Ibarat buku bertemu ruas, pertemuan dua kelab bola sepak gergasi Manchester United dan Liverpool pada setiap musim Premier League (Liga Perdana Inggeris) pasti menjadi detik yang paling dinanti-nantikan oleh peminat sukan berkenaan.
Maruah menjadi taruhan, padang menjadi medan.
Masing-masing kini saling mengejar kedudukan yang lebih tinggi dalam kedudukan liga, sekaligus mengintai peluang untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.
Oleh itu, pertembungan klasik antara Manchester United dan Liverpool yang bakal berlangsung pada 3 Mei 2026 secara langsung di kubu Old Trafford bakal menjadi antara detik penting dalam kalendar sukan bola sepak antarabangsa yang tidak harus dilepaskan oleh mana-mana penonton.
Untuk meraikannya bersama pelanggan setia mereka, AstroBiz sekali lagi akan membawakan pengalaman menonton perlawanan bola sepak dengan semangat komuniti menerusi acara Astro BizOne Rewards Watch Party di tiga buah lokasi berbeza di seluruh negara pada Ahad ini.
Glory Glory Manchester United atau You’ll Never Walk Alone?
Tiga lokasi terpilih yang akan menjadi pusat tumpuan peminat bola sepak yang ingin merasai debaran epik kali ini mewakili tiga zon berbeza bagi memberi peluang sama rata kepada anda semua.

Di Lembah Klang, Restoran Mahmudah Maju di Klang menawarkan pengalaman santai untuk penyokong setia Manchester United dan Liverpool menikmati perlawanan sambil menjamu selera.
Di zon utara pula, Restoran Makbul yang berada di Pulau Pinang menjadi ‘gelanggang’ seteru dua pasukan itu yang inginkan merasai semangat ‘matchday’ bersama komuniti penyokong.
Manakala di selatan tanah air pula, Project Smoked Dong yang terletak di Johor menjanjikan suasana hangat bagi menyaksikan pasukan manakah yang akan pulang dengan penuh rasa bangga dan pasukan manakah yang akan tercalar maruahnya.
Semangat Anak Muda Yang Cintakan Gaya Hidup Aktif
Secara tidak langsung, Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung ini bukan hanya meraikan kemeriahan acara sukan di hadapan skrin gergasi yang menyiarkan siaran langsung. Bahkan, ia mewakili semangat anak muda di Malaysia yang cintakan gaya hidup aktif dalam suasana yang selamat dan menghiburkan.
Sambil mencipta memori dengan rakan-rakan lama dan baru di ketiga-tiga buah lokasi berkenaan, acara ini juga memberi platform kepada premis perniagaan terlibat untuk memperkukuhkan kedudukan bisnes mereka menersui pelanggan yang hadir.
Tambah menarik, Astro turut menawarkan hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi oleh penyokong bertuah bagi menghidupkan suasana di setiap lokasi itu.
Anda mungkin berminat dengan
Astro dijangka akan terus memperluaskan penganjuran Watch Party ke lebih banyak lokasi dalam usaha memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperkayakan pengalaman pelanggan di seluruh negara.
Jangan lupa untuk memakai jersi pasukan yang korang sokong bersama dengan ahli geng yang lain dan alami tayangan siaran langsung dengan lebih bertenaga. Pastinya, pertembungan Manchester United dan Liverpool pada jam 10.30 malam Ahad ini bakal menjadi acara yang penuh dramatik untuk dikongsi oleh semua peminat bola sepak di Astro BizOne Watch Party.
Bagi info lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my.
BACA: Astro BizOne Watch Party Hidupkan Semula Musim Premier League Di UNITEN
∞
Baru-baru ini, jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya meraih gelaran pertama pada musim ini apabila muncul sebagai juara bagi kejohanan berstatus Super 500 Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand pada Ahad, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejayaan duo berstatus keempat dunia itu melakar kejayaan tersebut selepas menumpaskan gandingan baharu, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo yang menghuni ranking ke-105 dunia.
Dalam pada itu, kemenangan 2-0 ke atas gandingan Korea Selatan tersebut menjadi tonik tambahan buat pasangan negara yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam saingan Masters Malaysia di Bukit Jalil bermula pada Selasa ini.

Walaupun ditentang hebat gandingan dari negara Ginseng itu, Pearly-Thinaah yang dibimbing oleh Rosman Razak bagaimanapun tenang mengawal gelanggang dan menang 21-16 pada set pertama.
Walaupun begitu, Na-eun dan Yeon-woo kemudian memperkemaskan corak pemainan, namun pengalaman memisahkan Pearly-Thinaah yang mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 57 minit permainan.

Sementara itu, pasangan negara yang dikaitkan dengan kemelut berkaitan kontrak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu membawa pulang AS$37,525 (RM161,191), manakala pasangan Korea Selatan pula meraih AS$18,050 (RM77,535) menerusi kejayaan tersebut.
Sebagai rekod, ini merupakan pentas final kedua buat Pearly-Thinaah selepas muncul naib juara Masters Indonesia yang diadakan pada awal tahun ini.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Semua orang termasuk budak kecil pun tahu, judi itu haram disisi islam. Tetapi sejauh mana penghayatannya?
Kita biasa nampak yang menikam ekor itu sebagai kaki judi dan yang ke kasino itu juga bermain judi. Tetapi adakah kita tahu, sejak kecil kita telah didedahkan dengan permainan yang berunsur judi?

Jika zaman kanak-kanak penulis dulu games ‘tikam-tikam’ sangat popular. Ada yang hadiahnya duit dan ada yang hadiah barang permainan dan macam-macam lagi. Tetapi nampaknya sekarang, tikam-tikam tidak lagi dijual dikedai-kedai runcit seperti dulu. Namun, mainan berunsur judi tetap diterapkan dalam masyarakat.
Sedar atau tidak sebenarnya konsep perjudian untuk kanak-kanak masih lagi berluasa, terutamanya dalam permainan mesin ‘claw’.
Baru-baru ini, mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) berkongsi info dan pencerahan tentang permainan mesin patung kanan-kanak ini.
Fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak-kanak
1. Mesin permainan kanak-kanak (K* **N) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.
2. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
3. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.
4. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
-TAMAT-
(Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.)
Untuk info mesin claw merupakan sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi dalam memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut. Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjudian yang diharamkan oleh syariat agama Islam. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)
Sumber: Dr. MAZA / muftiwp.gov.my
∞
Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Malah, kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best seterika sebegini juga akan meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Cara Hilangkan Kedutan Pakaian Tanpa Diseterika

Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
- Panaskan seterika dan basahkan Panadol.

2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.

3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.

Hasilnya, dah bersih!
Selamat mencuba!
Sumber: Achai Wong
∞