Filem Mat Kilau kini menjadi filem dengan kutipan terbanyak dalam sejarah perfileman Malaysia apabila berjaya memperoleh RM39.2 juta hanya dalam masa 10 hari tayangan. Diarahkan oleh pengarah prolifik, Syamsul Yusoff, filem yang mengambil inspirasi kisah sejarah perjuangan anak Melayu menentang penjajah ini bukan sahaja menarik perhatian ramai bahkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton.
Menariknya, kehadiran DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin turut diiringi oleh pelakon filem tersebut, Fattah Amin dan isteri, Fazura.
Lakonan Fattah menerusi watak Awang dalam filem ini menuai pujian ramai dek penghayatan yang cukup hebat. Pendek kata, ini antara lakonan terbaik yang pernah dibawakan oleh pemenang Hero Remaja 2011/12 ini. Lagak, permainan mimik muka dan juga kelincahannya di dalam filem cukup mengujakan.
Dalam satu hantaran di Instagram, bapa kepada seorang cahaya mata ini meluah rasa syukur kerana baginda berdua berkenan berangkat menonton filem tersebut. Ujarnya, “Alhamdulillah. Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli, untuk menonton filem Mat Kilau.
“Patik jua menjunjung derma kurnia buku koleksi dan barang titah nasihat Tuanku Sultan, tentang sejarah Melayu khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan dan koleksi peribadi keris nusantara Tuanku. Barang titah nasihat Tuanku, akan patik semat di hati dan dijunjung selamanya. Patik dan isteri, sekali lagi menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.”
DYMM Sultan Selangor pula bertitah dalam satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office, “Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.
Ads
Beta menggalakan masyarakat Negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem ini agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamaddun dan Negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.”
Selain itu baginda juga turut menyentuh mengenai ketidakstabilan politik di Malaysia terutamanya dalam kalangan ahli politik Melayu, titah baginda, “Beta memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Negara kita.
Ads
“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran Negara. Walaubagaimana pun Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini.”
Semoga dengan sokongan yang diberikan oleh baginda terhadap filem Mat Kilau menjadi satu titik tolak kepada kejayaan yang lebih panjang dalam penghasilan filem-filem bermutu tinggi hasil anak tempatan pada masa akan datang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.
REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru minggu kedua membuat persembahan, barisan bintang AF Megastar sudah pun mula tunjuk taring.
Finalis Hero Remaja turut berkesempatan menyaksikan konsert tersebut secara langsung di Royal Theatre Shah Alam dan sorakan yang diberikan memang ‘gila’. Tak sangka pula rupa-rupanya ada di antara mereka ni yang memang layan Akademi Fantasia.
Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah bintang AF pilihan hero korang ni kan? Jom kita tengok siapa pilihan mereka.
1. Aiman Rahman
Bagi Aiman, performance bintang AF yang menyerlah pada konsert kedua ini ialah Shahir dengan lagu Jampi. Genre yang berbeza, persembahan kreatif dan outfit yang sangat kena dengan tajuk lagu.
2. Aiman Zaim
Aiman suka Sufi sebab originality dia membawa lagu itu dengan gaya tersendiri.Memang superb!
3. Alif Muhaimin
Alif suka Syamel!!! Sebab Syamel live up to his name, dia power! Suara best dan dia menyanyikan lagu favourite saya. Lagu yang sangat kena dengan tema.
4. Ashraff Moghni
Shahir paling best sebab dia menjiwai watak. Rockstar bila buat performance memang kena kena menjiwai lagu. So, bagi saya dia berjaya bawa lagu tu dengan overall performance yang meletop.
5. Aziq Mukhriz
Pilihan saya adalah Bob dan Syamel sebab vocal mereka memang power teruk!
6. Ezmir Sadriq
Ofcourse Shahir kerana karakternya di pentas sangat mengagumkan. Pujian juga harus diberi pada susunan muzik dan costume dia malam tu.
7. Harris Annuar
Saya suka gaya suara Syamel yang memang dah seakan penyanyi rock!
8. Ikmal Amry
Indah sebab dia memang Indah. Hehe.. Dia menyanyikan lagu favourite saya dengan baik dan rock gila! Meremang bulu roma.
9. Ilham Anuar
Bukan saja cantik, persembahan Marsha pun memang mantap. Suara dengan gaya memukau tu berjaya buat saya terhibur.
10. Irfan Akmal
Saya suka Sufi sebab suara dia memang power. Bila part tarik tu perghh.. Memang boleh layan la. Terbaik!
11. Nabil Aqil
Nabil suka Syamel sebab lagu dia memang betul-betul rock dan sangat menjiwai nyanyian.
12. Farhan Asri
Farhan suka Idayu sebab dia sangat bertenaga. Walaupun lagu asal yang dia nyanyi tu sedih, tapi dia berjaya membawanya dengan tema rock. Biarpun tanpa sebarang prop di atas pentas, dia berjaya buat penonton terpukau dengan persembahannya.
13. Rayyan Erwazri
Definitely, Marsha. Yeah!
14. Razman Mahayuddin
Amir Jahari. Dia berani mencuba sesuatu yang baru dengan menggabungkan elemen tradisional dalam genre rock. Cukup kreatif dan luar biasa.
15. Safwan Nazri
Saya paling suka Bob sebab cara dia sampaikan lagu tu memang power dan suaranya sangat jelas. Syabas Bob!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman, terkejut sekali gus menafikan dakwaan dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan cucu seorang kenamaan.
Menurut juara Hero Remaja 2021 itu, pdia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
“Saya betul-betul tidak pasti dan terkejut dengan dakwaan itu. Saya berkawan dengan semua orang tapi tidak pernah pula selidik mereka anak sesiapa.
“Saya sangat berbesar hati untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja. Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang. Kita buat baik untuk dibalas baik,” katanya.
Mierul ditemui Remaja di lokasi penggambaran drama bersiri Project: Exit, di Rimba Ilmu, Universiti Malaya, hari ini.
Tegas anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, dia masih solo dan akan berkongsi kepada umum sekiranya sudah berpunya.
“Jujur saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa. Tak tahulah jika ada yang terluka dengan kenyataan ini. Sekarang saya hanya fokus kepada skrip, kerjaya, adik-adik dan ibu ayah.
“Saya tiada rahsiakan apa-apa. Kalau ada rezeki atau jodoh sampai awal, saya akan kongsikan,” katanya yang kali terakhir bercinta adalah ketika di bangku sekolah.
Sebelum ini, timbul desas desus dalam kalangan penggiat industri bahawa Mierul sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang gadis yang juga merupakan cucu kepada seorang VVIP.
Dalam perkembangan lain, Mierul bakal tampil menerusi drama terbitan Astro Shaw, Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.
Drama enam episod ini turut dijayakan oleh pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Kimberly Chuah dan Nabila Huda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.