Setiap kali ada yang menyamakan dirinya dengan Allahyarham Hani Mohsin, pelakon Mila Mohsin menganggap perkara itu sebagai satu pujian yang cukup bermakna buat dirinya.
Malah, persamaan tersebut bukan sekadar mengenai rupa atau perwatakan, sebaliknya menjadi satu peringatan buat Mila bahawa insan paling disayanginya itu masih meninggalkan sebahagian daripada dirinya dalam kehidupan hari ini.
Mila yang kini berusia 29 tahun mengakui tidak mampu menahan sebak ketika mengenangkan bapanya yang meninggal dunia ketika usianya belum mencecah 10 tahun.
Arwah Banyak Membentuk Dirinya
Menurut Mila, walaupun tempoh bersama bapanya cukup singkat, pengaruh Allahyarham Hani Mohsin dalam membentuk dirinya begitu besar.
“Sukar untuk saya percaya sebab arwah meninggal dunia sebelum saya berusia 10 tahun. Namun, arwah banyak membentuk diri saya menjadi seperti hari ini.
“Apabila ada orang yang pernah bertemu dan mengenali arwah memberitahu saya yang saya sangat mirip dengannya, saya berasa sangat gembira.
“Arwah ialah insan terbaik yang pernah saya kenali. Dia bekerja keras setiap hari,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Studio Sembang bersama aktres Amelia Henderson, baru-baru ini.
Ads
Bagi pelakon teater Puteri Gunung Ledang The Musical itu, setiap kali mendengar orang menyebut mengenai persamaan dirinya dengan arwah, ia seakan-akan menghidupkan kembali kenangan terhadap figura yang begitu penting dalam hidupnya.
“Kalau orang kata saya mirip arwah, itu pujian paling besar,” luahnya penuh emosi.
Kerja Keras Ibu Bapa Jadi Inspirasi
Dalam pada itu, Mila turut mengakui semangat dan usaha kedua-dua ibu bapanya, termasuk ibunya, Puan Seri Tiara Jacquelina, menjadi antara pendorong untuk dirinya terus memberikan yang terbaik dalam kehidupan dan kerjaya.
“Saya selalu rasa usaha saya masih belum cukup kerana saya tahu betapa kuatnya arwah bekerja. Begitu juga dengan ibu saya,” ujarnya.
Ads
Menurut Mila, kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua insan tersebut secara tidak langsung membentuk prinsip dirinya untuk sentiasa berusaha lebih keras dalam apa sahaja yang dilakukan.
“Arwah Ibarat Adiwira Dalam Hidup Saya”
Walaupun tidak berpeluang membesar bersama bapanya dalam tempoh yang panjang, Mila berkata setiap detik yang dilalui bersama arwah tetap menjadi kenangan paling berharga.
Katanya, kasih sayang yang diberikan Hani Mohsin ketika mereka bersama begitu jelas dirasainya sehingga kehilangan tersebut meninggalkan ruang yang besar dalam hidupnya.
“Arwah akan sentiasa memastikan dirinya tidak terlalu sibuk apabila saya bersamanya. Arwah sangat menyayangi saya dan saya dapat merasakan sepenuhnya kasih sayang itu.
Ads
“Bagi arwah, semuanya tentang kerja dan kasih sayangnya kepada saya. Arwah ibarat adiwira dalam hidup saya,” katanya menahan sebak.
Bagi Mila, kasih sayang serta pengorbanan bapanya bukan sesuatu yang terhenti selepas pemergian Allahyarham. Sebaliknya, nilai yang ditinggalkan terus menjadi sebahagian daripada dirinya sehingga hari ini.
Legasi Hani Mohsin Terus Hidup Dalam Diri Mila
Meskipun hanya sempat menikmati kasih sayang seorang bapa untuk tempoh yang singkat, Mila percaya legasi Allahyarham Hani Mohsin akan terus dibawa dalam perjalanan hidupnya.
Terutamanya menerusi nilai kerja keras, kasih sayang terhadap keluarga serta semangat untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.
Terdahulu, Allahyarham Hani Mohsin meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Julai 2006 ketika menunggu penerbangan ke Pulau Langkawi bersama Mila.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedatangan Ramadan pastinya bulan yang paling dinantikan seluruh umat Islam untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda ganjarannya.
