Terbaru, kumpulan K-Pop Stray Kids mencuri perhatian selepas tindakan mereka mengikut jejak langkah BTS untuk tidak menghantar karya muzik bagi pertimbangan Anugerah Grammy ke-69. Keputusan tersebut dibuat ketika kontroversi mengenai kategori baharu muzik pop Asia yang diperkenalkan Grammy semakin hangat diperkatakan.

Memetik laporan BBC, kumpulan yang bernaung di bawah JYP Entertainment itu mengesahkan bahawa mereka tidak menghantar sebarang karya untuk dipertimbangkan dalam pencalonan Grammy tahun hadapan. Perkara tersebut turut disahkan pihak agensi dalam kenyataan ringkas berhubung penyertaan kumpulan berkenaan.

“Stray Kids tidak menghantar pencalonan untuk Grammy,” kata JYP Entertainment.

Difahamkan, keputusan itu hadir tidak lama selepas Recording Academy mengumumkan bahawa kategori Best Asian Pop Music Performance akan tetap diteruskan pada Anugerah Grammy ke-69. Stray Kids sebelum ini dianggap antara kumpulan yang berpotensi besar untuk menjadi calon utama bagi kategori tersebut susulan pencapaian mereka di peringkat antarabangsa.

Stray Kids Ikut Jejak Langkah BTS, Boikot Grammy Susulan Kontroversi Kategori Muzik Pop Asia Stray Kids Ikut Jejak Langkah BTS, Boikot Grammy Susulan Kontroversi Kategori Muzik Pop Asia

Ads

Selain itu, Stray Kids yang dianggotai oleh Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin, dan I.N. sememangnya mempunyai rekod yang cukup kukuh dalam pasaran muzik global apabila berjaya menduduki tangga teratas carta Billboard 200 sebanyak sembilan kali. Malah, kesemua lapan anggotanya turut mempunyai hak mengundi dalam Recording Academy, sekaligus memperlihatkan kedudukan kumpulan itu yang semakin kukuh dalam industri muzik Amerika Syarikat.

BACA: BTS Putuskan Tidak Hantar Karya Ke Grammy 2027, HYBE Sahkan Artis Lain Masih Boleh Bertanding

Kontroversi tercetus selepas Recording Academy memperkenalkan kategori khas bagi mengiktiraf muzik popular Asia kontemporari termasuk K-Pop, J-Pop dan C-Pop. Bagaimanapun, kewujudan kategori tersebut menerima kritikan apabila sesetengah pihak berpendapat pengasingan artis Asia ke dalam satu kategori khusus boleh dilihat sebagai bentuk diskriminasi, terutama ketika K-pop sudah mempunyai pengaruh besar di peringkat global.

Ads

Sebelum Stray Kids, BTS terlebih dahulu mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar karya untuk dipertimbangkan dalam mana-mana kategori Grammy. Ketujuh-tujuh anggota kumpulan itu menyatakan harapan agar muzik dinilai berdasarkan karya dan nilainya sendiri, bukannya dipisahkan mengikut faktor seperti bahasa atau asal wilayah.

Stray Kids Ikut Jejak Langkah BTS, Boikot Grammy Susulan Kontroversi Kategori Muzik Pop Asia

Ads

Walaupun Recording Academy sebelum ini memberi bayangan bahawa kategori tersebut mungkin dikaji semula susulan reaksi negatif yang diterima, keputusan untuk meneruskannya akhirnya dibuat dengan alasan sokongan terhadap kategori berkenaan lebih banyak berbanding tentangan. Situasi itu menimbulkan persoalan sama ada lebih ramai artis K-pop akan mengambil pendirian sama seperti BTS dan Stray Kids.

Sementara itu, anggota ATEEZ, Hongjoong, turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut ketika ditemu bual majalah Variety baru-baru ini. Beliau mengakui memahami pendirian BTS dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil pendirian sendiri berhubung kontroversi itu, membuatkan perhatian kini terarah kepada reaksi artis K-Pop lain selepas dua kumpulan besar tersebut memilih untuk tidak menyertai Grammy.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads