Tahniah diucapkan kepada dua buah sekolah di negara kita kerana telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.
Menurut laporan Bernama, Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori ‘Inovasi’ manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’.
Anugerah ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express dan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai sebanyak AS$250,000.
Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Minggu Pendidikan Dunia, iaitu 16 hingga 21 Oktover depan dan bakal menerima AS$50,000.
Untuk info, sekolah yang telah disenarai pendek ini dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan pelajar, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia dan semoga pencapaian ini membakar semangat sekolah-sekolah lain di Malaysia untuk bersaing merebut gelaran tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak petang semalam, tular pelbagai posting di media sosial yang melaporkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Netizen yang berkongsi rakaman kamera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian ngeri tersebut.
Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang dan merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Menerut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, hasil siasatan awal kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.40 petang semalam mendapati pemandu lori berusia 25 tahun tersebut positif dadah.
Hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu lori itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.
Walaupun kemalangan ini mengerikan netizen yang menonton video tersebut namun difahamkan kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Mungkin makanan biasa pada kita dan mungkin murah untuk kita beli. Tapi tidak pada orang yang hidup diuji dengan kesusahan kehidupan. Untuk mencari rezeki bagi menyuap nasi, ia lebih penting berbanding membeli makanan sampingan.
Dalam pada itu, aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi yang giat membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 berkongsi gambar-gambar wajah kegembiraan anak-anak yang dapat menikmati keenakan ayam goreng KFC. Ya ia mungkin makanan biasa bagi kita tapi makanan yang cukup enak bagi mereka yang jarang merasa.
Pandanglah wajah-wajah mereka diuji dengan kesusahan ini. Kadang kita rasa serba serbi tidak cukup tapi ada diuji lebih dari itu. Aktivis ini turut berkongsi kisah anak-anak meluahkan rasa gembira apabila dapat merasa makan ayam KFC.
Baca juga betapa mereka bersyukur apabila dapat menikmati ayam goreng tersebut.
Kes 02281 Tuan selama saya nikah dan ada anak ramai. Saya memang tak pernah beli KFC sebab saya kurang mampu. Kalau anak-anak rasa nak makan KFC, saya beli separuh ayam dan buat sendiri. Jimat sikit, tapi tu laa anak anak nak jugak ayam KFC. KFC mahal tuan. Pendapatan kami sekeluarga tak menentu tuan. Saya harap ada sedikit rezeki buat anak-anak saya tuan. Maaf kan saya sekali lagi tuan.
Tuan saya ucap kan banyak-banyak terima kasih. Anak-anak saya semua gembira tuan sebab sejak saya kawin seingat saya ni yang kedua kali makan KFC. Itu pun adik ipar yang belanja tuan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak tuan. Dan tak lupa buat para penyumbang di luar sana.
Semoga Allah SWT memberi keberkatan nan di murahkan rezeki seluas-luas nya. Dan tak lupa buat Tuan Syed Azmi. Semoga tuan selalu dalam lindungan Allah SWT. Amin3 ya robbal alamin.
Kes 01508 Saya nak mohon. Anak-anak balik-balik minta beli KFC. Saya dari keluarga yang tak mampu. Sebab saya tinggal bersama ibu bapa yang tiada pekerjaan. Saya suri rumah sepenuh masa.
Suami saja yang kerja. Harap gaji suami yang tanggung kami sekeluarga semua. Ibu bapa pun lama dah tak kerja. Anak-anak selalu minta beli KFC tapi saya tak berapa layan permintaan mereka. Sebab di Sabah sekarang banyak tempat zone merah. Kami perlu jimatkan duit untuk belanja makan susu, pampes anak-anak.
Belanja dapur juga kadang tak cukup untuk kami sekeluarga dengan gaji suami RM1200. Mahu bayar bil api air lagi. Semoga ada rezeki anak-anak semoga yang memberi ni di murahkan rezekiNya dan di berikan kesihatan yang baik dan di permudahkan urusan dunia akhirat amin
Kes 92528 Saya memohon kerana anak dah lama tak makan KFC. Nak beli pun kos tinggi sebab ramai di rumah saya tak mampu. KFC memang susah kami nak dapat makan melainkan ada orang sedekah.
Saya layak memohon sebab anak-anak saya ramai dan saya tak mampu nak beli. Lagipun semasa PKP ini pendapatan saya tidak menentu. Ada kerja ada gaji, tak ada kerja tak ada gaji.
Kes 24580 Saya perlukan bantuan sumbangan KFC ini untuk anak-anak. Sebelum ni, kalau ada duit lebih pun, keutamaan kami untuk barang-barang sekolah @ makanan lain yang mengenyangkan seperti roti, biskut.
Juga untuk bahan2 buat kuih seperti donut, popia. Bila buat, dapat dalam kuantiti lebih. Semua anak boleh merasa. Lagipun anak sulung tinggal di asrama, memang kalau boleh biar semua ada anak merasa kalau dapat sumbangan. Nie kebetulan PKPB, jadi semua anak ada di rumah.
Apa pun sentiasalah belajar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan kita peroleh hari ini. Mungkin hari ini kesusahan milik orang lain dan sentiasa ada hati yang besar untuk saling bantu membantu jika kita ada rezeki yang lebih.
Kes 11361 Saya nak mohon kerana anak ada menyebut nak makan KFC tapi belum ada rezeki nak membelinya. Sebab suami baru kehilangan kerja hanya membuat kerja sambilan buat masa sekarang ini.
Duit gaji hanya cukup untuk membeli barang-barang keperluan dan membayar sewa rumah. Peti sejuk pun dah tak beku akibat terkena banjir. Sebelum pandemik covid-19 memang hanya suami yang bekerja seorang cukup untuk menampung kami sekeluarga.
Sekarang suami dah tak ada kerja tetap jadi memang sukar untuk memenuhi apa-apa permintaan anak-anak. Moga ada rezeki anak-anak saya dan semoga dimurahkan lagi rezeki buat penderma. Sumber : FB Syed Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, sebagai penjaga mereka, kita memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka.
Tidak dinafikan kucing menjadi pilihan untuk dipelihara dek kerana kemanjaan serta kecomelannya yang mencuit hati dan terkadang keletahnya menjadi penghibur terutamanya buat pencinta kucing. Malah, kucing bukan sahaja boleh menjadi tempat untuk bermain tetapi ia juga mampu menghilangkan tekanan kepada manusia.
Baru-baru si bulus dari negara Thailand mencuri perhatian dengan memiliki mata kiri yang kelihatan seperti berlian. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @user3026088746242 memuat naik beberapa rakaman video kucing yang mempunyai mata berwarna berlian itu.
Bawa Tuah Kepada Tuannya
Menurut laporan Thaiger, ramai penduduk Thailand percaya bahawa kucing yang mempunyai mata berlian akan menyebabkan berlian-berlian diberikan kepada pemiliknya. Malah, rata-rata warganet yang membanjiri komen di video-video berkenaan dengan berkata si bulus itu akan membawa tuah kepada pemiliknya.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri pada 1 Februari ini daripada nama akaun pengguna TikTok itu dan nombor-nombor yang dikaitkan dengan kucing seperti empat, tujuh dan lapan.
Menderita Hidap Katarak
Walau bagaimanapun, kucing itu sebenarnya menyimpan kisah yang pilu apabila ia dipercayai menghidapi katarak pada mata kirinya. Mata kiri kucing itu berwarna berlian kerana penyakit katarak dan bukannya simbol membawa tuah seperti yang didakwa.
Seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn iaitu Dr. Jessada Denduangboribhand menggesa pemilik kucing itu untuk segera membawa si bulusnya bertemu doktor haiwan sebelum ia menjadi buta.
Dr. Jessada berkata kebutaan itu boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera dalam kemalangan ataupun mengalami kesukaran untuk makan.Hmm…siannya sibulus ni walaupun matanya nampak cantik dan menarik rupanya dia menderita dalam diam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.