Gaya seorang ratu sehari semestinya menjadi tumpun di hari pernikahannya. Bukan hanya terletak pada pemilihan busana, namun tata rias wajah juga memainkan peranan penting.
Ada yang suka gaya dramatik, ada yang suka gaya manis dan ada yang suka gaya elegan. Terpulang kepada selera pengantin masing-masing.
Baru-baru ini pernikahan bintang popular Malaysia, Janna Nick menjadi perhatian ramai. Majlis yang diadakan secara tertutup di Pulau Langkawi itu diadakan dalam suasana yang penuh ringkas namun tampil mewah dan memukau.
Kredit foto: project2pi
Pastinya penampilan pelakon yang juga seorang penyanyi dan penerbit itu antara yang paling dinanti ramai. Apatah lagi solekan diwajahnya cukup segar dan menyerlahkan seri seorang ratu sehari.
Ads
Rupa-rupanya Janna mendapat sentuhan jurusolek asal Thailand, Babara Beer. Jurusolek terkenal ini bukan calang-calang orangnya, khidmatnya ditagih ramai orang popular, kenamaan dan kerabat Diraja. Bahkan sebelum ini dia pernah merias wajah anakanda Sultan Johor, Yang amat Mulia Tunku Tun Aminah.
Dalam hantaran Instagram jurusolek itu, dia memuat naik sebuah video menampilkan wajah polos Janna sebelum disolek dan seterusnya langkah demi langkah cara solekan sehingga selesai. Bersama hantaran tersebut Babara meletakkan kapseyn berbunyi, “Gorgeous bridal make up tutorial, Janna Nick.”
Ads
Video tutorial itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 141 ribu kali dan menerima lebih 12 ribu tanda suka. Selain daripada Babara yang merias wajah Janna, rambut Janna pula didandan rapi oleh Miedy Daniel dan kedua-dua busana nikah dan resepsi pula direka oleh pereka fesyen terkenal, Wanpa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stunning! Itu ungkapan yang pertama bermain diminda apabila menyaksikan penampilan wakil Malaysia, Taanusiya Chetty ketika beraksi dalam segmen kostum nasional di pertandingan Miss Global 2023.
Jika sebelum ini kebanyakan ratu cantik Malaysia memilih untuk menampilkan kostum yang memaparkan sisi budaya tradisional, namun sebaliknya bagi gadis tinggi lampai ini.
Diberi nama The Queen of Entopia, kostum nasional rekaan Fyza Alexandra itu menampilkan rekaan bertatah penuh manik berkilau lengkap dengan sayap rama-rama Rajah Brooke menghiasi busana itu.
Dalam satu hantaran di Instagram, Taanusiya ada menerangkan makna disebalik kostum nasionalnya itu.
“Kesedaran terhadap budaya membolehkan kita memahami pandangan dunia dan warisan kita. Oleh itu, saya telah memilih tema The Queen of Entopia untuk dipersembahkan kepada Global. Entopia terletak di negeri Pulau Pinang.
“Salah satu spesies yang boleh ditemui di Entopia dikenali sebagai Rajah Brooke’s Birdwing (RBB). Ia adalah rama-rama kebangsaan Malaysia, ditemui di hutan hujan Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak,” kongsinya.
Menurut Taanusiya lagi, Rama-rama Rajah Brooke bukan sekadar rama-rama namun memiliki perlambangan yang jals mewakili sebuah kehidupan manusia.
“Saya memilih Ratu Entopia untuk memahami dan menyerlahkan budaya saya kerana rama-rama melambangkan kebebasan, keindahan duniawi, cinta dan jiwa manusia.” Tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Entopia merupakan salah sebuah ladang rama-rama terbesar di Malaysia dengan menampilkan lebih 15’000 rama-rama serta 200 spesis tumbuh-tumbuhan.
Finale Miss Global 2023 bakal diadakan pada Khamis, 18 Januari 2024 jam 9 malam (waktu Malaysia) dan disiarkan secara langsung di saluran YouTube pertandingan berkenaan.
Sumber & Kredit foto: Instagram Taanusiya Chetty/ Auris Faqrurazzi
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dianjurkan pada tahun 1962 dan kembali diperbaharui pada tahun 2010, Miss Universe Malaysia merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang paling dinanti-nantikan oleh wanita tempatan yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara kita di peringkat antarabangsa.
Tahun 2024 merupakan tahun bersejarah buat Malaysia dan organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) setelah wakil negara, Sandra Lim berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir Top 30 buat kali pertama dalam tempoh 53 tahun.
Miss Universe Malaysia 2024 & wakil Top 30 Miss Universe 2024, Sandra Lim.
Biarpun ramai yang menyambut riang dengan pencapaian tersebut hingga ke hari ini, tidak kurang juga yang terfikir mengenai siapakah wanita seterusnya yang boleh terus memperolehi kedudukan seterusnya buat Malaysia.
Well, fret no more! Dalam sebuah sidang media di ibu kota pada minggu ini, MUMO telah memperkenalkan 16 orang finalis di bawah kelolaan Pengarah Nasional MUMO baharu iaitu Charissa Chong.
