diantara kawan-kawan Cassie sudah pun mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, wanita itu mempunyai alasannya tersendiri kerana dia ingin membalas dendam terhadap individu yang pernah merosakkan kehidupan rakan baiknya, Nina Fisher. Tanpa dijangka, ada sesuatu yang berlaku dan bakal memberinya peluang untuk memperbaiki masa lalunya.

Terima 5 Pencalonan Di Oscars, Promising Young Woman Antara Filem Wajib Tonton Tahun Ini

IKLAN

Filem ini menerima lima pencalonan di Anugerah Academy Awards, iaitu Best Picture, Best Actress, Best Director, Best Original Screenplay dan Best Film Editing. Tidak dapat disangkal lagi, Promising Young Woman telah membuktikan bahawa filem tersebut memang layak dipertandingkan di anugerah berprestij itu.

Pujian harus diberikan kepada Carey Mulligan kerana berjaya membawa watak Cassie dengan baik sekali. Bukan mudah untuk dua karakter yang berbeza, namun Carey telah membuktikan keupayaannya dalam Promising Young Woman.

IKLAN

Terima 5 Pencalonan Di Oscars, Promising Young Woman Antara Filem Wajib Tonton Tahun Ini

Walaupun dilhat sebagai seorang wanita yang penuh dengan dendam kesumat, namun jauh disudut hati Cassie, dia seorang yang sangat menyayangi rakannya dan mempunyai semangat setia kawan yang kuat.

IKLAN

Filem ini juga dilihat mengangkat kisah wanita yang mahu memperjuangkan hak mereka daripada ditindas oleh kaum lelaki. Antara adegan yang menarik perhatian kami adalah apabila Cassie menghadiri parti bujang yang meraikan bakal pengantin Al Monroe. Paling ikonik!

Terima 5 Pencalonan Di Oscars, Promising Young Woman Antara Filem Wajib Tonton Tahun Ini

Kalau nak tahu korang kena saksikan sendiri Promising Young Woman yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI