Kempen saya#remajaMalaysia dicetuskan bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja terhadap penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda. Bertanggungjawab sebagai jenama majalah dan laman digital popular mengkhususkan kepada golongan remaja, inisiatif ini digalas sebagai salah satu wadah dalam mendidik dan memupuk nilai cintakan negara sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Menerusi kempen ini, para pembaca akan dihidangkan dengan pelbagai aktiviti secara digital dan artikel yang membangkitkan rasa nasionalisme yang tinggi serta sikap cakna terhadap bahasa.
Ku tanam celagi di bucu beranda,
Di jaga rapi ke hujung usia,
Menjunjung tinggi bahasa ibunda,
Tugas hakiki remaja Malaysia.