Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Malah, rata-rata kediaman di Malaysia memanfaatkan pengunaaan penghawa dingin sepenuhnya.
Malah, bil elektrik juga dijangka naik mendadak berikutan penggunaan alat pendingin hawa yang kerap sepanjang musim cuaca panas ini.
Mengambil kira hal ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil berkongsi beberapa tips kepada pengguna mengenai penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.
TNB melalui kenyataan memaklumkan, antara langkah penjimatan yang boleh diambil oleh pengguna adalah meminimumkan penggunaan elektrik di ruang tamu, luar rumah, bilik tidur, dapur dan bilik mandi.
1. Mematikan suis peralatan elektrik
Antara amalan penjimatan elektrik yang mudah dilakukan di ruang tamu dan luar rumah adalah mematikan penyaman udara, kipas serta lampu di dalam bilik yang kosong. Selain itu, mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.
Ads
2. Hidupkan kipas
Di bilik tidur, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik pada waktu malam dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan bagi menjimatkan penggunaan elektrik selain kerap diselenggara.
3. Elakkan meletak peti sejuk di tempat yang panas
Di bahagian dapur, elakkan meletak petis sejuk di tempat yang panas seperti tempat terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak dan susunkan barang-barang di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan ia untuk membiarkan pengudaraan udara sejuk.
4. Mandi Guna Air Sejuk
Ads
Elakkan juga suis alat pemanas air di dalam bilik mandi terbuka tanpa digunakan. Selain itu, mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air bagi membantu badan terasa lebih segar. Saranan TNB tersebut merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
5. Guna Meter Pintar
Tambahnya, pengguna digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang atau melalui portal dan aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik secara langsung.
Jadi, selepas ini cuba amalkan tip-tip yang telah diberikan oleh TNB ini dan sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang penggunaan elektrik dengan berjimat cermat boleh layari portal TNB di www.mytnb.com.my.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.
“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.
Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Jangan risau, ada satu hotel ini sesuai untuk korang yang ingin ‘move on’. Hotel di United Kingdom (UK) ini menawarkan satu khidmat yang special iaitu service psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.
Hmm…menarik bukan?
Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Tapi harga dia buat penulis melopong dengar, tawaran program ini berharga 2,500 pound bersamaan RM14,189. Malah, program ini diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.
Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan. Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.
Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.
Menarik juga program ini, agak-agak bila di Malaysia akan ada hotel macam ini….hehe
Tarikh 16 Mei tentunya amat dinanti-nantikan baik oleh para guru mahupun para pelajar di seluruh negara. Sang pengajar tentunya tertunggu-tunggu hari khas untuk mereka diraikan manakala si pelajar pula tidak sabar untuk menghargai usaha & pengorbanan guru-guru yang mereka kasihi.
Mengambil peluang untuk mengukir senyuman lebih lebar dalam kalangan para guru, LARRIE Corporation Sdn Bhd (LARRIE) baru-baru ini telahpun memberi penghargaan kepada tenaga pengajar di SMK Sungai Choh, Rawang menerusi projek mengindahkan semula dua buah blok sekolah tersebut dengan menaja tiga mural baharu.
Inisiatif komuniti ini melibatkan laluan pejalan kaki utama Highly Immersive Programme (H.I.P) LARRIE dan dua mural dinding baharu yang memakan kos sebanyak RM68,000.
Setiap mural itu juga disematkan dengan mesej-mesej yang menekankan kepada amalan gaya hidup sihat, kepentingan ilmu dan menarik minat pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Majlis perasmian keceriaan blok SMK Sungai Choh itu telahpun disempurnakan oleh Pengetua Sekolah, Mohd Suhaimi Bin Abdullah sambil disaksikan oleh Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd, Lenson Chong.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada SMK Sungai Choh kerana sudi menerima sumbangan dari pihak LARRIE bagi berkongsi kegembiraan dengan pelajar-pelajar di sekolah ini.
“Kami berharap sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada mereka dan menanam sikap untuk rajin ke sekolah,” ujar Lenson.
Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd, Lenson Chong.Wajah-wajah ceria tenaga pengajar SMK Sungai Choh.
Dalam pada itu, Mohd Suhaimi mewakili pihak sekolah berkata mereka amat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh LARRIE dan ia merupakan satu penambahbaikan serta perubahan yang cukup penting bagi mereka.
Aww! Sweet sangat kan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.