Wanita Perancis terkenal dengan kecantikan dan fesyen secara keseluruhannya. Bila bercakap bab kecantikan, apa yang perlu kita tanamkan ialah wanita Perancis mementingkan cara yang ringkas dan tidak melebih-lebih, less is perfect!
Untuk memilih skincare yang sesuai dengan kulit wajah, adalah penting bagi korang mengetahui jenis kulit terlebih dahulu supaya tidak tersilap memilih produk.
La Roche-Posay bekerjasama dengan pakar dermatologi di seluruh dunia membangunkan produk penjagaan kulit muka yang memberikan perbezaan. Jenama ini menumpukan kepada inovasi produk yang selamat dan berkesan untuk semua jenis kulit, seperti sensitif, alergik, kerengseaan matahari, berjerawat dan merengsa.
Dr.Mazlin Moh Baterii, perunding dermatologi menjelaskan sensitiviti kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit. Daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang.
Pelbagai rangkaian produk La Roche-Posay boleh didapati termasuk Effaclar untuk kulit berjerawat dan berminyak, Pigmenclar untuk memudarkan bintik hitam, Cicaplast yang memulihkan dan melindungi fungsi pelindung kulit dan Anthelios yang menyediakan perlindungan matahari spektrum luas.
8 produk terbaik La Roche-Posay
Effaclar Purifying Foaming Gel
Pembersih muka lembut yang menghilangkan kotoran, memudarkan bintik hitam dan mengawal minyak. Ia dihasilkan menggunakan thermal spring water La Roche-Posay yang anti-rengsa. Bahan utamanya ialah Zink, yang mengurangkan sebum dan agen pembersih berkesan dalam mengurangkan kotoran.
Ads
Effaclar Duo(+)
Produk ini membantu menghilangkan bintik-bintik yang sedia ada dengan cepat, mencegah kemunculan semula bintik-bintik dan mengehadkan risiko kulit berbekas. Bahan utama Niacinamide dan Vitamin B3, memberikan kelegaan intensif untuk kulit serta mengurangkan kemerahan.
Effaclar Ultra Concentrated Serum
Serum asid pengelupasan yang mensasarkan pada bintik hitam, jerawat, parut dan liang pori. Ia mengandungi Tri-Acid Complex (Salicylic Acid 1.5% yang memberikan liang pori secara mendalam dan menghalang pengumpulan sebum, Glycolic Acid 3.5% untuk mengaktifkan pembaharuan kulit untuk kulit yanglebih berseri, serta sangat berkesan terhadap parut dan LHA 0.45% mengelupas kulit secara mikro dan menghaluskan liang roma).
Cicaplast Baume B5
Ads
Krim pelbagai guna untuk melega dan melindungi kulit yang rengsa, untuk seisi keluarga, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia diperkaya dengan Madecassoside bahan aktif pemulih, Panthenol yang menenangkan, dan agen anti-bakteria. Ia menenangkan, menyuburkan dan melindungi kulit kering untuk membantu membaiki fungsi pelindung kulit.
Cicaplast B5 Ultra Repair Serum
Formula pemulih berkesan yang dirumus khas untuk kulit sensitif orang Asia untuk membaiki fungsi pelindung kulit. Kulit dipulihkan, ditenangkan, dan sangat terhidrat dengan serta merta. Tekstur kulit diperhalus dengan tona kulit yang lebih sekata.
Cicaplast B5 Mask
Foto – La Roche-Posay
Topeng muka untuk menghidyratkan dan melegakan kulit, diperkaya dengan Vitamin B5(Panthenol), direka khas untuk kulit sensitif dan sesuai untuk penggunaan selepas prosedur estetik.
Mengandungi MEXORYL400, penapis UV yang paling berkesan terhadap sinaran UV yang paling berbahaya. Produk ini memberikan perlindungan muktamad (UVB + UVA + ULTRA LONG UVA) terhadap kerosakan sel dalam.
