Disember 2020 nampaknya menjadi bulan istimewa bagi kebanyakan pasangan selebriti mengikat tali perkahwinan bersama pasangan pilihan masing-masing.
Jika pada 19 Disember lalu, pelakon dan finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telahpun diijab kabulkan bersama Najla Samshul seterusnya melangsungkan majlis resepsi pada sebelah malamnya pula.
Minggu ini, tiba giliran seorang lagi pelakon lelaki muda untuk menamatkan zaman bujangnya.
Siapakah gerangannya?
Tentulah pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken yang selamat menikahi pasangannya, Canti Tachril.
Pada usia 29 tahun, Adipati melangkah ke fasa seterusnya itu di Pulau Belitung lebih awal pada hari Jumaat lalu. Keesokan harinya, mereka melangsungkan acara makan malam bersama.
Pemilihan Belitung sebagai lokasi adalah disebabkan keinginan pasangan itu untuk menikah berdekatan dengan kawasan pantai. Lokasi seperti Bali dan Lombok pula dilihat sudah terlalu biasa digunakan oleh pasangan lain sebelum ini.
Malang sekali, ayah, ibu dan kakak Adipati tidak dapat sama-sama berada di majlis tersebut. Kakaknya sedang menetap di Washington DC, Amerika Syarikat. Ibunya pula berada di Jerman pada masa ini manakala ayahnya berada di luar kawasan dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
Katanya dalam sebuah temuramah bersama 20 Detik, ibunya benar-benar ingin hadir dan telahpun membeli tiket pulang. Malah, baju buat ibunya itu juga telah disediakan.
Bagaimanapun, situasi lockdown yang masih dilaksanakan di Jerman dan beliau terpaksa ‘refund’ tiket yang telah dibeli. Apapun, keluarga Adipati tetap menyokong keputusannya itu dan sempat menyaksikan upacara perkahwinan mereka menerusi group call.
“Ketidakhadiran mereka tidak terlalu menjadi masalah yang besar kerana mereka pasti mendoakan saya dengan kondisi yang sangat baik juga.”
Adipati cuba untuk tidak memberikan sebarang komen setelah video dan foto pernikahan dan resepsi mereka tersebar meluas di media sosial pengguna dari Indonesia.
Apa yang hangat diperkatakan oleh orang ramai adalah permintaan keluarga Canti yang berharap agar Adipati ‘memperbaiki’ pegangannya kepada agama Islam. Ini kerana mertua Adipati itu menerapkan pegangan agama yang kuat kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Jelas Adipati, “Yang pasti memang bapanya secara khusus meminta saya untuk mampu mengimamkan Canti dengan baik. Jujur agama saya kurang baik apabila saya hidup bersendirian selama ini. Saya telah belajar untuk menjadi imam yang lebih baik. Syarat keluarganya itu telah saya terima dan itu adalah yang terbaik untuk kami berdua.”
Buat masa ini, mereka menunda dahulu perancangan berbulan madu kerana situasi pandemik di sana yang tidak stabil. Oleh itu, mereka sedang menghabiskan masa romantik di Belitung saja.
Sumber Foto: Instagram @adipati
Untuk pengetahuan, Canti merupakan anak perempuan kepada ‘bos besar’ di syarikat pemaju PT Plaza Indonesia Realty, Mohamad Tachril Sapi’ie.
Manakala Canti sendiri merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi di Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis (dan ramai lagi peminat) masih belum dapat menghadam realiti bahawa Justin Bieber telah mengahwini Hailey Baldwin. Kini Selena Gomez pula yang mengejutkan semua orang dengan berita khabarnya akan berkahwin? OH NO!
Pada hujung minggu lalu, Selena Gomez telah melakukan kemunculan yang tak disangka-sangka di karpet merah Festival Filem Cannes 2019 di Perancis. Ia bersempana siri promosi filem terbaru lakonannya, The Dead Don’t Die bersama barisan pelakon lain. Antaranya termasuklah Bill Murray, 68.