Bulan yang penuh barakah ini juga kita dapat lihat ramai di kalangan muslim di serata dunia menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa dan sudah tentunya beribadah di sana.
Sama juga seperti pelakon bakat baharu ini, Shasha Abedul yang bakal menjalani ibadah puasa dan mengerjakan umrah sepanjang Ramadan di Tanah Suci bersama ibu saudaranya.
Berita baik tersebut dikongsikan pelakon drama hit Projek: High Council itu menerusi beberapa hantaran foto yang dimuat naik di entri Instagram miliknya.
“Assalamualaikum semua, syukur Alhamdullilah, bulan Ramadan tahun ini saya dapat jemputan dari yang Maha Esa untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
“Bagi yang ku mengenali rapat, rakan-rakan, sahabat dan semuanya. Saya di sini ingin memohon ampun dan maaf sedalamnya atas segala perkara yang mungkin terguris hati kalian,” coretnya.
Dalam pada itu, bintang meningkat naik itu turut memohon doa yang baik-baik daripada pengikutnya agar perjalanan pergi, pulang serta urusan di sana dipermudahkan.
“Saya harap kalian dapat mendoakan perjalanan saya ke sana, pergi dan kembali. Dan, semoga segalanya dipermudahkan bagi saya. Doa kalian amat saya hargai,” katanya.
Menurut laporan media sebelum ini, Shasha memaklumkan dia tiada perancangan untuk membuat ibadah umrah namun telah menyimpan niat pada tahun lalu.
Selain itu, sebagai persiapaan di sana, pelakon dan model itu juga melakukan senaman setiap hari untuk bersedia mental dan fizikal dengan rutin semasa berada di sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hal ini selepas laman Instagram peribadi milik Laudya dilaporkan sudah berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.
Laudya antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram miliknya.
Malah, pelakon itu dilihat memadam hampir kesemua foto dan video lama memaparkan dirinya di laman berkenaan.
Laudy bagaimanapun masih menyimpan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya memakai pelitup muka.
Sebelum ini Laudya memaklumkan akaun yang mempunyai lebih 37 juta pengikut itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
“Diuruskan oleh admin,” tulisnya menerusi ruangan bio.
Untuk info sebelum ini, pelakon berusia 34 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Malaysia, Ungku Imran namun kedua-duanya nekad untuk berpisah dengan cara yang baik setelah gagal memelihara rumah tangga yang hanya bertahan dua tahun.
Jika sebelum ini restoran makanan segera, Burger King Team UK telah mengeluarkan iklan meminta pelanggannya membeli daripada pesaingnya McDonald’s, kini giliran Tourism Malaysia memperlihatkan sokongannya terhadap negara jiran, Singapura.
Tourism Malaysia telah mengeluarkan sebuah poster dengan mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulau tersebut susulan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.
“Seperti Burger King yang tidak pernah menyangka mereka akan mempromosikan Big Mac, kami juga tidak pernah menduga akan meminta anda berbuat begini.
“Tidak pernah terbayang kami akan menggalakkan anda bercuti di Singapura, namun rakan kami dalam industri pelancongan memerlukan sokongan anda pada masa ini. Walaupun kita mengimpikan untuk berjemur di bawah sinaran matahari di Pulau Redang, tidak ada kurangnya berbuat demikian di Sentosa buat masa sekarang”
“Jika anda ingin membantu, mulakan #SingaporRediscovers hari ini”
Sokongan ini turut mendapat perhatian daripada VisitSingapore yang turut meninggalkan komen di laman Facebook Tourism Malaysia.
Semangat kejiranan ini juga disokong oleh rata-rata masyarakat di Malaysia dan Singapura yang masing-masing turut memberi semangat dan mendoakan agar pandemik COVID-19 berakhir segera.
Kami pasti ramai yang sudah merindui untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, dalam situasi seperti ini adalah lebih baik sekiranya kita ‘cuti-cuti’ di negara sendiri dulu. Bukan hanya untuk keselamatan diri sendiri, tetapi ia juga bakal meningkatkan kembali sumber ekonomi negara.