Pure Niacinamide 10 Serum
Foto – La Roche-Posay
Dirumus dengan 10% Niacinamide tulen yang memudarkan bintik-bintik dan tanda-tanda gelap, masalah hiperpigmentasi dan tona kulit tidak sekata. Ia juga membantu membaik pulih penghalang kulit, menghaluskan permukaan kulit dan mengelupas kulit dengan lembut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu lalu Piala Citra Festival Filem Indonesia 2021 telah berlangsung dalam suasana penuh prestij. Menarik tentang acara itu tahun ini, hari penganugerahan itu telah jatuh pada Hari Pahlawan Indonesia, yang mana ia merupakan hari peristiwa memperingati pejuang negara yang berusaha memerdekakan negara itu.
Seiring dengan peristiwa bersejarah tersebut, selebriti wanita yang hadir ke acara itu mengenakan busana kebaya yang melambangkan jati diri sebagai wanita Indonesia. Setiap seorang hadir begitu anggun dalam rekaan kebaya yang cukup unik dan mewah namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Perincian dan juga rekaan pelbagai jenis kebaya dengan rona dan pilihan fabrik mengundang rasa mewah nan eksklusif. Jom kita intai 10 stail yang dibawakan oleh wanita Indonesia ini.
Marsha Timothy
Marsha cantik dalam persalinan rekaan Biyan.
.
Dian Sastrowardoyo
Dian tampil ringkas dalam kebaya rekaan jenama Sejauh Mata Memandang.
.
Hana Masalan
Hana menggayakan kebaya jenama Biyan
.
Wulan Guritno
Pelakon dan model senior ini menggayakan busana rekaan Eddy Betty.
Beby Tsabina
.
Syifa Hadju
Tampil klasik dalam kebaya labuh tradisi hasil sentuhan jenama Fadlan Indonesia.
.
Prilly Latunconsina
Prilly bagaikan bangsawan dalam rekaan kebaya oleh Intan Avantie.
.
Aghniny Haque
.
Arawinda Kirana
Pemenang pelakon wanita tebaik ini memakaikebaya olahan moden yang dipadankan dari gabungan beberapa jenama. Dia menggayakan kebaya dari fabrik telus jenama ANW dan dipadankan bersama top rekaan Hian Tjen. Kemudian skirt labuh pula merupakan songket tenun baron milik peribadi ibunya sendiri.
Tissa Biani
Cantikkan penggayaan kebaya oleh selebriti Indonesia ini? Setiap seorang hadir dengan citarasa tersendiri, ada yang menyerlahkan garapan asli tradisi dan ada yang memasukkan elemen sentuhan moden di dalam penggayaan.
Matlamat untuk mengangkat busana itu sebagai satu khazanah seni budaya dan warisan tercapai. Membuatkan rasa cinta terhadap busana tradisi lebih menebal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita mesti selalu berangan-angan nak jadi kuruskan. Tapi setiap kali melihat makanan yang sudah terhidang di depan mata, angan-angan akhirnya menjadi mimpi yang tak sudah. Selepas sendawa kekenyangan, baru rasa menyesal kerana melantak tak ingat dunia. Sebenarnya bukan susah pun nak kurus. Dengan syarat mesti ikut lima tips ini. Perkara-perkara ini tak patut dilakukan selepas makan.
Mandi
Mandi melambatkan proses pencernaan – pix giphy
Kadang memang berpeluh makan tambah-tambah rasanya cukup pedas tapi enak. Tapi kalau nak kurus, jangan terus mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan melambatkan proses pencernaan dan memberi risiko untuk tubuh kembali gemuk. Mandi selepas makan juga akan menurunkan paras suhu dalam badan dan ini akan melambatkan tindak balas metabolisma pada tubuh.
Senaman berat
Urat perut boleh kejang kalau buat senaman berat – pix giphy
Melakukan senaman berat selepas makan akan menyebabkan perut mengalami kekejangan. Suhu dalam badan akan meningkat dan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Silap-silap boleh masuk hospital.
Merokok
Bila masa nak kurus kalau asyik hisap rokok lepas makan – pix giphy
Korang pasti suka merokok selepas makan makanan yang pedas. Dah jadi tabiat bagi sesetengah orang. Mungkin juga terikut-ikut dengan trend. Tapi awas ya, merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid di dalam darah. Kadar asid ini boleh menganggu pencernaan dan risiko untuk berat badan korang naik juga akan bertambah!
Tidur
Hahaha, nak makan ke nak tidur? – pix giphy
Jangan tak percaya, ramai yang suka tidur selepas makan tengahari. Perut yang kenyang membuatkan mata mudah mengantuk. Ketika ini kalau disorongkan bantal, pasti sudah sampai ke alam lain yang indah. Tidur selepas makan akan membuatkan perut kembung dan menganggu proses pencernaan. Kalau nak tidur juga pastikan sekurang-kurangnya korang sudah dua jam makan sebelumnya. Jangan terus tidur selepas makan!
Buka butang seluar atau tali pinggang
Memang tak kuruslah kalau nak zip pun bermasalah – pix giphy
Selepas makan, perut terasa senak akibat kekenyangan. Pasti ramai yang mengambil keputusan untuk membuka butang seluar atau tali pinggang bagi memberi keselesaan pada perut. Tapi tahukah tindakan ini akan membuatkan otot perut makin kendur dan perut semakin buncit.
Jadi, berwaspadalah pada lima perkara di atas. Bukan susah nak kurus sebenarnya. Yang penting semangat mesti kuat, ada ilmu di dada dan pastikan kurus untuk sihat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembukaan butik baharu jenama fesyen America Syarikat, Coach yang terletak di dalam muatan sebuah kapal terbang sebenar telahpun menjadi bualan hangat.
Terletak di cawangan outlet Freeport A’Famosa di Melaka, pembukaan butik istimewa Coach Airways ini merupakan yang pertama seakannya dan menjanjikan satu pengalaman baharu yang belum pernah dirasai oleh fesyenista di Malaysia sebelum ini.
Peluang yang diterima REMAJA untuk sama-sama meraikan pembukaan Coach Airways baru-baru ini bersama rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Imran Bard, Yaya Zahir, Alvin Chong, Azfar Heri, Isaac Voo, Sharifah Rose dan Yazmin Aziz; masing-masing dalam persalinan koleksi Coach telah dimanfaatkan untuk mengalami sendiri konsep stor baharu berkeluasan 4,198 kaki persegi itu.
Luarannya yang lantang dengan logo Coach Airways sudah jelas menarik perhatian sejak memasuki perkarangan outlet itu sendiri.
Namun, ia tidak mampu menyiap sediakan kejutan yang menanti korang semua sewaktu melangkah masuk ke ‘ruang kabin’ stor.
Persis berada dalam pesawat komersil sebenar, ruang hadapan tampil persis kokpit sebenar dengan ruang tempat duduk penumpang yang dikhaskan untuk orang ramai mengabadikan kenangan berada di dalam Coach Airways.
Segalanya menerapkan inspirasi daripada era 70-an dengan pilihan warna serta paten retro seiring dengan DNA dan legasi yang dipegang lama oleh jenama itu sendiri.
Memasuki dua segmen kabin seterusnya, ia memuatkan sudut barangan yang dijual oleh Coach sendiri termasuklah koleksi bag, pakaian dan aksesori mengembara seperti bagasi pakaian! Percayalah, pengalaman ‘shopping’di sini cukup lain daripada yang lain.
Segmen hujung pesawat pula memberikan kejutan menarik kepada pengunjung apabila ia memuatkan sebuah ‘Coach Cafe’; yang juga merupakan cawangan keduannya di Malaysia. Seronok membeli-belah, apa salahnya memanjakan tekak dengan hidangan kopi serta minuman lain yang disediakan, bukan?
Demi meraikan pembukaan Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet ini, Coach bakal melancarkan koleksi khas Coach Airways yang hanya boleh dimiliki di sini termasuklah seleksi baju T, sarung kulit pasport, beg bagasi ‘carry on’, bag ‘tote’ dan macam-macam lagi aksesori lain seperti tag bagasi, bag ‘pouch’ dan dompet mini. Kesemua barangan ini hadir dengan logo ikonik Coach Airways edisi terhad.
Bagi korang yang masih belum berkesempatan untuk mengunjungi Coach Airways pertama di Malaysia ini, ia terletak di Freeport A’Famosa Outlet di Alor Gajah, Melaka dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Happy shopping!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...