Peserta Senior Inginkan Peluang Kedua Untuk Wakil Negara
Tahun ini, 16 jelitawan yang dipilih daripada ratusan permohonan dari seluruh negara menampakkan campuran di antara peserta senior yang mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik dan peserta junior yang baru ingin berkecimpung menerusi pertandingan berprestij ini.
(Dari Kiri): Malveen Kaur & Dr. Ranmeet Jassal.
Antara nama-nama ‘favourites’ yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik lain termasuklah Malveen Kaur (31) yang pernah memenangi gelaran Miss Face of Humanity menerusi pertandingan Ratu Wanita Malaya 2023 dan sebelum itu mewakili negara dalam pertandingan Miss Globe 2021.
Turut hadir pada tahun ini ialah Dr. Ranmeet Jassal (33) yang pernah bergelar naib juara Miss Malaysia World 2016 serta mewakili negara dalam pertandingan Miss Grand International 2016. Menariknya, Dr. Ranmeet merupakan wakil Malaysia pertama yang mendapatkan kedudukan Top 20 buat negara dalam pertandingan tersebut.
(Dari Kiri):Kavita Sanglish dan Elaine Cheah.
Selain itu, kita juga melihat penglibatan Kavita Sanglish (26) yang berpengalaman menyertai pertandingan Pencarian Puteri Malaysia 2023. Peserta dari Kuala Lumpur, Elaine Cheah (24) juga hadir tanpa tangan kosong dengan pengalamannya sebagai finalis Top 15 Miss Malaysia Tourism 2022.
(Dari Kiri):Priyaa Simmi, Tan Su Jie dan Valenice Tiong.
Dengan keterbukaan Miss Universe kini yang membenarkan wanita berkahwin dan para ibu untuk bertanding, Priyaa Simmi (30) mengambil peluang itu untuk sekali lagi berada di pentas ratu cantik setelah penyertaan dua kalinya dalam pertandingan Mrs World.
Dua lagi peserta dengan pengalaman terdahulu dalam dunia ratu cantik ialah Tan Su Jie (25) yang pernah berada dalam kelompok Top 20 Miss Asia 2024 serta Valenice Tiong (36) dalam beberapa pertandingan termasuklah Miss Malaysia Earth 2014 dan Miss Global International Malaysia Sarawak 2012.
Peserta Junior Curi Tumpuan Peminat Ratu Cantik
Biarpun berdepan saingan yang bukan calang-calang, itu tidak bermakna wajah-wajah segar yang terpilih dalam Miss Universe Malaysia 2025 tidak mempunyai peluang untuk merebut mahkota berprestij itu.
(Dari Kiri):Chloe Lim dan Keerthanaah Parthipan.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Chloe Lim (27) yang mempunyai dua kelajyakan sarjana (Masters) dan berpengalaman mengajar anak-anak yatim di Vietnam serta terlibat dalam projek ‘space space for girls’ di Portugal.
REMAJA juga tertarik dengan peserta bernama Keerthanaah Parthipan (25) yang merupakan salah seorang peserta kegemaran ramai dek rupa parasnya yang menawan dan keinginannya untuk mendekati individu-individu yang berdepan isu kesihatan mental.
(Dari Kiri): Chloe Chin, Bhadrani Nagendran dan Priyanka Sockanathan.
Peserta bernama Chloe Chin (24) juga merupakan seorang lagi yang mampu memberi saingan hebat dengan minatnya terhadap bidang-bidang yang didominasi oleh lelaki seperti sukan menembak, perniagaan dan kriminologi.
Bhadrani Nagendran (27) turut tidak ketinggalan untuk menyertai pada tahun ini. Dengan pengalaman menetap di Malaysia, Australia dan UK, kerjaya yang dimilikinya sebagai seorang ‘social worker’ banyak membantu komuniti memerlukan.
Jika korang percaya Miss Universe Malaysia sudah bersedia untuk perubahan signifikan dalam pemilihan wakilnya, korang pasti akan tertarik dengan peserta bernama Priyanka Sockanathan (24) yang memperjuangkan isu ‘body inclusivity’ dalam masyarakat dan di tempat kerja.
*
Dengan tema ‘Redifining Your Journey’, MUMO kali ini mengetengahkan naraif untuk mencari seorang wanita Malaysia yang model merangkumi aspek kecantikan, keanggunan, aspirasi dan jati diri budaya serta semangat untuk mewakili Malaysia di pentas dunia.
Sepanjang tempoh sebulan sebelum malam kemuncak pada bulan September nanti, 16 finalis teerpilih akan terlibat dalam program intensif termasuklah sesi mentor, acara, bengkel khas dan beberapa cabaran yang disediakan oleh MUMO.
Kelak, juara Miss Universe Malaysia 2025 yang akan menggantikan Sandra Lim akan mewakili negara ke pertandingan MiSS Universe edisi ke-74 di Thailand pada 21 November 2025.
IHSAN FOTO: Miss Universe Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!