Meskipun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi popular, Aina Abdul nekad menjayakan konsert jelajah pertamanya ‘Aina Abdul Imaji Tour’ di tiga lokasi terpilih Disember ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (31) berkata, segala cabaran yang dihadapi sehingga membuatkan beliau pernah hampir berputus asa, tidak akan mematahkan semangatnya untuk menggapai impian beliau itu.
“Saya tidak sangka akan ‘breakdown’ begini. Apabila sudah bertahun dalam industri, saya perasan dan belajar bahawa bukan mudah untuk membuat konsert di Malaysia, tetapi saya suka membuat persembahan”
“Jadi, saya beritahu pasukan saya, walau apa pun yang terjadi, Aina Abdul Entertainment tetap kekal di sini untuk menjayakan apa yang telah dirancang,” jelasnya dalam nada sebak, pada sidang media konsert jelajahnya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, “Ini juga adalah impian saya kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat persembahan atau konsert mereka sendiri. Jadi, saya juga mahu buat perkara sama demi kepuasan sendiri.”
Menurutnya, konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu juga merupakan sebahagian daripada usahanya memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya ‘Imaji’ yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, demi menjayakan konsert tersebut di setiap lokasi, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 ini juga sanggup mengeluarkan dana sendiri bagi memastikan peminat dapat menikmati persembahan terbaik.
Ads
Walau bagaimanapun penyanyi yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu juga tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu memberi tajaan bagi menjayakan jelajah berkenaan.
Konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour anjuran Aina Abdul Entertainment akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di Universiti Malaysia Sarawak (14 Dis), Zepp Kuala Lumpur (27 Dis) dan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah (11 Jan 2025).
Tiket bagi persembahan di UUM dan Unimas dijual pada harga RM100 hingga RM180, manakala tiket konsert di Zepp Kuala Lumpur berharga RM288 hingga RM6,666. Turut tersedia tiket untuk Orang Kurang Upaya pada harga RM268. Tiket boleh didapati dalam talian di www.ticket2u.com.my bermula semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan prestasi mereka terutamanya peminat nombor satu sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Selepas pilihan keenam kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah Chen Bo-Liu Yi pada Ahad dengan skor 21-19, 21-17 dalam masa 47 minit, Chong Wei menerusi satu kenyataan tidak teragak-agak menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!
“Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda.!
“Cayalah… macam ada level up je!” catatnya menerusi hantaran di Facebook dan Instagram rasmi bekas pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia itu.
Chong Wei juga berharap agar Aaron-Wooi Yik untuk mengekalkan konsistensi dan sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$37,000 atau kira-kira RM164,000 manakala pasangan China itu menerima AS$17,500 (RM77,000) di kedudukan naib juara.
Sekadar info, ini bukanlah kali pertama Aaron-Wooi Yik melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia. Mereka pernah bertarung di aksi final kepada edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina namun kecundang kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Raya Aidilfitri memasuki hari kedua, tetapi ramai yang masih memuat naik gambar dan video dari hari pertama semalam termasuklah golongan selebriti remaja Malaysia.
Menariknya, trend warna popular pada tahun lalu iaitu Green Emerald dan Electric Blue MASIH menjadi pilihan ramai di kalangan mereka. REMAJA ingatkan ramai akan tertarik dengan warna Royal Yellow dan pastel pada tahun ini but boy, aren’t we mistaken?
Ini merupakan 10 stail OOTD Raya pilihan REMAJA, siapa paling wow?
Ismail Izzani
Wani Kayrie
Afieq Shazwan
Andi Bernadee
Sarah Suhairi
Sheryl Shazwanie
Mimi Lana
Ara Johari
Ariff Bahran & Luqman Faiz
Emma Maembong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan penutupan kesemua sekolah bermula Isnin hadapan disebabkan penularan virus COVID-19.
Penutupan tersebut yang memberi kesan kepada kira-kira 13 juta orang pelajar di Jeoun dijangka akan berlanjutan hingga akhir bulan Mac, malah ada yang berkata hingga ke awal April.
Menurut Abe, penutupan bermula Mac ini adalah tempoh yang kritikal untuk mengelak penularan virus menjadi lebih teruk.
Kerajaan Jepun memandang serius aspek kesihatan pelajar di sana memandangkan Jepun dan Korea kini menjadi negara kedua serta ketiga yang mencatatkan kes tertinggi.
Keputusan penutupan ini juga selari dengan China serta Hong Kong yang menutup semua sekolah hingga cuti musim bunga . Bagaimanapun mereka perlu mengikuti kelas secara online di rumah.
Sehingga sekarang lebih 200 orang telah disahkan positif COVID-19 di Jepun
Dan untuk hari kedua berturut-turut, lebih banyak kes yang telah dilaporkan di negara selain China.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.