Begitulah kehidupan dalam zaman bermedia sosial di alam maya ini. Jika dilayari dengan positif, pasti banyak kebaikannya tapi jika sebaliknya…huhu
Penggunaan laman media sosial yang semakin menjadi perkara normal juga membuatkan diri kita mudah diintip. Apakah yang perlu kamu lakukan jika berdepan dengan cyber stalker?
Apa itu ‘stalker’?
Apakah itu stalker? Secara definisinya, mereka merupakan individu yang mengganggu, menganiaya dan memerhatikan seseorang dengan obsesi melampau sama ada secara fizikal atau mental. Semakin lama, cyber stalking menjadi satu masalah yang berlaku setiap hari. Bagaimanakah korang boleh mengenal pasti seorang stalker?
Petanda Seorang Stalker
Stalker terbahagi kepada dua jenis iaitu yang berkomunikasi secara terus dengan sasarannya atau melakukan intipan secara online atau fizikal tanpa diketahui mangsa.
Kedua-dua jenis stalker ini boleh membawa bahaya kepada orang yang menjadi sasaran mereka. Dunia siber kini tidak membatas komunikasi antara kita dengan sesiapa sahaja.
Ads
Petanda stalker adalah mereka obses untuk like atau komen di laman sosial, meminta maklumat peribadi seperti alamat dan tempat belajar serta sentiasa mengikuti perkembangan harian walaupun baru mengenali mereka.
Karakteristik Mereka
Salah satu petanda lain stalker adalah mereka hanya mempunyai rakan media sosial yang spesifik seperti remaja perempuan atau remaja lelaki. Kebanyakan orang mempunyai rakan media sosial yang lebih luas termasuklah ahli keluarga. Mereka juga tidak menggunakan foto sendiri untuk akaun media sosial.
Selain itu, mereka juga boleh menjadi sangat peramah atau agresif dalam masa yang singkat. Kebiasaannya seorang stalker sangat inginkan perhatian daripada mangsanya.
Ads
Walaupun mungkin karakter serta tingkah-laku mereka agak berbeza namun kecenderungan seorang stalker mempunyai satu sifat yang sama – obsesi yang melampau terhadap seseorang.
Langkah Pertama
Apakah yang perlu kamu lakukan bila mengetahui terdapat orang asing mengintip kamu secara online? Perkara pertama yang kamu boleh lakukan adalah mengubah setting profil kepada private. Jika dia sudah menjadi follower atau friend kamu, ambil langkah untuk block mereka.
Selain itu, kamu juga perlu memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat akan masalah ini supaya mereka juga sedar akan kewujudannya. Ingat, stalker juga boleh mengintip kamu menerusi rakan-rakan kamu.
Jangan gunakan sebarang apps geo tagging atau elakkan daripada check-in bila menggunakan Facebook, Twitter atau Instagram. Ingat, merahsiakan maklumat tentang keberadaan kamu cukup penting untuk mengelak daripada mereka.
Jangan Respons Tapi Lapor
Sesiapa sahaja yang menjadi mangsa seorang stalker tidak harus melayan atau memberi respons kepada mereka. Sebaliknya, jika ia serius dan boleh mendatangkan ancaman pertama sekali kamu harus segera melaporkannya kepada komuniti online.
Flagging dan report on abusive boleh dilaporkan agar penyelenggara laman sosial media dapat melakukan tindakan.
Jika ia tidak berkesan dan semakin parah kamu boleh melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan lanjut. Simpan segala ancaman atau bukti yang dilakukan mereka di Internet sebagai bukti.
Tip Mengelak Diri Menjadi Mangsa Stalker
1. Jadikan akaun atau profil kamu sebagai private.
2. Block sesiapa sahaja yang kamu rasakan milik seorang stalker.
3. Jangan memuat naik gambar yang bersaiz besar.
4. Elakkan tagging dalam apa jua foto di media sosial.
5. Gunakan username berbeza untuk setiap laman media sosial.
Jadi hati-hati guys! Jangan senang-senang membiarkan diri anda di intip dan mengundang bahaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun lalu, pelajar sekolah terpaksa melalui tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Boleh dikatakan sudah lebih kurang tempoh masa dua tahun ini, pelajar banyak menghabiskan masa belajar di rumah berbanding pergi ke sekolah.
