Bila berbicara mengenai produk kecantikan dan penjagaan kulit, pasti ramai yang tidak jelas tentang kewujudan tarikh luput sesuatu produk itu. Berbeza dengan makanan di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, boleh bau makanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.
Hal ini amatlah berbeza dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana setiap produk tersebut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa yang disyorkan yang sesuai untuk pembungkusannya. Namun ianya sering dipandang enteng oleh kebanyakan kaum Hawa.
“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”
“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”
Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.
Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.
Bagaimana Anda Tahu Jika Sesuatu Produk Telah Tamat Tempoh?
Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.
Ads
Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.
Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?
Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.
Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.
Ads
Ini Ialah Anggaran Jangka Hayat Produk Kegemaran Anda:
Maskara: 3 bulan
Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun
Gincu: 1 hingga 2 tahun
Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial tentang penggunaan ‘health tag’ yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1 meter daripada si pemakainya. Ia juga dikatakan mampu bertahan selama 45 hari.
Namun begitu, keberkesanan produk ini telah pun mendapat penafian daripada Pusat Racun Negara yang mengesahkan bahawa satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Kajian ini juga jelas menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. Lebih membimbangkan lagi, kepercayaan terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, masyarakat akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Oleh itu, korang jangan percaya jika terlihat mana-mana penjual yang menjual produk ini secara online atau pun di kedai-kedai kerana ia sama sekali tidak membantu menjauhkan korang daripada virus COVID-19.
Sampaikan berita ini kepada keluarga dan insan tersayang agar mereka lebih peka dan tidak terpedaya.
Dalam pada semua orang memuji busana gaun putih Alia Bastamam yang disarung Atisha Khan, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Athisha hanya memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek melaksanakannya dengan penuh jaya. Solekannya dihasilkan oleh award winning makeup artist, Khir Khalid manakala dandanannya disempurnakan oleh Juno Ko.
Tapi ada rahsia disebalik look memukau Atisha ini. Dipetik daripada Eh!, Khir Khalid mendedahkan dia hanya menggunakan solekan yang ringkas kerana Athisha memiliki raut wajah yang sempurna dan bersih.
Akui Khir, Athisha memiliki raut wajah seperti orang Timur. Disebabkan oleh itu dia telah menjadikan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone sebagai inspirasinya.
“Rujukan saya sewaktu melakukan homework sebelum merias Athisha ialah Deepika Padukone. Saya sangat sukakan solekan dan penampilan sewaktu dia berkahwin. Bagi saya dia punya raut wajah timur yang moden. Saya dapat bayangkan Athisha dalam solekan yang serupa.”
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini termasuklah dari Onitsuka Tiger, Nike dan beberapa lagi jenama lain.
Musim perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini mungkin tidak semeriah tahun-tahun lalu disebabkan oleh kekangan musim pandemik 2021. Bagaimanapun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan bermakna ini.
Beberapa jenama sneakers misalnya baru saja mengeluarkan koleksi baharu masing-masing yang dilihat bersesuaian bagi menyambut tahun lembu ini. Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak.
The Onitsuka Tiger Attitude
Stail : Hitam
Info : Koleksi musim panas 2021 ini secara keseluruhan memperlihatkan beberapa rekaan yang diambil semula dari arkib Onitsuka Tiger 1970-an untuk dijadikan sebagai koleksi yang kontemporari. Paling menarik perhatian adalah sock sneaker TAI-CHI-REBSOCK MT yang tampil chic dengan rekaan tengah sehingga buku lali dan menyerupai but rendah. Jalur Onitsuka Tiger dijahit kemas pada bahagian tepi fabrik berkait dan mengikut siluet kasut ini. Manakala bahagian dalamnya mempunyai lapik bertumit bagi menjadikannya selasa untuk dipakai.
Beli Sekarang Di : onitsukatiger.com/my pada harga RM599
.
.
ASICS Tarther Blast
Stail : Midnight & Pure Silver
Info : Ia menggabungkan rekaan sneaker larian Tarther dengan teknologi Flytefoam Blast pada bahagian midsole bagi memberikan kestabilan kepada pemakai. Bahagian atasnya menyerupai rekaan signature Tarther yang dipakai oleh pelari maraton pada era 1980-an.
Beli Sekarang Di : asics.com pada harga RM499
.
.
Chuck Taylor All Star CX
Stail : Black / Court Green / Hyper Pink
Info : Ia merupakan rekaan klasik yang diberikan suntikan baru dengan stretchcanvas pada bahagian upper dan bahagian pull tag yang baru diletkkan di bahagian sisi untuk memudahakn pemakai menyarung dan mencabut. Ia mempunyai rekaan CX foam cushioning bagi memberikan keselesaan dan ‘menyerap’ impak untuk setiap langkahan. Bahagian tali kasut juga menarik dengan inspirasi kasut hiking dan tentunya, warna sneakers ini menjadi sebab utama mengapa korang perlu memilikinya.
Beli Sekarang Di : Lazada pada harga RM329.90
.
.
Adidas Ultraboot 5.0 DNA Shoes
Stail : Cloud White / Solar Red / Gold Metallic
Info : Kasut larian adidas ini adalah direka khas untuk sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini. Ia mempunyai corak grafik apada bahagian 3 stripes dan dilapik dengan rekaan yang sinonim dengan budaya masyarakat Cina pada bahagian dalam. Warna pada bahagian gum dan outsole juga saling melengkapi dan tentunya, ada aksesori cincin bulat pada bahagian tali sebagai simbol kesejahteraan.
Beli Sekarang Di : adidas.com.my pada harga RM729
.
.
NIKE Blazer Mid ’77 Vintage
Stail : White / Sail / Summit White / Bright Crimson
Info : Rekaan yang menggabungkan old school dan permulaan baru sesuai dengan Tahun Baru Cina ini menampilkan logo iconik dalam bentuk tali. Ia mempunyai material kulit pada bahagian upper manakala sedikit material baldu kelabu/beige pada bahagian bawah melengkapi sneakers ini. Paling menarik adalah bahagian lapik dalamnya yang mempunyai corak yang sinonim dengan masyarakat Cina serta logo Nike emas. Bahagian tapaknya pula bercorak herringbone dengan warna hijau yang cukup unexpected.
Beli Sekarang Di : nike.com/my pada harga RM499
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.