“Perpaduan adalah asas kepada pembangunan sesebuah negara dan umat yang berpecah akan membawa kehancuran..” – Sultan Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa dukacita terhadap budaya warganet di media sosial yang gemar mencetuskan perbalahan malah giat menyokong sebarang muat naik ayat cercaan serta penghinaan orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Budaya ini kebanyakan melibatkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki. Titah baginda, perbuatan ini bukan dikhuatiri akan merosakkan pemikiran generasi muda jika tidak dibendung dengan bijak.
“Sejak kebelakangan ini, kemunculan gejala fitnah dan berita palsu semakin berleluasa telah menyebabkan ketegangan antara kumpulan tertentu dalam masyarakat.
Ads
“Beta tidak mahu gejala seumpama ini terus menular sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kekuatan perpaduan pada masa jangka masa panjang,” tegas baginda.
Tambah baginda, tabiat ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam kalangan warganet ini hanya akan melemahkan sesama kaum Melayu dan mengakibatkan perpecahan yang merugikan bangsa serta agama. Apa yang digalakkan kini adalah bagi kaum Melayu beragama Islam untuk sentiasa merujuk kepada ajaran agama dalam rutin harian kita.
“Beta mahu rakyat di negeri Selangor hidup dalam keadaan selesa, harmoni dan menikmati kekayaan negeri secara adil dan saksama.
“Beta yakin jika orang Melayu bersatu dan bekerjasama dengan erat, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi dan orang Melayu pasti akan mencapai kejayaan semula dan menjadi satu bangsa kuat dan bermaruah,” titah baginda.
Betul tu, tiada kebaikan pun guys sekiranya korang mengapi-apikan keadaan terutamanya di media sosial yang akhirnya boleh mengganggu kesihatan mental sesetengah penggunanya yang terkesan akibat kata-kata korang. Lupakan budaya tidak penting ini dan teruskan bermatlamat demi kepintangan agama, bangsa serta negeri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan tonggak serangan pasukan Jurgen Klopp ini.
Mohamed Salah menjadi topik bualan ramai minggu ini apabila masa depannya di Liverpool menjadi tanda tanya ramai pihak.
Khabarnya, banyak kelab bola sepak yang tampil menawarkan harga pembelian lumayan bagi memilikinya bagi musim hadapan. Mananya tidak, pemain ini telah mencatatkan prestasi memberangsangkan sepanjang beraksi dengan Liverpool.
Sebagai rekod, Salah telah merekodkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Leeds United pada tahun lalu; lantas menjadi pemain keempat merekodkan 100 gol EPL sewaktu bersama Liverpool selepas Robbie Fowler, Michael Owen dan Steven Gerrard.
Manakala dalam sejarah penganjuran EPL, Salah menjadi pemain ke-30 mencecah jumlah 100 jaringan.
Baru kini, khabar angin mengatakan Salah bakal berpindah kelab telahpun secara rasminya dinafikan oleh Liverpool apabila kontrak pemain itu disambung pada hari ini.
The Reds melanjutkan khidmat pemain Mesir ini bersama mereka dengan semangat baharu. Salah bertekad membawa lebih banyak kejuaraan ke Anfield selepas menemui kesepakatan bersama dengan pengurusan kelab kendalian Jurgen Klopp itu.
Berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).
2. Salah dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 100 gol bersama Liverpool.
3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.
“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.
4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam.
5. Salah juga salah seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
Pemain yang lahir pada 15 Jun 1992 di Mesir ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.
6. Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah barat Mesir. Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, dia tetap tidak melupakan tanah airnya dengan kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.
7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Sekali pandang tidak menyangka itu adalah daripada gabungan makanan dan bukan terhasil daripada cat warna yang seperti biasa digunakan pelukis-pelukis lain.
Gadis berusia 25 tahun ini mengunakan waktu kuarantin ketika dunia dilanda musibah pandemik Covid-19 dengan mencuba sesuatu yang baru. Menjadikan bahan-bahan mudah dan ada di depan matanya untuk dijadikan medium utama dalam berkarya.
Memetik laporan Oddditycentral, pelukis wanita berusia 25 tahun itu mula bereksperimen dan menggunakan beberapa jenis makanan yang ada di depan mata dan mudah diperoleh seperti coklat, madu, jem dan jus delima sepanjang tempoh kuarantin baru-baru ini.
“Saya mulai memikirkan tentang apa yang dapat digunakan dan disukai semua orang, dan akhirnya saya merasakan makanan adalah sesuatu yang sangat sesuai memandangkan ia berdekatan dengan kita sepanjang masa.
“Ke mana sahaja saya melangkah, apa yang dilihat hanyalah makanan, jadi saya merasakan ia sangat sesuai dan perlu saya gunakan beberapa bahan daripada makanan yang boleh kita nikmati selepas melukis,” kongsinya.
Memang terbaik dan sangat kreatif! Kombinasi beberapa makanan itu ternyata menghasilkan lukisan yang umphh dan luar biasa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperolehi keputusan PNGK (CGPA) 4.0 setelah keputusan diumumkan semalam. Menariknya, 554 daripada 741 calon itu atau 74.7 peratus merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.
Dalam sidang media yang dikendalikan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly itu, beliau mengumumkan jumlah itu sedikit berkurangan berbanding STPM 2019 sebanyak 61 calon. Pada STPM 2019, seramai 802 calon berjaya memperolehi keputusan PNGK 4.00.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ini masih merupakan satu keputusan memberansangkan memandangkan calon STPM pada tahun lalu terpaksa berdepan cabaran persiapan serta ulang kaji secara atas talian.
Ternyata, wang bukan kayu pengukur kepada kejayaan pelajar. Walaupun mungkin berdepan kepayahan belajar secara atas talian tanpa kelebihan peranti canggih, pelajar B40 masih mampu cemerlang.
Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly.
“Secara keseluruhannya, pencapaian PNGK 3.09 meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020
“Seramai 23 calon memperolehi keputusan 5A dalam kesemua subjek yang diambil, sedikit menurun daripada 42 calon pada STPM 2019. Manakala, calon yang memperolehi PNGK 4.0 dengan mendapat A dalam kesemua 4 atau 5 subjek yang diambil juga menurun dari 802 orang pada tahun 2019 kepada 741 orang pada tahun 2020,” katanya pada sidang media secara maya.
Pencapaian 44,704 orang calon STPM 2020 juga dianggap setara dengan STPM 2019 kerana perbezaan pencapaian PNGK purata amat kecil iaitu hanya 0.01 mata saja.
Bagi yang ingin menerima maklumat lanjut mengenai keputusan STPM 2020, korang boleh layari ke http://stpm.mpm.edu.my/stpmK. Manakala, sijil STPM 2020 pula akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan lagi.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua lepasan STPM 2020!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!