Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Ads
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Negara kita sudah pun mengalami musim tengkujuh kerana di beberapa buah tempat dikhabarkan mengalami banjir akibat hujan lebat.
Bila tiba musim hujan, nak keluar rumah pun rasa takut sebab khuatir akan berhadapan dengan banjir kilat di atas jalan raya. Bayangkan, tengah drive tiba-tiba jalan raya di hadapan dipenuhi air. Untuk mereka yang pertama kali menghadapi situasi ini, mesti korang rasa cuak kan?
Nah, apa yang perlu korang lakukan sekiranya melalui jalan raya yang dinaiki air banjir adalah dengan berpatah balik atau mencari laluan alternatif lain yang lebih selamat. Korang juga boleh berhenti sebentar ditempat yang selamat sementara menunggu hujan berhenti.
Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan. Lagi bahaya kalau korang lalu di kawasan laluan sungai yang melimpah. Takut-takut kenderaan korang akan menghadapi risiko dihanyutkan arus air.
Jadi kalau berhadapan dengan situasi ini, sebaiknya korang lakukan 9 tip berikut:
1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.
2. Jika mahu redah juga, pastikan korang melalui bahagian yang paling tinggi.
3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi korang terlebih dahulu.
4. Pastikan korang dapat melihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.
5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan korang hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.
6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta dibahagian depan.
7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana korang berisiko untuk dihanyutkan air.
8. Uji brek kereta korang selepas melepasi banjir.
9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat lebih-lebih lagi kepada pemandu wanita kerana mungkin mereka akan lebih panik berbanding pemandu lelaki. Jadi, jika berhadapan dengan situasi ini korang tak perlu cemas lagi ok? Ikut sahaja saranan yang telah diberikan.
Kira-kira seminggu saja yang tinggal sebelum episod ketiga separuh akhir Muzik-Muzik dilangsungkan semula setelah semua kru dan penyanyi terlibat disahkan tidak dijangkiti Covid-19.
Cuma persoalannya, adakah Nabila Razali sudah bersedia untuk menyanyikan lagunya sendiri setelah memiliki masa untuk berehat?
Pertemuan REMAJA bersama Nabila hari ini di majlis pengumuman produk minuman Befine di Kuala Lumpur memberi peluang untuk bertanyakan sendiri soalan tersebut kepada empunya badan.
Untuk pengetahuan, Nabila Razali telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminatnya apabila dia memutuskan untuk menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua setelah mendapati kesihatan peti suaranya merosot, 20 November lalu.
“Saya perasaan suara saya sudah bertukar serak, tetapi saya tidak merasakan ia sesuatu yang serius. Saya cuma menganggap ia hanyalah disebabkan tidak cukup tidur dan kurang minum air. Rupanya apabila pergi check, saya memang sedih sangat bila tahu keadaan yang sebenar.
“Ia berkaitan dengan peti suara saya. Doktor sendiri telah menunjukkan video mengenai apa yang sedang berlaku kepada pada bahagian tersebut.
“Demi kebaikan jangka masa panjang, saya tidak boleh mengambil remeh dan meneruskan nyanyian seolah-olah tiada masalah. Suara adalah aset untuk saya cari punca pendapatan, jadi saya enggan memaksa untuk menyanyi sehingga mengeruhkan lagi keadaan,” jelas penyanyi Peluang Kedua itu.
Bercakap mengenai peluang (pun intended *wink*) untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua di separuh akhir Muzik-Muzik pada 15 Disember ini, Nabila masih dengan keputusannya untuk membiarkan penyanyi lain mewakili di pentas itu.
“Buat masa ini, (penyanyi itu) memang bukan saya. Saya yakin penyanyi tersebut akan berjaya menyampaikannya dengan baik, insyaAllah.
Seleksi minuman Befine terdiri daripada perisa asli, passion fruit, mulberry, avocado dan strawberi.
Walaupun terlepas peluang untuk menyanyikan lagu sendiri di pentas berprestij itu, Nabila percaya dengan rezeki yang ditentukan Ilahi. Hari ini, satu lagi pintu rezeki buat Nabila Razali telah dibuka apabila dia terpilih sebagai duta minuman yogurt probiotik ‘Define’.
“Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang, saya masih diberikan rezeki apabila satu-persatu datang kepada saya. Saya bersyukur, merasa terharu dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada famili DyDo Drinco dan Befine terutamanya. Befine merupakan minuman yogurt terbaik yang saya telah rasai setakat ini dan saya bangga untuk menjadi duta pertama di Malaysia.
“Bila dah menjadi duta ini, saya enggan hanya bertanggungjawab untuk memegang barang dan ambil gambar. Tapi saya ingin mengamalkan sendiri gaya hidup sihat. Dari muat naik di media sosial saya, kamu sendiri dapat melihat saya cuba untuk menjadi seaktif mungkin. Jadi saya dan minuman Befine ini selarilah untuk menjadikan rakyat Malaysia ini lebih sihat dalaman serta luaran.
Peminat Nabila pastinya perasan jadual padat Nabila sekarang dengan tugasan sebagai duta. Baru sahaja minggu lalu dia dilantik menjadi duta sebuah jenama, minggu ini Nabila sekali lagi diangkat sebagai duta untuk minuman Befine.
Apakah fokus Nabila sekarang adalah untuk mengurangkan projek kerjaya seninya dan menumpukan kepada kerjaya sebagai duta produk?
“Buat sementara waktu, dalam keadaan saya sekarang yang tidak mengizinkan untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, jadi saya ambil keputusan untuk mengurangkan sedikit aktiviti seni saya.
“Untuk pengetahuan, ada beberapa projek yang terpaksa saya tolak termasuk penggambaran lakonan dan nyanyian. Tapi itu tak bermaksud saya tidak bekerja langsung. Saya hanya berehat dari nyanyian buat sementara waktu,” jelasnya.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Nabila bertambah baik dengan segera, okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat kaki wayang, sudah ada tanda-tanda baik yang korang boleh menonton kembali wayang di pawagam. Jika ramai yang tertanya-tanya bilakah pawagam akan mula dibuka, nampaknya apabila Majlis Keselamatan Negara sudah mula mengeluarkan SOP di pawagam, ia memberi petanda pawagam akan mula dibuka tidak lama lagi,insya Allah.
Dalam satu laporan dari MalaysiaKini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan beberapa lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor termasuk pawagam, masjid dan pengangkutan awam.
Dan pastinya SOP mengenai pawagam menarik minat remaja. Paling penting kerusi korang dah tak kena tendang dari belakang lagi ya sebab kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke pawagam (yaey, inilah rungutan yang selalu timbul bila budak-budak join tengok wayang)
Antara SOP tersebut menetapkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur di atas 60 tahun tidak dibenarkan memasuki pawagam.
Selain itu, garis panduan itu menyatakan bahawa premis berkenaan mesti memastikan perkara berikut:
Mereka yang memiliki suhu badannya melebihi 37.5 darjah celcius atau menunjukkan gejala tidak dibenarkan memasuki premis.
Pekerja dan pelanggan harus memuat turun aplikasi MySejahtera untuk tujuan mencari kenalan.
Premis mesti dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dan selepas tayangan filem.
Pembersihan dan pembasmian kuman mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Susunan tempat duduk mesti mematuhi penjarakan sosial satu meter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.