Jika sebelum ini, penganut Kristian telah dibenarkan untuk mengguna kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama tersebut selain perkataan Baitullah, Kaabah dan solat selepas Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita berbangsa Melanau dari Sarawak.

Rentetan daripada itu, isu ini terus menjadi kontroversi terutamanya dikalangan orang Islam di Malaysia.

Terbaru, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini.

Sultan Selangor Pertahankan Kalimah ALLAH, Larang Sama Sekali Penggunaannya Dalam Kitab Bible
Sumber : Selangor Royal Office

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian baginda bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

IKLAN

Baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor bertitah akan tetap mempertahankan kesucian kalimah Allah, kerana ia menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab baginda seperti dalam firman Allah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah, yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah.

IKLAN

“Beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing, yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.

IKLAN

“Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam,” titah baginda.

Rata-rata warganet dan rakyat jelata menyokong keputusan Sultan Selangor dan mendoakan kesejahteraan Tuanku. Apa-apapun harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : Selangor Royal Office

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI