Jenama penjagaan kulit wajah dan rambut, Kiehl’s bukan lagi satu nama baharu dalam pasaran Malaysia. Bagaimanapun, Kiehl’s tidak hanya duduk selesa dengan populariti jenama tersebut di sini.
Sebaliknya ia ingin menawarkan lebih banyak lagi perkara baharu agar pengguna setia mereka boleh menikmati layanan menarik daripada Kiehl’s.
Justeru, REMAJA dan beberapa pengguna Kiehl’s dalam kalangan selebriti tempatan seperti pelakon, Sharifah Rose dan penyanyi, Yazmin Aziz merasakan keterujaan apabila Kiehl’s melancarkan Store of Tomorrow pertama jenama itu di Malaysia, baru-baru ini.
Bertempat di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Store of Tomorrow memberikan pengalaman berlainan dengan rangkaian produk yang bersesuaian untuk keperluan penggunanya yang berbeza.
REMAJA menemui Sharifah Rose untuk mengetahui apakah yang membuatkannya terus menjadi pengguna tegar Kiehl’s selama ini.
Ads
“Produk kegemaran saya daripada Kiehl’s ialah Retinol Skin-Renewing Daily Microdose Serum. Produk ini amat membantu saya sekiranya kulit dilanda isu jerawat dan kulit terbakar (sunburn) agar kulit saya akan segera pulih,” kongsi Rose.
Menariknya, Yazmin Aziz juga menggemari produk Kiehl’s yang sama!
“Sebagai selebriti, korang pun tahu amat penting untuk kami dirias dengan solekan pada setiap hari. Hakikatnya, rutin tersebut akan mengganggu gugat kesejahteraan kulit wajah. Oleh itu, Retinol Skin-Renewing Daily Microdose Serum akan membantu saya untuk proses skin recovery dari semasa ke semasa,” ujar Yazmin.
Ads
Sementara itu, Sharifah Rose juga menyukai beberapa sudut menarik di dalam Store of Tomorrow oleh Kiehl’s.
Antaranya seperti sudut Skincare Academy untuk korang mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai produk yang sesuai dengan kondisi kulit masing-masing, sudut Scan Machine di mana korang boleh mengetahui isu kulit wajah yang perlu korang atasi dengan penggunaan produk terbaik daripada Kiehl’s.
Ads
Di sini juga adalah satu-satunya butik Kiehl’s di Malaysia yang menawarkan pakej urutan wajah di bahagian Treat Your Skin parlor pada harga yang amat berbaloi. Ini agar korang boleh merasai sendiri keberkesanan produk-produk Kiehl’s ini menerusi rawatan staf di sana.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengadu terkena migraine. Di mana hanya sebelah kepala terasa sakit berdenyut-denyut. Tapi tahukah, apabila kepala terasa berdenyut itu, ia sudah memasuki fasa ke tiga di mana ramai tidak perasan fasa-fasa sebelumnya.
Baca penjelasan panjang lebar dari Doktor Khairul Faizie sebagaimana dikongsikannya di fbnya, Khairul Faizie.
Ada ramai patient yang datang dengan aduan “saya migraine”. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri-ciri nya.
Baca penerangan lengkap dari Dr Khairul Faizie mengenai migraine
Sakit kepala biasa berbeza dengan migraine kerana biasanya sakit migraine bermula dengan sebelah sahaja
Apa itu migraine?
Secara mudahnya untuk faham migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut-denyut (throbbing pain). Sakit berdenyut-denyut ini agak kuat atau sangat kuat (bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)
2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.
3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.
3 Perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. Tiga perkara ini yang biasanya doktor akan tanya untuk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.
Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.
Faktor keturunan? Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.
Peringkat umur? Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang dilaporkan antara sebabnya kanak-kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.
Bagaimana migraine di diagnos? Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) untuk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya dan ciri ciri sakit kepalanya menepati tiga kriteria yang di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.
Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yang disuspek migraine, perlu jalani test yang ditulis tu. Ramai yang di diagnosed based on ciri-ciri simptomnya sahaja dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak diikuti simptom-simptom lain yang bahaya / warning simptom.
Tahap2 berbeza berkaitan dengan sakit kepala
Punca migraine? Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.
Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yang bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elakkan. Lain orang, lain trigger faktornya.
Antara trigger factornya ialah: – datangnya haid
– stres
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti kafein, coklat, buah buahan citrus. Juga makanan yang ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.
– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising, bauan yang kuat / mengganggu, perubahan cuaca.
Kesakitan melampau ketika migraine membuatkan individu biasanya gagal mengawal emosi di mana dari rasa ceria ia mungkin boleh menimbulkan rasa ketegangan
Fasa–fasa migraine: Sebenarnya, ada empat fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa-fasa ini dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je (fasa ke tiga). Penting untuk memahami fasa-fasa migraine ini. Sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.
Fasa 1 : Prodrome Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung untuk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tibanya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.
Antara simptom Fasa 1 ialah: – sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar untuk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah
Fasa 2 : Aura Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.
Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.
Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.
– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.
Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.
Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di cirikan sebagai:
– sakit berdenyut-denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).
-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).
Sakit kepala akibat migraine bukan main-main malah ada mereka yang mengalami mengalami kemalangan kerana ketika berlaku sedang memandu
Fasa 4: Postdrome Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.
Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan
Jenis Jenis Migraine 1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.
2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.
3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.
Maka, fahami dulu penerangan ringkas yang aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.
Insya Allah, dalam tulisan berikutnya, aku akan tulis tentang rawatan migraine .
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam petua yang diberikan dan antaranya adalah letas ais, timun atau kiub tomato pada wajah. Ya, memang berkesan tetapi hanya menjadi untuk beberapa minit saja sebab kulit mengecut kerana bahan sejuk tadi.
Photo by Dan Galvani Sommavilla from Pexels
Bagi korang yang mencari jalan yang paling mudah untuk menyembunyikan liang pori, boleh cuba cara ini. Menurut Syahira Farzana, petua itu sekadar trik dan bukannya untuk menghilangkan pori dalam jangka masa yang panjang.
Salah satu cara yang boleh mengurangkan masalah ini adalah dengan memastikan kulit wajah sentiasa bersih. Mustahil untuk pori ini hilang selamanya kerana ia sebenarnya liang roma untuk kulit kita bernafas.
Oleh itu, Syahira ingin berkongsi rutin penjagaan muka yang mungkin korang juga boleh turut sama mengamalkannya.
Double cleansing
Walaupun korang bukanlah sejenis yang suka mekap, tapi segala minyak dan kotoran yang ada di muka juga perlu dibersihkan. Sunscreen, free radicals, bedak baby, compact powder ini semua mampu untuk menyumbatkan pori korang.
Oil-based cleanser mampu untuk deep cleansing dengan menggunakan oil-attract-oil rule sebab ia lebih power daripada micellar atau cleansing water.
Lakukan rutin ini setiap malam walaupun korang duduk rumah sepanjang hari. Bila buat double cleanse ni, korang akan rasa kulit jadi lebih bersih dan lembut.
Exfoliate
Merupakan proses pengelupasan kulit mati dan ia juga adalah rutin untuk menyelesaikan segala masalah ulit. Nak hilangkan parut, exfoliate. Nak glowing, exfoliate. Nak kulit smooth juga boleh exfoliate tapi kena guna cara yang betul. Jangan sampai over-exfoliate.
Untuk rutin exfoliate harian, Shahira menggunakan TO Glycolic Toning Solution. Cosrx BHA guna kat area hidung dan tempat ada jerawat. Scrub tu pula digunakan bila wanita ini memakai mekap atau time area hidung rasa kasar.
Kalau hari tu dah guna scrub, chemical exfoliate dah tak guna lagi. Tak boleh guna kedua-duanya dalam masa yang sama.
Clay mask
Clay mask ni guna seminggu sekali pun dah cukup. Kira macam special treatment ala-ala facial spa untuk merawat kulit muka sendiri di rumah.
Essences
Selalunya essence berfungsi membesarkan pori, so korang kena rajin baca label. Fermented ingredients especially fermented rice macam dalam essence Naruko Jing Cheng ni memang boleh minimize pores.
Bio Essence Rose Gold tu pun okay juga sebab ada niacinamide, sama seperti Secret Key FTE dan Missha Time Revolution FTE. So, boleh pilih mana-mana essence yang korang suka, yang penting baca bahan-bahan dan kegunaannya.
Pore tightening serum
Cari serum yang boleh mengetatkan liang pori dan baca product description sebelum beli. Tapi nak diingatkan, serum ni booster saja. Kalau basic routine tak complete, kesannya juga tidak akan menjadi. Skin booster bermaksud, beri kesan extra pada rutin tapi kalau pakai serum ini saja, kesannya kurang impak.
Pore sleeping pack
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merawat kulit. Daripada pakai krim malam baik korang pakai sleeping mask. Ia berfungsi untuk penghidratan dan mengelakkan daripada kehilangan kelembapan. Waktu tidur menyebabkan kulit kita kering dan disebabkan itu bila bangun tidur muka jadi lebih beminyak tau krim. Jadi, rutin ini sangat baik untuk korang lakukan sebelum tidur.
Sunscreen/sunblock
Sebagai pelindung kulit nombor satu dan merupakan rutin anti penuaan yang paling asas. Kalau tak pakai, semua effort korang akan jadi sia-sia. Pori besar adalah salah satu tanda UV damage.
Seorang warga emas positif COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit itu sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.
“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari.
“Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Majlis ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dianggarkan dihadiri 10,000 orang peserta dari seluruh dunia
Beliau berkata, kes yang dikesan melalui survelan KKM itu adalah kes dalam kalangan ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dikesan dijangkiti COVID-19.
Noor Hisham turut menjelaskan, satu siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
“KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.
Terdahulu, Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.
Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan COVID-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.
Pesakit pertama COVID-19 yang diuji positif di Brunei, pada Isnin lalu menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang kembali dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.
Sumber : BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!