Di sebalik kegembiraan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan semalam, terselit satu kisah yang benar-benar menyentuh hati ramai melibatkan seorang pelajar 8A SPM kehilangan ibu dalam tempoh yang sangat singkat.
Seorang pelajar dikenali sebagai Arissa menjadi perhatian netizen bukan sahaja kerana kejayaannya memperoleh 8A, tetapi kerana ujian berat yang terpaksa ditanggung dalam tempoh yang begitu singkat.
Lebih memilukan, Arissa baru sahaja kehilangan ibu tercinta akibat kanser, hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh ibu saudaranya menerusi akaun Threads, jamilahbtismail.ilah. Perkongsian tersebut menceritakan bagaimana perasaan sedih dan gembira bercampur dalam diri Arissa ketika menerima keputusan tersebut.
View on Threads
Dalam video yang tular, Arissa dilihat tidak dapat menahan air mata, dipeluk rakan-rakan dari belakang saat menerima slip keputusan satu momen yang cukup berat untuk dilalui oleh seorang remaja seusianya.
Situasi ini menggambarkan betapa sukarnya menjadi pelajar yang kehilangan ibu dalam waktu yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan.
Ads
Kejayaan Yang Tidak Sempat Dikongsi Bersama Ibu
Apa yang lebih menyentuh perasaan, kejayaan itu datang tanpa sempat dikongsi bersama insan paling penting dalam hidupnya. Ibunya tidak sempat melihat sendiri hasil usaha dan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Bagi seorang pelajar, kejayaan seperti ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi membawa makna yang jauh lebih mendalam. Ia adalah simbol pengorbanan, kasih sayang, dan juga kehilangan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Ads
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 584,000 tontonan di Threads dan dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa daripada netizen.
Ramai yang tersentuh dengan kekuatan Arissa, malah tidak kurang juga yang mendoakan agar dia terus tabah meneruskan kehidupan walaupun tanpa kehadiran seorang ibu di sisi.
Kisah pelajar ini jelas memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Ia bukan sahaja menyentuh emosi, tetapi juga membuka mata ramai tentang realiti kehidupan yang penuh dengan ujian.
Kekuatan yang ditunjukkan Arissa menjadi inspirasi kepada ramai. Dalam usia yang masih muda, dia mampu mengharungi kehilangan besar sambil tetap mencapai kejayaan akademik yang membanggakan.
Ads
Kisah Arissa ini seakan menjadi peringatan bahawa di sebalik setiap kejayaan, ada cerita yang tidak semua orang nampak. Ada yang tersenyum dalam tangisan, ada yang meraikan dalam kehilangan.
Dalam dunia yang sering meraikan angka dan keputusan, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bukan hanya pada keputusan peperiksaan, tetapi pada kemampuan seseorang untuk bangkit walau diuji seberat mana pun dugaan hidup.
Sumber : Threads jamilahbtismail.ilah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai gelaran Jelajah Dunia pertamanya selepas memenangi Terbuka Jerman 2014.
Dalam pusingan akhir yang berlangsung pada Ahad lalu, Eain Yow telah mengalahkan pemain dari Switzerland, Dimitri Steinmann dengan mata 12-10, 11-8, 10-12, 11-3.
Mengalahkan Dimitri dalam masa 66 minit, Eain Yow yang kini berusia 26 tahun sebelum itu terlebih dahulu melalui masa getir berdepan dengan pemain nombor 10 dunia, Joel Makin di pusingan separuh akhir.
Ekoran kejayaannya, Eain yang sebelum ini berada di kedudukan ke-22 telah naik enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-16 terbaik di dunia.
Kredit foto: PSA World Tour
Dalam temubual bersama PSA World Tour, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkongsi tentang pengalamannya mengharungi pertandingan tersebut.
“Saya rasa saya bermain dengan hebat sepanjang minggu jadi saya gembira untuk mengharunginya.
“Perlawanan akhir sentiasa berbeza. Sentiasa ada tekanan tambahan, terdapat orang yang berbeza menghantar mesej sepanjang hari tentang kemenangan saya semalam jadi bagi saya, saya tahu hari ini akan menjadi sukar, terutamanya menentang Dimi
“Dia menyerang dari mana-mana dan dia tidak banyak ketinggalan, jadi saya terpaksa menggali dalam-dalam dan terus berlari, terus mendapatkan semua bola dan berpegang pada pelan permainan dan saya fikir saya melakukannya dengan baik.
“Saya gembira untuk mendapat gelaran minggu ini,” ujar Eain panjang mengulas perihal kemenangannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hangat sebelum ini di media sosial apabila pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di saluran TV3 kelihatan kekok menyiang ikan ketika acara tersebut bersiaran secara langsung.
Sesetengah warganet yang melihat aksi pengacara wanita itu turut membandingkan diri mereka yang lebih mahir menyiang ikan meskipun bergelar seorang lelaki.
Namun ada juga segelintir individu yang berpendapat wanita masih boleh memasak meskipun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta khidmat peniaga untuk menyiang ikan tersebut ketika membelinya di pasar raya.
Setelah video menyiang ikan tersebut tular di media sosial, pengacara wanita WHI tampil memberikan penjelasan mengapa dia tidak mahir melakukan tugasan di dapur tersebut.
Memetik sumber Harian Metro, pengacara WHI bernama Sugeeta Chandran itu berkata dia seorang vegetarian dan jarang menikmati hidangan ikan.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan,” jelasnya.
Lebih lanjut, Sugeeta menjelaskan bahawa program WHI mempuyai segmen di mana para pengacara tidak diberitahu terlebih dahulu cabaran yang akan mereka hadapi dan harus bersedia melakukan apa sahaja yang diberikan oleh pihak produksi.
“Kalau anda pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, wanita yang tidak pandai menyiang ikan tidak bermakna mereka kurang hebat kerana perkara itu boleh dipelajari.
“Saya ada baca beberapa komen kurang menyenangkan apabila ada yang mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami,” komennya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro, WHI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert ‘Rumah Hati’ yang bakal menghimpunkan Fabio Asher dan Nadhif Basalamah di Kuala Lumpur tampil dengan pendekatan yang lebih mendalam dan tersusun, bukan sekadar sebuah persembahan hiburan semata-mata.
Ia dirangka sebagai satu pengalaman muzik yang imersif, menggabungkan dua suara berbeza dalam satu naratif emosi yang mampu menyentuh pelbagai lapisan perasaan penonton.
Satu Rasa, Dua Cerita
Bertunjangkan tema “Satu Rasa, Dua Cerita”, konsert ini mengetengahkan bagaimana emosi yang sama seperti cinta, kerinduan, proses penyembuhan dan pencarian jati diri boleh diterjemahkan melalui perspektif artistik yang berbeza.
Fabio Asher hadir dengan kekuatan vokal yang sarat dengan nuansa melankolik, manakala Nadhif Basalamah pula membawa pendekatan yang lebih puitis dan reflektif. Perbezaan ini bukan sahaja mencipta kontras yang menarik, malah memperkayakan keseluruhan pengalaman persembahan.
Ruang Intim, Dekat Di Hati
Rumah Hati turut dilihat sebagai sebuah ruang yang menghubungkan artis dan penonton melalui bahasa muzik yang universal.
Dengan suasana yang lebih intim dan penuh emosi, konsert ini berusaha mencipta momen yang dekat di hati, memberi peluang kepada penonton untuk menghayati, merenung dan mengaitkan pengalaman peribadi masing-masing dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2026, bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Tiket akan mula dijual pada 1 Mei 2026, jam 3.00 petang menerusi laman web rasmi.
Penonton boleh memilih sama ada kategori berdiri bebas atau tempat duduk bernombor, dengan pelbagai pilihan harga yang disediakan bagi memenuhi keselesaan dan keutamaan masing-masing.
Lebih Daripada Sekadar Konsert
Secara keseluruhannya, “Rumah Hati” bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pengalaman emosi yang dirangka dengan teliti, menggabungkan muzik, penceritaan dan perasaan dalam satu malam yang berpotensi meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang hadir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...