Pada satu ketika dahulu, majlis perkahwinan (pada waktu tersebut) pemain bola England, David Beckham dan ahli kumpulan Spice Girls, Victoria ‘Posh’ Adams pernah menjadi tajuk berita paling sensasi di dada akhbar seluruh dunia apabila mereka memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan.
Ia menjadi ikutan peminat sukan bola sepak dan peminat dunia hiburan pop sehinggakan ramai ternanti-nanti untuk melihat foto-foto eksklusif majlis mereka.
Lalu, David dan Victoria telah menandatangani perjanjian bersama majalah OK! pada waktu itu untuk menjadi penghias muka hadapannya. Disebabkan dunia internet baru ingin berkembang pada tahun 1999, foto-foto masih tersimpan kemas dalam simpanan pasangan itu dan ia dipertontonkan dalam sisipan isu OK!.
Majalah OK! yang mendapat hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan David Beckham dan Victoria Beckham. Foto : OK!
Kini setelah 23 tahun, anak sulung mereka Brooklyn Beckham; 23 yang baru saja mengucapkan “I do” kepada isterinya, Nicola Peltz; 27 Sabtu lalu telah mengikut jejak langkah ibu bapanya dan meneruskan tradisi menjual hak penyiaran eksklusif foto-foto perkahwinan mereka kepada media.
Pasangan yang berkahwin di West Palm, Florida itu disahkan telah menandatangani perjanjian bersama majalah VOGUE (the VOGUE) Amerika Syarikat untuk muncul sebagai penghias wajah hadapannya bagi isu Jun 2022. Mereka juga akan berkongsi foto-foto rasmi daripada majlis mereka menerusi sisipan istimewa dalam edisi tersebut.
Setakat pagi ini, dua keping foto rasmi telahpun dikongsi di media sosial Brooklyn, Nicola, majalah Vogue AS dan majalah British Vogue.
TBH, REMAJA tidak terkejut sekiranya Brooklyn dan Nicola akan muncul dalam majalah British Vogue yang berada di bawah ‘bumbung’ syarikat penerbitan sama.
Disebabkan perjanjian dengan majalah Vogue ini, 300 orang tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka telah diminta untuk mengikut syarat ketat dan tidak dibenarkan membawa masuk telefon pintar mereka.
Begitupun, teman wanita Romeo Beckham iaitu Mia Regan nampaknya ‘melanggar’ peraturan itu; as expected from the little rebel.
Mia didapati memuat naik foto ini ke Instagram Story miliknya. Ia menunjukkan separuh pakaian yang disarungkannya dan Romeo ke majlis raptai pada hari Jumaat.
Ads
Romeo Beckham dan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Mia Reegan. (Kanan) Tangkap layar ‘OOTD’ mereka berdua sewaktu menghadiri majlis raptai, Jumaat lalu.
Anyway, keluarga Beckham dan Peltz nampaknya benar-benar serius mengenai perjanjian ini. Cermin kereta rasmi yang membawa masuk pasangan pengantin, ahli keluarga serta rakan mereka turut digelapkan agar paparazi tidak boleh ‘curi-curi’ mengambil foto mereka.
Adakah ini ‘Wedding of the Year’ bagi tahun 2022? Kita kenalah nantikan isu Jun 2022 majalah Vogue nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah cuba mengelak soalan wartawan, spekulasi membabitkan rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila beliau dilaporkan memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven Binti Eddy Verhoeven.
Memetik laporan CNN Indonesia, Baim, 43 dilaporkan membuat permohonan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin melalui sistem Informasi Penelusuran Perkara (SIPP) PA Jaksel. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.
Terdahulu, Baim menerusi satu rakaman podcast mengaku dirinya dan isteri sama seperti pasangan lain yang melalui fasa pasang surut dalam perhubungan.
Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim bin Johny Djaelani, bagaimanapun hanya meminta peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka dan enggan mengulas lanjut mengenai status perkahwinannya.
Gosip perpisahan terus bertiup kencang apabila Paula yang telah berhijrah ke imej berhijab dilihat menunaikan ibadah umrah di tanah suci tanpa kehadiran Baim di sisinya.
Khabarnya, Paula meneruskan perjalanan ke sana biarpun tidak meminta izin daripada suaminya.
Baim pula dilihat lebih memberi fokus kepada kerjaya, tambahan pula dengan pelancaran filem bergenre seram, Lembayung arahannya yang turut menampilkan pelakon dari Malaysia, Anna Jobling.
Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu Kiano Tuger Wong,3 dan Kenzo Eldrago Wong, 2.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aduhai. Lelaki ini sebenarnya agak jarang merajuk. Tapi bila merajuk boleh tahan muncung juga mulutnya.
Korang sebagai girlfriend mesti tergaru-garu kepala memikirkan bagaimana untuk memujuk dan hiburkan hati si dia.
Mengapa? Sebab nak hadap boyfriend merajuk ini adalah antara perkara yang tak seronok. Begitu juga jika mereka berdepan masalah, pastinya ia turut memberi kesan kepada korang, bukan?
Jadi korang sebagai orang paling disayanginya perlu lakukan sesuatu. So, apakah cara mudah serta kreatif untuk gembirakan buah hati kamu ketika mereka bersedih?
TULIS NOTA KECIL
Selitkan nota kecil di tempat rahsia yang mudah untuk dia temui. Sebagai contoh tampalkan di atas dashboard kereta atau selit di dalam buku yang dibacanya sekarang. Kadang-kadang that little things yang kamu buat sangat bermakna buat dia.
RESTORAN KEGEMARAN
Kenyang perut suka hati! Percayalah makanan boleh menjadi terapi sedih yang cukup efisyen. Dia gemar piza? Bawa dia ke restoran dan makan bersama-sama sambil berkongsi cerita.
Bila dia down kamu juga boleh bawa dia untuk menonton wayang. Sekurang-kurangnya kamu boleh membantunya ke ‘dunia’ lain buat seletika. Dan ingat pilih genre filem yang dia minati sahaja!
HANTAR VIDEO/GIF LUCU
Untuk kamu yang berjauhan, cara paling senang untuk buat dia ketawa adalah dengan share video lucu yang diminatinya. Contohnya dia suka dengan kucing. Kamu carilah video atau gif kucing yang lucu dan hantarkan kepada dia.
PERKARA KAMU SUKA
Kadang-kadang seorang yang sedang bersedih mahu mendengar perkara-perkara positif yang ada pada mereka. Contoh kamu boleh senaraikan 10 perkara kenapa kamu suka dia. Ini boleh menceriakan dan membantu menambah keyakinan dirinya.
MASAK MAKANAN KEGEMARANNYA
Mood dia sekarang sedih dan enggan keluar rumah. Apa yang kamu boleh buat? Masak makanan kegemarannya dan beri kejutan dengan menghantarnya ke rumah dia.
TRIP MENGEJUT
Kamu faham akan perangainya. Kalau bersedih dia mahu ‘lari’ seketika daripada semua masalah yang dihadapi. Bawa dia untuk trip mengejut contohnya pergi ke pantai atau pun destinasi yang belum pernah kamu berdua kunjungi. Pada masa sama kamu boleh kongsi dan beri nasihat kepadanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial sekeping foto yang memaparkan sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dengan pasangannya, Evanoza Zakaria dalam persalinan akad nikah.
Justeru, warganet mula berteka-teki sekiranya mereka telahpun menamatkan zaman bujang biarpun sebelum ini merancang majlis akad nikah untuk berlangsung serentak dengan majlis resepsi pada Disember nanti.
Azwan, 30 ketika dihubungi oleh rakan media pada hari ini mengesahkan mereka telahpun bergelar suami isteri sejak 14 Oktobr lalu. Sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat sahaja, mereka telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh, Melaka.
Mengulas mengenai keputusan untuk mempercepatkan majlis akad nikad kira-kira sebulan lebih awal, Azwan menjelaskan bahawa keputusan itu dilakukan untuk mengelakkan fitnah terhadap dia dan isteri.
“Kami banyak menjalankan misi kemanusiaan bersama-sama. Jadi kita percepatkan dengan cara lebih mudah.
“Saya dan pasangan juga belum menetapkan tarikh resepsi persandingan kerana khuatir bencana banjir yang dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut ini,” katanya.
Sementara itu, perkhabaran gembira ini telah dirahsiakan seminggu lamanya atas sebab terdapat beberapa urusan penting yang perlu mereka selesaikan.
Tanpa niat untuk merahsiakannya, Azwan berkata mereka sebenarnya menunggu waktu yang sesuai untuk kongsikannya. “Saya tidak tahu macam mana berita ini bocor. Ramai hantar DM (direct message) kepada saya, tanya betul ke sudah kahwin. Jadi selepas berbincang dengan isteri, itu yang saya buat Facebook Live,” jelasnya.
Pasangan itu yang kini akan fokus kepada misi bantuan kemanusiaan juga sedang berkira-kira untuk mengajak orang ramai ke majlis resepsi kelak bergantung kepada kesesuaian bajet serta saiz dewan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!