Walau bagaimanapun, kaedah PdPR ini dilihat kurang efektif terhadap beberapa kumpulan individu kerana menghadapi masalah untuk membeli gajet dan keperluan internet.
Gambar hiasan
Seorang doktor yang juga merupakan pensyarah dan ahli psikologi, Dr Rozanizam Zakaria telah pun membuat tinjauan lapangan impak PdPR kepada 1412 responden dan melibatkan 944 pelakar sekolah menengah.
Hasil tinjauan mendapati sebanyak 43.6 peratus melaporkan kesan negatif yang ketara kepada kesihatan mental.
33.5 peratus melaporkan kesan negative ketara kepada kesihatan fizikal dan 43.6 peratus lagi beri kesan negative kepada prestasi akademik.
Antara lima cabaran utama yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
• Susah fokus – 80.4%
• Susah faham subjek – 71.2%
• Tugasan terlalu banyak – 66.6%
• Internet dan peranti – 61.8%
• Hilang minat – 48.6%
Namun begitu, Dr Rozanizam menjelaskan ini bukanlah kajian saintifik, sekadar tinjauan rambang yang dibuat bagi mendapatkan gambaran keadaan di luar sana. Beliau berkata, ada 986 cadangan balas daripada pelajar tetapi tidak sempat untuk disimpulkan.
Gambar hiasan
Cuma ini antara perkara yang perlu diberi perhatian dan jelas beliau lagi, kita perlukan Pelan Pemulihan Pendidikan yang holisitik, praktikal dan user-friendly tanpa menjejaskan keberhasilan sistem pendidikan.
Marilah kita sama-sama mengurangkan penularan wabak COVID-19 dengan duduk rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar sana. Sekiranya kes positif semakin menurun, mungkin pelajar-pelajar sudah dibenarkan untuk ke sekolah dan tidak perlu lagi mengikuti PdPR.
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Menurut Harian Metro, dianggarkan hampir 500,000 individu rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan ketika ini.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Nasional bagi membantu memberi pertolongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pusat berkenaan bukanlah tempat penyelidikan sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai lokasi kebolehcapaian berkaitan isu kesihatan mental.
Selain kesihatan fizikal, KKM juga turut menitikberatkan isu kesihatan mental kerana kedua-duanya adalah sangat penting. Jadi, dengan adanya pusat kesihatan mental ini, mereka yang mempunyai masalah boleh datang bagi mendapatkan bantuan.
Pihak kementerian juga akan menambahbaik aplikasi MySejahtera supaya individu yang mempunyai masalah kesihatan mental ini boleh mendapatkan bantuan melalui aplikasi berkenaan.
Mengenai kesihatan mental di negara ini, Khairy berkata, laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus, ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.
Pandemik Covid-19 mengakibatkan kebanyakan masyarakat terkesan daripada segi emosi dan kesihatan mental. Isu kesihatan mental kini menjadi satu pandemik senyap (silent pandemic) dengan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).
Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.
Sejak dari tahun lepas lagi, bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga menerima ujian ketika pandemik COVID-19 ini kerana ada yang terpaksa membatalkan pernikahan mereka. Sehingga kini, masih ramai lagi bakal pengantin yang terpaksa menghadapi situasi ini dan ada yang mengambil keputusan untuk melakukan majlis akad nikah sahaja.
Dengan keadaan situasi seperti sekarang, majlis perkahwinan tidak boleh dijalankan dan hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa akad nikah.
Namun, ia tertakluk kepada kerajaan negeri tersebut sama ada ingin menetapkan syarat-syarat lain sebelum bakal pengantin dinikahkan.
Di Kedah, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian COVID-19 sebelum majlis akad nikah bermula 1 Februari 2021.
Gambar hiasan
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.
Ujian saringan tersebut boleh dilakukan dimana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM termasuk swasta dengan kos yang perlu ditanggung sendiri.
Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula perlu mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis kerana JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk merentas daerah atau negeri.
Akad nikah juga akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, nampaknya keputusan ini menerima kritikan netizen yang menganggap ia hanyalah akan menyukarkan lagi untuk bakal pengantin dan memerlukan mereka mengeluarkan kos tambahan bagi melakukan ujian swab tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberi pandangan usaha ini salah satu jalan terbaik bagi membendung penularan wabak COVID-19.