Sikap cuai seorang pemandu kenderaan yang membuat pusingan u jam 2.30 pagi di Jalan Maarof, Bangsar nyata membawa padah kepada  bekas atlet bola baling negeri Selangor apabila dia tidak sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya.

Akibat kemalangan itu, Shahfirul Mohd Hanafi, 19 terlambung sebelum tubuhnya terhempas ke jalan raya dalam kemalangan 10 November lalu. Kecederaan dialami atlet yang pernah aktif dalam kawad kaki ini  agak parah. Tulang belakangnya patah kepada beberapa bahagian, paru-parunya bocor selain rusuknya retak.

Shahfirul dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Damansara ke  Pantai Dalam selepas habis waktu bekerja pada jam 2.00 pagi. Dia yang  bekerja menjaga parking kenderaan sejak lapan bulan lalu kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Jumaat lalu.

Disebabkan Kecuaian Pemandu Lain, Bekas Atlet Remaja Perlukan RM14,000 Untuk Jalani Pembedahan Tulang Belakang
Shahfirul perlukan RM14,000 dalam masa dua hari ini untuk jalani pembedahan masukkan besi di tulang belakangnya

Akibat kecuaian orang juga, bekas pelajar di SMK Seri Pantai Kuala Lumpur ini memerlukan bantuan kewangan segera  sebanyak RM14,000 bagi membolehkan dia menjalani pembedahan memasang besi di tulang belakangnya untuk berjalan semula.

IKLAN

Namun sejak kemalangan menimpa, keluarga ini belum mampu menyediakan wang seperti diminta oleh pihak hospital kerana kesempitan kewangan. Bapanya, Mohd Hanafi Othman, 50 sudah tidak mampu bekerja lagi sejak dua tahun lalu selepas diserang strok sebelah tubuh kiri. Sebelum ini, bapanya berjualan secara kecil-kecilan. Ibu remaja ini pula bekerja  sebagai pembantu di sebuah hospital  dan ini menyukarkan keluarga remaja ini mengumpul wang sesegera mungkin.

Pembedahan dijangka dilakukan dalam minggu ini, dijangka Rabu akan datang. Namun keluarga ini masih buntu di mana mahu mencari wang sebanyak itu dalam masa terdekat.

IKLAN

Majalah Remaja Online turut menghubungi bapa Shahfirul. Dia memaklumkan, buat masa ini anaknya sudah sedar dari koma. Paru-parunya yang bocor sudah mampu mengeluarkan darah beku yang terkumpul selepas satu tebukan dilakukan.

Disebabkan Kecuaian Pemandu Lain, Bekas Atlet Remaja Perlukan RM14,000 Untuk Jalani Pembedahan Tulang Belakang
Hanafi lumpuh sebelah badan sejak dua tahun lalu dan tidak lagi mampu bekerja

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM14,000 dalam masa dua hari ini. Doktor  sudah memaklumkan kos memasang besi pada tulang belakang RM13,500. Kos ini dijangka akan bertambah dari masa ke semasa. Buat masa ini RM14,000 sangat diperlukan kerana pemasangan besi ini perlu dibayar terlebih dahulu.

 

“Kalau lebih lama kami perlu mengumpul wang, dikhuatiri keadaan anak boleh jadi lebih teruk. Dia satu-satunya anak lelaki kami. Yang lainnya perempuan. Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membantu meringankan bebanan keluarga kami,” katanya.

Memandangkan pelajar ini merupakan bekas pelajar SMK Seri Pantai, satu kutipan melibatkan pelajar dan guru telah diadakan oleh pihak sekolah. Diketuai oleh PK Tadbir Dan Kurikulum, Cikgu Mohd Solahuddin Harun telah menyampaikan sumbangan  sebanyak RM800 semasa ziarah di hospital tengahari tadi.

IKLAN
Disebabkan Kecuaian Pemandu Lain, Bekas Atlet Remaja Perlukan RM14,000 Untuk Jalani Pembedahan Tulang Belakang
Sumbangan dari pihak sekolah untuk bekas pelajar ini
Bagi rakyat Malaysia yang prihatin, jom bantu ringankan beban bekas atlet  ini. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun ayahnya, Mohd Hanafi Othman di akaun CIMB 7065806659 atau ibunya, Rohana binti Man di akaun Maybank 1142-5417-6328.

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI