Siapa sangka, bakat nyanyian yang dimiliki telah berjaya membawa namanya dalam industri seni tanah air.
Sudah pelbagai program realiti nyanyian di televisyen pemilik nama Shazreen Shaharum ini sertai, terbaharu dia telah mencabar diri dalam program Gimme The Mic Malaysia pula.
Nama baiknya telah menyorot di media sosial bukan hanya kerana kehebatan suaranya menerusi rancangan tersebut, namun penampilan digayakan yang dikatakan persis penyanyi terkenal, Aina Abdul itu dilihat amat sesuai dengan dirinya.
Serba boleh dalam membawa pelbagai genre muzik tidak kira lama atau baharu, ini Remaja kongsikan lima fakta mengenai Shazreen Shaharum:
Penyanyi berusia 28 tahun ini merupakan bekas penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Tidak hairanlah berbakat besar, Shazreen ini juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Muzik dan telah berjaya bergelar graduan pada tahun 2022.
Ads
Pernah viral
Shazreen yang lebih mesra di sapa Shaz pernah tular di media sosial sekitar tahun 2022 apabila mendendangkan lagu CINTA nyanyian asal Marsha Milan di istiadat konvokesyen ke -23 UPSI.
Mengenakan jubah konvokesyen ketika persembahkan lagu juara Anugerah Juara Lagu (AJL36) itu di hadapan ribuan graduan, rata-rata menzahirkan rasa kagum dan mendapat pujian melangit dengan kemantapan vokal yang dilontarkan Shazreen.
Personaliti media sosial ini sudah memiliki tiga buah tangan sendiri iaitu Kasih Terlerai, Sia dan Takkan Bahagia.
Menjadikan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya sebagai penyanyi, Shazreen juga pernah menjadi backup vokal untuk penyanyi kesayangan ramai di Anugerah MeleTOP Era (AME2022).
Tercalon
Aktif menghiburkan para pengikut dan peminat dengan siaran langsungnya di aplikasi TikTok, baru-baru ini Shazreen telah tercalon dalam pencalonan Tiktok Live Creator Of The Year, menerusi TikTok Awards Malaysia 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi warganet yang tidak pernah lekang mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, keadaan pelakon naskhah popular Dendam Seorang Isteri itu kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di hospital tersebut.
Menurut laporan Kosmo!, perkhabaran baik itu dikongsikan pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin yang lebih disapa Budak Ijat.
Katanya, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masin belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengarah drama Nur itu turut menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon drama Cina Buta itu selain dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, rakannya yang juga pelakon, Ungku Ismail memaklumkan keadaan Nad Zainal yang masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan Pelakon terkenal Korea Selatan, IU baru-baru ini mendermakan wang sejumlah 100 juta won bersempena Hari Kanak-Kanak Korea.
Melalui aplikasi X, IU atau nama sebenar Lee Ji-eun berharap agar lebih ramai kanak-kanak membesar dengan sihat dan dilimpahkan kasih sayang.
“May all children be loved and grow up healthily. Support for IUEANA this spring.”
Kredit: X IU Official
Sejak menempa nama dalam industri hiburan, IU bukan sahaja terkenal dengan bakatnya.
Malah, dia yang terkenal dengan gelaran Nation’s Little Sister itu juga sangat disegani kerana sifat pemurahnya yang suka menderma kepada golongan yang memerlukan.
Difahamkan, jumlah yang didermakan oleh IU sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan setiap tahun sehingga kini sahaja sudah mencecah lebih kurang 5 billion won!
Selain itu, IU juga sedang aktif dengan konsert jelajah dunia H.E.R. World Tour Concert dan bakal membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 dan 9 Jun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chef selebriti, Datuk Chef Wan hanya mampu ketawa apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Bin Ismail (66), menyatakan bahawa perbandingan tersebut adalah sia-sia dan membuang waktu kerana diri beliau dan Khairul Aming mempunyai latar belakang yang berbeza.
“Mereka tanya saya, apa komen Chef? Atuk orang lama nak masuk zaman purba dah pun. Jadi, buat apa kita nak bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing”
“Apatah lagi nak habiskan semua masa yang positif dan berharga untuk hasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial,” ujarnya.
Menurut Chef Wan, dia juga tidak terkesan jika sumbangannya tidak dihargai oleh masyarakat.
Jelasnya menerusi perkongsian yang sama, “Selepas 34 tahun kerjaya saya di kaca televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak, tak berkudis pun badan saya. Apa pun semua orang ada pendapat masing-masing dan saya hormat itu.”
“Atuk dah pencen nak, sekarang saya selesa dengan keadaan saya dan sedang nikmati hari pencen saya selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar, dan memenatkan”
“Jika orang berjaya, kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau (Khairul Aming) juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah, terima kasih atas komen anda,” tambahnya lagi.
Sebelumnya, terdapat segelintir pihak yang membandigkan pencapaian serta kemahiran masakan Chef Wan dan Khairul Aming. Ia susulan pempengaruh sensasi itu menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada awal September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...