Sejak akhir Oktober lalu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga ahli kumpulan Big Bang, Taeyang dan isterinya, Min Hyo Rin yang bertebaran.
Ini setelah Taeyang, 34 memadamkan atau menyembunyikan semua hantarannya di akaun Instagram pada 26 Oktober lalu tanpa sebarang sebab serta menukar foto profilnya menjadi hitam. Ia mencetuskan tanda tanya kerana Taeyang merupakan salah seorang idola K-pop yang rajin berinteraksi dengan peminat menerusi media sosial.
Lebih menghangatkan situasi adalah apabila teman Big Bang-nya, G-Dragon juga dilihat tidak lagi berkawan dengan Hyo Rin di Instagram biarpun mereka bertiga berkawan akrab sebelum ini di luar.
Cuma, spekulasi kedua itu tidaklah kukuh mana memandangkan G-Dragon mempunyai akaun Instagram peribadinya yang hanya dikongsikan kepada keluarga dan teman rapat.
Setelah tujuh minggu tanpa khabar di Instagram, akhirnya Hyo Rin pada hujung minggu lalu telahpun ‘membuka mulut’ mengenai perkembangan terbarunya.
Ads
Menerusi tiga hantaran swafoto baharunya, pelakon drama Persevere, Goo Hae Ra itu tampil anggun dan comel dalam beberapa busana di lokasi berbeza.
Ia termasuklah foto Hyo Rin dalam gaun kuning, jaket berwarna putih dan seluar jingga terang. Hantaran terbaru secara bersiri ini sekaligus menepis sebarang dakwaan kononnya Hyo Rin sedang bersedih.
Begitupun, foto bersiri ini masih tidak menjawab persoalan sama ada rumah tangganya dengan Taeyang benar-benar sedang bergoncang.
Ads
Terdahulu, pasangan tersebut bertemu untuk kali pertama sewaktu penggambaran video muzik 1AM oleh Big Bang dan langsung menjalinkan perhubungan secara low profile sehinggalah detik majlis perkahwinan pada Februari 2018. Mereka dikurniakan seorang putera sulung pada 6 Disember 2021.
Sejak hubungan mereka diketahui oleh umum, ramai peminat tampil mengidolakan mereka sebagai pasangan serasi. Sekiranya benar hubungan mereka sedang berentakan, tentunya ramai yang akan bersedih dengan perkhabaran ini.
Ads
Gosip hubungan Taeyang dan Hyo Rin ini juga sedikit sebanyak mencemaskan peminat Big Bang memandangkan grup itu sedang dalam proses melancarkan album terbaru berjudul Spring Summer Autum Winter pada bulan April 2023.
Adakah isu perhubungan akan menganggu jadual pelancaran tersebut?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita semua pernah melalui kedukaan dalam kehidupan. Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
1. “Putus cinta bukan bermaksud gagal dalam kehidupan”
Betul tu! Setiap dari kita ada banyak masa untuk explore benda baru. Jangan jadikan cinta yang tak kesampaian itu satu titik pengakhiran dalam kehidupan. BIG NO!
2. “Aku cantik/kacak, berpelajaran tinggi, ada lagi yang lebih baik dari si dia. Chill je.”
Terapkan positive vibe dalam diri kamu. Sekali sekala bangga diri tu tak salah, cuma jangan keterlaluan sangatlah. Cukup untuk menghilangkan rasa murung.
3. “Ada berjuta manusia di atas dunia ni, keep searching“
Yup! Keep searching. Banyak contoh yang boleh kamu jadikan panduan. Contohnya pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra. Siapa sangka warganegara India akan bertemu jodoh dengan mat salleh. Begitu juga dengan pasangan Prince Harry dan Meghan Markle. Mungkin kamu ada peluang untuk berkahwin dengan anak raja? Positive!
4. “Single pun okay what?!”
Jangan hanya menganggap orang yang bercinta sahaja boleh bahagia. Single pun bahagia juga.
5. “Don’t give up!“
Kerana satu percintaan tidak berjaya tak bermakna masa depan cinta kamu malap selamanya. Sentiasa buka ruang untuk menerima cinta baru.
6. “Kesedihan tu Allah bagi…”
Semua yang kamu hadapi ketika ini adalah ujian daripadaNya. Perasaan gembira dan sedih itu juga datang daripadaNya. Jadi, tidak salah untuk anda berasa sedih untuk seketika. Jangan pura-pura happy, jadi diri sendiri. Dengan IzinNya, perasaan sedih itu akan berlalu pergi dengan sendirinya, dan digantikan dengan perasaan gembira.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang boleh terlihat sebagai seorang yang sangat menggerunkan juga.
Namun, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi.
Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Hehe
Kami nak kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Korang yang laki-laki tu take note okay?
Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.
Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.
Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..
Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.
Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.
Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.
Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.
Air mata adalah senjata utama perempuan.
Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!
Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berkaliber, Syafiq Kyle mendedahkan dia dan cinta hatinya yang juga aktres jelita, Mimi Lana dijangka bakal mendirikan rumah tangga selepas perayaan Aidilfitri tahun ini.
Memohon doa yang baik-baik, naib juara Hero Remaja 2011/2012 memaklumkan dirinya kini hanya menantikan hari bahagia mereka tiba memandangkan segala persiapan sudah hampir siap dilakukan.
“Doakan saya. Insya-Allah selepas Aidilfitri. Kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.
“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” kata Syafiq.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon filem Pusaka itu turut menyatakan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.
“Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.”
“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.
“Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” ujar Syafiq lagi.
Terdahulu pada 21 Januari 2023, Syafiq bersama keluarganya telah merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman dramatis itu.
Pasangan itu mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019. Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemain bola sepak Selangor, Faisal Abdul Halim baru-baru ini menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) bersempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor...