Walaupun Jepun menjadi tuan rumah bagi penganjuran pentas akhir Miss International 2022 pada hari ini, tuah nyata tidak menyebelahi wakil-wakil dari benua Asia apabila ia menobatkan wakil dari Jerman sebagai juara baharunya.

Jasmin Selberg tampak menyerlah di mata juri pada malam ini apabila dia meneruskan legasi Miss International dan dimahkotakan oleh juara terdahulu dari edisi 2019, Bint Sireethorn Leearamwat dari Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Sarjana Muda Sejarah & Falsafah Dinobatkan Sebagai Miss International 2022 – REMAJA

Biarpun benua Asia menghantar seleksi wakil yang amat kompetitif dari aspek paras rupa, kelayakan dan pendidikan tinggi, hanya Hannah Arnold dari Filipina sahaja yang membolosi kedudukan Top 15.

Nasib Hannah juga kurang baik apabila perjalanannya terhenti setakat di situ sahaja dan gagal ke peringkat Top 8.

“Hello Filipina. Terima kasih di atas sokongan anda sepanjang perjalanan di sini. Saya amat gembira kita berjaya sampai ke Top 15 dan kita dapat mewakili seluruh benua Asia. Terima kasih untuk kesemua mesej anda, ia mungkin akan mengambil saya sedikit masa untuk membalasnya kerana saya ingin ke Disneyland dan makan lebih banyak sushi sekarang!” seloroh Hannah.

IKLAN
Ramai Cantik Tapi Gagal Bolos! Hanya Filipina Wakil Asia Di Top 15 Miss International 2022
Hannah Arnold dari Filipina.

Ketiadaan lebih ramai wakil dari Asia dalam pusingan Top 15 ini telah menimbulkan kemusykilan ramai. Begitu juga dengan dominasi benua Amerika Selatan dan Eropah pada edisi kali ini.

Sementara itu, wakil Malaysia iaitu Giselle Tay juga terpaksa akur dengan keputusan hari ini walaupun dia telah menjadi perhatian sepanjang tempoh seminggu yang lalu dalam kalangan pemerhati dunia ratu cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Giselle Tay Dinobatkan Sebagai Miss International Malaysia 2022. Bakal Mewakili Negara Ke Peringkat Antarabangsa – REMAJA

IKLAN

Ramai Cantik Tapi Gagal Bolos! Hanya Filipina Wakil Asia Di Top 15 Miss International 2022

Menerusi hantaran video Instagram story, Giselle berkata, “Saya memohon maaf kerana tidak dapat menempatkan diri di antara peserta Top 15. Saya benar-benar menikmati pengalaman di Tokyo, Jepun dan saya berharap anda semua berbangga dengan saya.

“Terima kasih di atas semua sokongan anda,” simpulnya.

IKLAN

Ramai Cantik Tapi Gagal Bolos! Hanya Filipina Wakil Asia Di Top 15 Miss International 2022

Ramai Cantik Tapi Gagal Bolos! Hanya Filipina Wakil Asia Di Top 15 Miss International 2022
Giselle bersama rakan baiknya di Miss International 2022, Hannah Arnold dari Filipina.

Bagi pentas akhir ini, Giselle telah memilih rekaan gaun keemasan dari Jimmy Couture. Walaupun kita tidak berpeluang menyaksikannya bertanding dalam pusingan Top 15, sekurang-kurangnya Giselle masih dipanggil untuk memperagakan gaun tersebut bersama-sama wakil Mongolia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI