Bila berbicara mengenai produk kecantikan dan penjagaan kulit, pasti ramai yang tidak jelas tentang kewujudan tarikh luput sesuatu produk itu. Berbeza dengan makanan di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, boleh bau makanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.
Hal ini amatlah berbeza dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana setiap produk tersebut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa yang disyorkan yang sesuai untuk pembungkusannya. Namun ianya sering dipandang enteng oleh kebanyakan kaum Hawa.
“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”
“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”
Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.
Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.
Bagaimana Anda Tahu Jika Sesuatu Produk Telah Tamat Tempoh?
Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.
IKLAN
Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.
Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?
Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.
Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.
IKLAN
Ini Ialah Anggaran Jangka Hayat Produk Kegemaran Anda:
Maskara: 3 bulan
Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun
Gincu: 1 hingga 2 tahun
Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian pengasas jenama Off-White, Virgil Abloh pada usia 41 tahun hari ini akibat penyakit kanser dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada dunia fesyen antarabangsa.
Virgil bukan sahaja merupakan salah seorang insan yang diharapkan sebagai penerus legasi industri fesyen seperti yang pernah dilakukan oleh pelopor generasi terdahulu.
Malah, dengan keberanian dan kreativiti yang dizahirkan Virgil menerusi jenama Off-White dan Louis Vuitton (di mana beliau bertindak sebagai Pengarah Kreatif), Virgil merupakan sumber inspirasi kepada ramai pereka fesyen muda yang baru ingin berkecimpung dalam dunia fesyen sebenar.
Salah satu legasi terhebat yang ditinggalkan Virgil tidak lain tidak bukan adalah koleksi rekaan sneakers hasil kolaborasi beliau bersama jenama gergasi seperti Nike dan Louis Vuitton.
Budaya sneakers serta-merta berubah setelah beliau memperkenalkan imej baharu terhadap rekaan sedia ada di Nike terutamanya menerusi model Air Jordan 1, Nike Air Force, Nike Air Max 97, Nike Blazer dan.. hhm, model Nike apa saja yang belum pernah mendapat sentuhan istimewa Virgil Abloh?
Jom lihat 10 rekaan kegemaran REMAJA yang pernah dihasilkan oleh mendiang Virgil Abloh.
10
Off-White x Nike Air Force 1 Blue
Sebagai model sneakers paling sinonim dengan jenama Nike, sukar untuk mana-mana keluaran baharu Air Force 1 mengenepikan rekaan klasik triple white-nya. Namun, sentuhan Virgil untuk koleksi ini berjaya mengubah pendapat ramai sneakerheads.
Beliau masih menghormati nada estetika asal. Dengan sedikit saja penambahan dan perubahan, ia bertukar menjadi model baharu terutamanya dengan exposed foam pada bahagian tongue, sentuhan berjahit pada swoosh, teks yang ditambah pada bahagian sisi dan padanan warna yang menarik.
09
LV 408 Trainer
Setelah Virgil menggantikan posisi Kim Jones sebagai Pengarah Kreatif di Louis Vuitton (dan Kim Jones beralih ke Dior Men), dunia fesyen dikejutkan dengan perubahan DNA LV hasil kreativiti Virgil. Lebih ramai pembeli dalam kalangan generasi muda bawah 30 tahun yang tertarik dengan Louis Vuitton selepas perlantikan Virgil kerana beliau berjaya mencari keseimbangan antara elemen high fashion dan streetwear.
Salah satu koleksi sneakers paling mencuri tumpuan adalah koleksi Louis Vuitton 408 Trainer. Setiap pasang memerlukan enam jam untuk disiapkan secara ‘handmade’ di Itali tau.
Strategi Virgil untuk melancarkan model ini lapan bulan setelah koleksi ‘The Ten’ lain menemui pasaran BERJAYA. Pada asalnya, ia tidak begitu diminati ramai. Namun apabila penantiannya memakan masa lapan bulan, ramai pula yang merebutnya. Idea material telus pandang pada bahagian bawah sneakers ini belum pernah digunakan oleh Converse pada waktu itu.
Sekaligus, model Off-White x Converse Chuck Taylor menjadi titik permulaan kepada idea di luar kotak untuk model-model keluaran Converse seterusnya.
07
Off-White x Nike Air Max 90 ‘Desert Ore’
Warnanya saja sudah cukup untuk membuatkan model Desert Ore ini sebahagian daripada 10 sneakers terbaik yang pernah direka oleh Virgil. It is just that good.
06
Off-White x Nike Blazer ‘The Ten’
Bagi peminat siluet Blazer terutamanya dalam golongan skaters., mereka pasti mengidamkan versi Off-White ini memandangkan tona warnanya yang ‘masuk’ dengan pelbagai jenis pakaian. Heck, Eric Koston pun memakainya semasa meluncur.
05
Off White x Nike Dunk Low ‘UNLV’
Selain daripada tambahan hand tag, ini merupakan kali pertama formasi zig zag menggunakan lacing pada bahagian atas sneakers dipertontonkan. Nampak ringkas tetapi itulah magis sentuhan Virgil. Serta-merta, ia menjadi sneakers terhangat di pasaran.
Off-White x Nike Dunk Low 50 merupakan salah satu koleksi yang paling hangat diperbualkan pada tahun 2021.
Ramai tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar 50 rekaan Dunks yang akan dikeluarkan Virgil dan bagaimana dia akan membuatkan setiap satu daripadanya berbeza. Setelah dilancarkan, barulah beliau menjelaskan terdapat model pertama dengan midsole vintaj dan swoosh perak (seperti di atas), 48 model berbeza di antaranya model nombor 1 dan 50 serta sepasang model hitam bagi melengkapkan angka 50. Biarpun model pertama ini tidaklah diubah secara drastik, ia masih menjadi rebutan kerana gayanya yang universal.
03
Off-White x Nike Air Presto ‘The Ten’
Okay, ramai yang meletakkan model ini sebagai model sneakers NOMBOR Satu yang pernah diperkenalkan oleh Virgil. Ia kelihatan effortless, amat menyelesakan (menurut pemakainyalah, kami belum berkesempatan untuk memilikinya *menangis tepi bucu katil*) dan rekaannya mudah digayakan oleh pemakai lelaki serta wanita.
02
Off-White x Air Jordan IV
Off-White x Air Jordan IV telah diletakkan dalam majoriti senarai sneakers terbaik bagi tahun 2020 disebabkan warna dan rekaannya yang mudah disuai padan dengan pakaian korang.
Rekaan model wanita ini hadir dalam tona sail yang juga merupakan ‘colour of the year’ untuk tahun 2020. Kualitinya setaraf dengan expectation ramai peminat sneakers dan ia menepati hampir kesemua ‘checklist’ yang diletakkan oleh peminat rekaan Virgil. Bagi yang terlepas keluaran Off-White x Air Jordan IV dan ingin mendapatkannya pada harga mampu milik, korang mempunyai alternatif model Air Jordan IV Shimmer.
01
Off-White x Air Jordan 1 ‘The Ten’
Tidak dinafikan, gabungan warna ‘Chicago’ pada model Jordan 1 Retro High Bred Toe merupakan antara gabungan warna paling digemari peminat Jordan. Setelah sekian lama model ini tidak diperkenalkan oleh Nike, tidak hairanlah ramai yang meminati model Off-White x Air Jordan 1 ‘The Ten’ kerana warnanya yang seakan model Jordan 1 Retro High Bred Toe.
*
Korang setuju dengan senarai REMAJA ini? Ataupun korang rasakan ada model lain yang lebih layak diletakkan dalam senarai Top 10 sneakers kolaboratif rekaan Virgil Abloh?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama ada kita perasan atau tidak, payudara yang merupakan aset bagi wanita sebenarnya tidak sama ukurannya. Sebelah kiri di katakan lebih besar berbanding sebelah kanan.
Jika wanita merasakan payudara mereka sama saiznya, pendapat ini dilihat dari sudut sains dan bagaimana penjelasan mengenainya dilakukan.
Menurut Pengarah Minimally Invasive Gynecology di Universiti Of Illinois, Dr Jessica A Shepard sebenarnya terdapat beberapa perbahasan mengenai ukuran payudara yang berbeza antara kiri dan kanan.
“Salah satu teorinya adalah berkaitan dengan faktor hormon. Ukuran payudara akan mula terbentuk ketika seorang gadis mencapai akil balighnya iaitu didatangi haid. Dalam proses ini, payudara akan mula tumbuh dan lebih ketara penonjolannya berbanding tingkat estrogen dibandingkan dengan lain,”katanya.
Dalam satu kajian di Turki juga menunjukkan tubuh sebelah kiri umumnya lebih tinggi rasa sensitiviti dan imunitinya. Hal ini kemudiannya akan mempengaruhi hormon terutama hormon estrogen yang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan payudara.
“Selain itu, teori lain menyebut bahawa payudara sebelah kiri lebih besar dari belah kanan kerana di sebelah kiri terletak dekat jantung yang mempunyai banyak pembuluh darah, urat nadi dan lapisan lemak yang melindungi jantung.
Sementara itu seorang pakar bedah plastik dari Kota Grand Rapids, Michigan, Bradley Bengtson, juga mengakui payudara tidak simetri.
“Kata Profesor yang pernah mengajar saya, payudara bukan kembar, keduanya bagaikan bersaudara. Inilah yang selalu saya maklumkan kepada pesakit,”katanya lagi.
Dalam pada itu, jika payudara anda besar sebelah atau ketara perubahannya jangan risau ya kerana ia bukan petanda anda berpenyakit.
Cuma jika ada benjolan di payudara, itulah yang perlu dirisaukan kerana benjolan ini biasanya boleh dirasai termasuk di bawah lengan, kata Shepard.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak 1 April lalu, kehidupan penggemar fesyen di Malaysia bertambah mudah apabila jenama H&M melakukan debut-nya di platform atas talian, Zalora.
Pelbagai item pakaian dan aksesori bagi kategori wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak ada disediakan di sini bersesuaian dengan apa jua keperluan peMbeli. Semuanya kini semudah satu klik saja pada barangan yang korang gemari.
Kolaborasi ini sebenarnya merupakan kolaborasi kedua Zalora dengan mana-mana negara rantau ASEAN setelah mereka memulakannya dengan Filipina terlebih dahulu pada suku keempat, tahun lalu.
Dengan kemunculan H&M di Zalora kini, ia tentunya akan memahat nama H&M di kalangan penggemar desyen di samping memberikan peluang buat korang yang mempunyai kekangan untuk membeli-belah di stor fizikal H&M lebih-lebih lagi pada musim pandemik COVID-19 sekarang ini.
Bagi yang sudah terbiasa membeli secara atas talian di hm.com, korang masih boleh berbuat sedemikian kerana laman web itu masih ada. Cuma ini merupakan satu ‘extension’ untuk memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan mereka.
So, setelah seminggu berada di platform Zalora Malaysia, apakah di antara item H&M pilihan kami di sana, you ask? Well, here we go.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...