Seperti selebriti lain, Selena teruja untuk mengumumkan comeback-nya dalam bidang lakonan (dan di karpet merah) menerusi akaun Instagramnya. Normal ~
Apa yang tidak normal adalah apa yang dikongsikan oleh Selena dalam ruangan caption.
“Kali pertama saya di Cannes! Saya amat terharu untuk terlibat dalam filem ini bersama Jim dan pelakon lain. By the way, Bill Mirray dan saya akan berkahwin tak lama lagi.”
Err, what?
Peminat Selena (atau Selenators) pantas mendebatkan sama ada Selena hanya main-main atau sememangnya serius untuk berkahwin dengan aktor berusia 68 tahun itu!
Mengikut standard Hollywood sekarang, tak ada apa-apa berita yang boleh mengejutkan REMAJA lagi.
Reaksi Selenators amat mencuit hati apabila ada yang beranggapan bekas kekasih/skandal Selena seperti Justin Bieber, Charlie Puth, The Weeknd dan 8 lagi selebriti lain akan kecewa (malah marah) dengan berita ini.
Seorang lagi peminat mengambil berita ini secara serius dan merayu agar Selena memikirkan semula rancangan untuk mengahwini lelaki tua.
Relaks…
Buat masa ini, wakil publisiti Selena masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Jadi ia hanyalah khabar angin dan mungkin Selena yang mencuit peminatnya.
Apapun, penulis tak sabar untuk menantikan filem ini muncul di Malaysia. Malah, Selena khabarnya juga akan membintangi sebuah filem arahan Woody Allen berjudul A Rainy Day in New York bersama pelakon berbakat, Timothee Chalamet dan Elle Fanning.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
22 Julai lalu, genaplah usia Selena Gomez yang menginjak 26 tahun.
Sambil meraikan hari jadinya itu bersama kenalan rapat, ada laporan terdekat yang juga berkata Selena turut mengharapkan satu perkara ini untuk datang daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Menurut Hollywood Life, Selena ingin Justin memberinya ketenangan total apabila secara rasminya kini, tiada lagi ikatan yang wujud di antara mereka berdua. Justin telahpun bertunang dengan sosialit dan model, Hailey Baldwin manakala Selena pula sudah sekian lama move on daripada episod cinta mereka dahulu.
“Selena kini berada dalam kondisi yang cukup baik dan positif. Dia telahpun benar-benar melupakan Justin. Dan disebabkan itulah, dia berharap agar Justin tidak lagi muncul dengan kiriman bunga, hadiah, menelefon lewat malam ataupun mengirimkan mesej telefon,” kata sumber terdekat itu.
Harapan Selena ini bukanlah tindakan selfish seperti yang dipersoalkan oleh netizen media sosial. Mereka berkata Selena tak seharusnya membuang hubungan baik sebagai kawan dengan Justin.
TETAPI buat Selena, sebolehnya dia ingin menghormati Hailey Baldwin. Dia juga tak mahu memburukkan keadaan sehingga menjadi awkward di antara mereka bertiga. Sebab itulah, Selena berharap Justin tidak akan menghubunginya sempena hari jadi ke-26 tahun ini.
Selepas melalui detik sukar, rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilihat kembali pulih apabila dia memuat naik momen mesra bersama isteri tercinta, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka, Khalish Aryan di media sosial.
Menerusi InstaStory, Faisal berkongsi foto memeluk erat isteri dan anak dengan latar lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik, lengkap dengan kapsyen ringkas berbunyi
“Alhamdulillah.”
Lebih manis, Nur Syazwani turut memuat naik semula foto sama sambil meluahkan rasa syukur.
“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
“Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.
Faisal
Sebelum ini, Nur Syazwani difahamkan memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Perkara tersebut turut disahkan peguamnya, Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan tarikh sebutan semula kes perceraian ditetapkan pada 16 Oktober depan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!