Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.
‘First’ Patraporn Wang. Foto : InstagramPatraporn sewaktu menyertai Miss Universe Thailand 2019. Foto : InstagramPatroporn merupakan salah seorang gadis dunia ratu cantik yang sentiasa komited menyokong rakan-rakan peserta lain dalam apa jua pertandingan ratu cantik di Thailand. Foto : InstagramPatraporn sewaktu berada di Kuala Lumpur untuk pertandingan Miss Intercontinental Malaysia sebagai jemputan khas. Foto : Instagram
Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Ads
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.
Patraporn tidak dapat menyembunyikan rasa sedih sewaktu diumumkan tidak layak menyertai Top 30 Miss Universe Thailand 2022. Foto : Instagram
Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.
(Dari Kiri) Patraporn Wang diserap masuk manakala Kanokwan Chusuk ditarik semula kelayakannya.
Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!
Ads
Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Patutlah kulit pelakon dan bekas model, Natasha Hudson cukup cantik tanpa sebarang cela, rupanya dia memang jenis suka pakai mask dalam bab penjagaan wajah.
Tidak kedekut berkongsi tip, baru-baru ini Natasha Hudson mendedahkan bahawa dia mengamalkan pemakaian mask setiap hari dan berkongsi khasiat tanah liat yang mampu memberikan manfaat buat penjagaan kulit yang mungkin ramai tak tahu.
Lumur Tanah Liat Jadi Rahsia Kulit Cantik NATASHA HUDSON Di Usia 40an!
“Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari & tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun adela kat Malaysia ni.
“Saya memang gemar explore benda alami & herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingrediant yg berfungsi. Allah dah tetapkan for us.”
” Kalau dah jumpa jgn lupa cuba dan bawak balik umah okay? Kulit serious lembut dan clear.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di dalam hantaran sama, juga turut menunjukkan cara-cara untuk mengaplikasikan tanah liat tersebut pada bahagian kulit.
Meninjau di ruangan komen, ada antara pengikutnya yang mengakui dan turut mengamalkan seperti mana yang dibuat oleh Natasha. Malah, ada juga yang kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menghargai usaha Natasha untuk menghargai sumber-sumber alam.
8 Khasiat Tanah Liat Buat Kulit
Tanah liat mempunyai pelbagai khasiat untuk kulit dan telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai masalah kulit. Beberapa khasiat lumur tanah liat pada kulit termasuk:
Menyerap Kotoran dan Minyak Berlebihan: Tanah liat mempunyai sifat penyerapan yang baik, membantu menyerap kotoran dan minyak berlebihan dari kulit. Ini dapat membantu membersihkan kulit dan mengurangkan kelebihan kilat.
Mengurangkan Kemerahan dan Pembengkakan: Tanah liat dapat membantu mengurangkan kemerahan dan pembengkakan pada kulit. Ia sering digunakan untuk merawat jerawat dan masalah kulit yang berhubungan dengan keradangan.
Pembersihan Pori-Pori: Tanah liat membantu membersihkan pori-pori kulit dengan menarik keluar kotoran dan toksin. Ini boleh membantu mengurangkan risiko penyumbatan pori-pori dan pembentukan jerawat.
Menyembuhkan Luka dan Gosokan Kulit: Tanah liat juga digunakan untuk membantu menyembuhkan luka minor dan gosokan pada kulit. Ia dapat memberikan perlindungan dan mempercepat proses penyembuhan.
Mengurangkan Gatal-Gatal dan Ruam Kulit: Beberapa jenis tanah liat, seperti tanah liat hijau atau bentonit, dapat membantu mengurangkan gatal-gatal dan ruam pada kulit. Ia memiliki sifat menenangkan dan menyejukkan.
Memberikan Nutrisi kepada Kulit: Tanah liat mengandungi pelbagai mineral dan nutrien yang boleh memberikan manfaat kepada kulit. Ini termasuk mineral seperti magnesium, kalsium, dan kalium.
Mengendurkan dan Mencerahkan Kulit: Penggunaan tanah liat pada kulit juga dikaitkan dengan sifat mengendurkan dan mencerahkan kulit. Ia dapat memberikan tona kulit yang lebih sekata dan kesan menyegarkan.
Mengawal Pengeluaran Minyak: Bagi individu yang mempunyai kulit berminyak, tanah liat dapat membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan, menjadikan kulit lebih kering dan kurang berkilat.
Penting untuk diingat bahawa kesan tanah liat pada setiap individu mungkin berbeza, dan disarankan untuk melakukan ujian kecil pada sebahagian kecil kulit sebelum menggunakannya secara meluas untuk memastikan tiada reaksi alergi atau irritasi. Selain itu, penggunaan tanah liat sebaiknya disesuaikan dengan jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu pembedahan plastik untuk runcingkan wajah ni.
Ramai yang mencari cara untuk mengatasi masalah dagu berlapis kerana ia dianggap sebagai salah satu masalah estetik yang boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang dalam penampilan.
7 teknik mudah yang boleh korang amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sebulan wabak yang dikenal pasti menular dari China pada 31 Disember lalu dipanggil sebagai Coronavirus, kini secara rasminya ia mempunyai nama saintifik.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan nama rasmi yang dipilih ialah Covid-19.
Ia adalah singkatan untuk Co (Corona) Vi (Virus) dan D-19 untuk penyakit.
Nama rasmi itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang rujukan lokasi (Wuhan), spesies haiwan (haiwan liar seperti ular, tikus dan kelawar) atau sekumpulan orang (warganegara China) apabila berita mengenai Covid-19 disiarkan.
Sebelum ini, ramai yang keliru dan menggelar wabak ini sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus orang China’.
Di peringkat dunia pula, ada percanggahan nama yang digunakan sebelum ini. WHO menggelarnya 2019-nCoV manakala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memanggil virus itu sebagai Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)
Jadi selepas ini, semua orang boleh menggunakan satu nama je!
Sementara itu, Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka YAKIN untuk menemui beberapa pilihan vaksin untuk menentang Covid-19 sekaligus mengentikan wabak ini.
Semua pihak harus bersatu untuk menentang virus tersebut. Jika tidak, dunia bakal berhadapan dengan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang.
Sumber: AGENSI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!